Assalamualaikum, terpanggil juga nak kena buat luahan ni semoga sangat bermanfaat lah untuk dijadikan tips kepada orang perempuan yang nak mencari jodoh supaya sentiasa menjaga batas dan had pergaulan.
JANGAN percaya LOVE-BOMBING. Sebab ini la part yang paling halus dan smooth yang mana, orang perempuan tu walau hati kering dan gagah perkasa kental Independent woman pun akan terpedaya, sebab taktik Love Bombing ni memang cara halus dan secara psikologi nya lelaki yang guna taktik ni memang sekilas nampak macam anti- Playboi, anti-Penipu, anti-Durjana..
Lelaki tu nampak macam Prince Charming, Dream Husband, watak Novel angan-angan para gadis dan janda macam watak Hero novel Edward Cullen. Ni serius tak tipu. Walaupun wanita tu jenis tak percaya lelaki dan sangat berhati-hati pun akan goyang kalau termasuk jerat Love-bombing yang acah-acah sweet tahap potong kaki yang mana ia cuma dusta palsu tipu belaka.
Kena faham pertama sekali, lelaki yang jenis Love Bombing ni perwatakan dia memang jenis suka banyak cakap dan banyak topik dia akan berbual, pandai bersembang, jaguh memahami wanita, cara fikir dan sudut pandang memang macam memahami wanita,
Konon dia terpaling juara hak asasi wanita, dia terpaling anti lelaki curang tak bertanggungjawab, konon dia la paling family man, dia akan sebut pasal kelebihan dia yang pandai jaga wanita, nak jaga wanita tu dan family wanita tu sekali.
Haha. Nampak kan, cara halus dia cuba psikologi wanita tu nak bagi impression dalam minda separuh sedar wanita supaya fikir dia adalah lelaki idaman yang wujud, bukan fantasi, kononnya dia hadir sebagai penyelamat dan prince charming yang ditunggu-tunggu.
Dia juga akan layan wanita tu macam tuan puteri, manjakan macam baby, contoh perempuan tu tertumpahkan bubur mekdi kat dalam kereta, dia sanggup bukak baju sepantas kilat macam superman dan guna baju dia untuk lap bubur tu. Haha.
Kedua, selain layan macam tuan puteri dan acah jadi macam bodyguard, terpaling jaga dan melindungi, dengan gesture romantik dia semua tu, ciri lelaki love bombing juga suka bagi hadiah sebab nak gula-gula kan wanita dan beli jiwa. Ni memang la tipikal watak kasanova, dia faham cara mekanisme wanita berfungsi… wanita memang suka dan rasa special la konon, haha.
Lagi pulak kalau perempuan tu jenis tak ada pengalaman dan sebelum ni asyik perempuan yang try hard dan beli jiwa lelaki, bila terjumpa lelaki love bombing ni, perempuan tu terhanyut and terbuai dek perasaan tak percaya konon akhirnya terjumpa Prince Charming dan jodoh dari Langit. Biasalah tu, bila dah terkena pengalaman jumpa watak love Bombing ni, baru la tahu cinta itu khayalan belaka.
Sebab tu point penting nak cari suami, bukan tengok kepura-puraan dia acah berlakon sweet dan caring, sebab semua tu bertahan kurang 10 bulan, paling cepat kantoi 4 bulan je, lelaki tu dah start hilang momentum and rasa thrills nak kejar perempuan yang sukar didapati tu dah habis. Dah tak ada rasa adrenalin rush dan keterujaan nak kena beriya kejar perempuan tu lagi dah.
Sebab dan confirm yang perempuan tu cinta mati dan terpedaya nak kahwin, perempuan pun dah start planning nak nikah nak bawak kenal family and masa ni lelaki love Bomb dah start rasa pressure dan gelabah sebab nak bagi alasan apa nak elak kena jumpa family untuk bincang kawin,
Padahal si lelaki dah start rasa boring and dah rasa nak jump ke cycle 1st Step- Love Bombing other girls plak, so buat apa nak try hard lagi untuk layan Girlfriend yang sekarang sampai nak kena jumpa makbapak untuk bincang kahwin..
Dekat level ni, kalau perempuan start mendesak, si lelaki tu akan start pushing away dan menjauhkan diri, dan End Up si wanita yang akan break relationship tu sendiri, so after all, lelaki tu tak bersalah sebab bukan dia yang break kan relay, tapi perempuan tu yang pergi break up so salah perempuan tu la sebab tak sabar nak kahwin and dituduh sebagai suka memaksa.
Remember girls, this not your fault. Ni cuma game si Lelaki untuk elak bertanggungjawab dan di salahkan. dia akan still cakap dia tak salah tak tipu, dia cuma minta masa untuk further next stage, padahal di tahap ini sebenarnya dia dah start menjauh dan plan nak try wanita lain pulak.
Mindset lelaki love bomb ni, dia suka repeat Phase 1 – LOVE BOMBING tu , tapi dengan wanita wanita yang sentiasa bertukar, sampai dia dah nk tua saham dah nak out, dah tak sado, dah start boroi, mungkin masa tu dia baru nk cari the Final Girl.
Biasanya lelaki jenis love bomb ni dia memang ada rupa, tinggi sado main gym jaga penampilan, banyak peminat, famous, hot, market. Dan dia akan guna taktik love bomb ni hanya pada wanita yang susah dia nak tackle dan dapat.
Kalau setakat perempuan biasa-biasa yang tergilakan dia, dia tak ada masa nak perabih duit dan tenaga nak kena acah jadi balaci, kalau demi nak buktikan dia berjaya kejar wanita yang susah dapat, dia sanggup jadi baalci and punching bag pada awalnya.. Haha. Walau di reject, dia akan tetap guna ayat falsampah pujangga “wanita ada lah cerminan lelaki.
Jika wanita tu bermasalah, itu adalah punca dari lelaki tu yang tak pandai handle wanita, lelaki tu yang bermasalah sampai wanita tu express buat perangai meragam tu semua mesti salah lelaki tu sebenarnya. Wanita adalah cerminan lelaki ” see. Pandai berkata-kata dan manipulasi psikologi.
Ketiga, lelaki jenis love bomb ada yang jenis bawa awek jumpa family lelaki tu, atuk nenek adik beradik kaum kerabat. Tapi dia tak berani jumpa family wanita tu. Sebab dia tahu dia sendiir tak pasti keseriusan tahap hubungan ni boleh pergi jauh dan dia dah sanggup seartus peratus komited ke hanya dengan seorang wanita,
Lagi pulak lelaki tu jenis hot market ada rupa dan kerjaya, dah kenapa pulak lelaki tu nak settle down semudah itu. Rugi la tak guna pesona dia nak try banyak lagi awek lain. So lelaki macam ni dia psiko you konon dia jenis serius , sebab tu dia bawa pergi kenal atuk nenek makpak adik beradik ipar duai. Haha.
Keempat, dia selalu propa pasal kahwin dan tiap hari tiap jam asyik sembang pasal tak sabar nikah tak sabar kahwin hidup bersama. tak sabar nak buat tanggungjawab suami, nak belajar jaga anak dan isteri, nak belajar masak dan urus rumahtangga, nak isteri jadi suri rumah, tak payah isteri penat kerja. LOL.. haha.
Ketahuilah guys, ni memang taktik dia nak bagi perempuan perasan yang kononnya relationship ni ada sinar dan masa depan. Konon dia nak jadi imam you dan nak cepat kahwin dalam masa setahun. hahaha, tetapi tu propa sahaja, selagi tak terbukti dia berani jumpa WALI dan bincang tarikh merisik/tunang/nikah, ITU SEKADAR KHAYALAN. Stop berangan guys.
Korang tanya la mana-mana isteri dan rumahtangga yang bahagia elok serba serbi dapat suami baik bertanggungjawab dan setia tu, korang tanya isteri tu, macam mana ciri-ciri suami tu masa bujang dan bercinta dulu? Confirm tak sama dengan ciri mamat Love Bombing weh.
Suami diorang tu sah sah jenis jumpa dan kenal family wanita, bercinta sekejap, dan berani jumpa Wali dan bincang tarikh kahwin terus! Even ada yang bercinta lama dari zaman sekolah ke universiti ke, mereka dah kenal family dan WALI si wanita, dan ada perancangan kahwin dah bincang dan ikat dengan wali tu.
Kalau ambik masa bertahun pun, dengan izin wali dan tujuan ikat dua-tiga tahun pun sebab si lelaki nak cari kerja tetap, nak urus rumah, nak kena jaga mak sakit uzur ke, dan lelaki tu memang tunjuk setia dan kongsi semua benda termasuk hp/fb/instagram/kad bank. Sahih lagi nyata, ni la jenis suami idaman yang serius nak halalkan korang bukan jenis love bombing.
Sebab, lelaki yang perasan hot dan market, dia tak berani jumpa family korang dan tak gentle nak bincang tarikh kahwin, sebab dia rasa dia hot sangat masih banyak masa dan peluang nak kahwin dengan banyak calon wanita lain.
Lagi pulak, kalau hobi lelaki tu jenis acah suka main gym atau ada motor besar, sah la jenis lelaki suka berhibur dan kejar hobi. Dan dia tak berani offer korang tengok henfon dan pegang password fb/instagram dia, tu dah sah la dia jenis propa dan tak setia. Tak payah sembang kahwin la, haha kat account dia berlambak dia chat dengan perempuan lain kot, haha..
Tak percaya? Korang try mintak nak pegang henfon dan check instagram check inbox, check ada apps beego ke tinder ke , dia bagi tak check hp dia ? Kalau korang sendiri tak berani minta nak check hp dia, tu tanda korang sendiri tipu diri sendiri and loser pathetic. Korang takut dia marah dan turn off, korang takut dia dumb korang.
Haha, padahal tu la tanda awal red flag yang relay korang ni tak kemana sebab korang sendiir tak ada real connection dengan dia, even tak berani minta pegang tengok hp. Padahal suami isteri yang berjaya adalah dari awal pasangan tu tiada rahsia dan transparent, kongsi semua benda dan rahsia, kita adalah partner seumur hidup, bukan partner sekatil je. Aduhai.
Banyak rumahtangga yang goyang pun sebab si isteri tiba-tiba nak control henfon suami dan tetiba baru datang akal otak tu nak fikir aktiviti suami dalam hp selamani. Sah sah la suami tu terkejut sebab selama ni tak berani nak minta check hp. Marah la suami tu.. Kalau dari zaman bercinta korang bagi peraturan wajib check hp dan tak boleh chat dna like perempuan lain, mungkin dia cuba terima atau let go korang.
Bila dah kahwin tiba-tiba baru nak arah suami tu tak boleh chat dan tak boleh like perempuan, memang bergaduh la, sebab korang dah kahwin dengan lelaki jenis suka cuci mata dan terlebih peramah. Huhu. Sebab tu, nak cari suami mithali, tapis dari awal ciri-ciri player dan suka flirt tu tak ada.
Btw, lelaki jenis Love Bomb ni boleh jadi mostly nampak macam setia dan show off kita dan mengagungkan kita, tak segan silu tayang kita dan tunjuk relay dengan kita, reveal muka kita kat Fb dan instagram, sebab dia memang setia, tapi hanya untuk short time, HAHA..
Dia memang all out untuk fokus kat awek yang seorang, sebab dia memang aim tak lama, 4 – 10 bulan, selagi mana si awek tak keep pushing untuk next level stage. Dia memang setia, sebab dia suka relay yang sweet macamtu, ada somebody to look for, to caring for each other, but without ikatan dan tanggungjawab formal. Dia tak ready untuk kena commit tanggungjawa jadi suami, ayah dan menantu.
Sebab dia tahu susah hidup berkahwin, kena blend dengan family in -law, kena tolong jaga dan ambik tahu urusan adik beradik ipar si isteri, kena balik kampung isteri, mana ada masa oi. Lelaki jenis macam ni ada hobi motor besar la, sukan la, memancing la, dah kahwin leceh la tak boleh buat hobi semua tu, nak kena fokus layan isteri dan family in law. Nak kena tolong jaga bapak or mak mentua yang sakit ke.
So bagi perempuan yang ada bf macam ciri2 ni, kalau rasa nak bertahan nak tunggu nak bagi peluang sampai dia bersedia nak kahwin, ikut korang la, standby untuk patah hati and siap sedia tak jadi kahwin, sebab mindset lelaki love bombing ni, dia nak sweet2 dan loving2 macam orang kemaruk bercinta, hanya di fasa awal je, masa fasa nak dapatkan.
Bila spark tu dah hilang and dia rasa houlier than thou dan rasa dia nampak banyak buruk you, dia akan mudah sahaja bertukar ke pasangan lain, sebab orang macam ni dia suka benda yang ada spark saje.
Nasihat saya, jaga diri, jangan mudah dating berdua tak jaga ikhtilat. Lelaki jenis lovebombing ni dia typical lelaki romantik suka pegang tangan. So kalau awak tak nak pegang tangan lepas ni untuk uji dia, cuba tengok dia turn off tak. Kalau dah relay korang dah 4 bulan and dia asyik sembang kahwin tapi takde kejantanan nak jumpa makbapak dan wali korang, ketahuilah anda bakal nak kena game.
Lelaki yang baik dan gentle, akan hormat awak, dan respect boundaries awak, kalau awak kata tak nak pegang tangan, tak nak duduk berdua dalam kereta, nak jumpa kat tempat ramai orang sahaja, dan jika dia hormat semua tu, maksudnya dia lelaki baik dan beriman, dia ikhlas nak serius dan bukan ambil kesempatan.
Masalah lelaki lovebomb ni, dia kan jenis sweet dan terpaling puitis macam picasso, gesture romantik, ada jenis yang suka on call ber jam jam tiap hari, mustahil dia nak redha jika perempuan tak bagi pegang tangan dan tak bagi duduk berdua tempat tak ada orang. Apatah lagi kalau perempuan tak bagi chat sweet2 sebab nak jaga ikhtilat.
So nak tahu lelaki tu redflag or greenflag, try la uji macam ni. Kalau awak biarkan je dia buat cara dia, bersedia untuk patah hati, jangan cakap saya tak bagi tips. Awak yang pilih untuk di tipu, sedangkan mana-mana lelaki normal dan baik, pasti akan halalkan awak dalam masa 6 bulan.
Apatah lagi jika dah ada kerjaya mantap dan stabil, dah nak 30 kot, kalau dia duda or bujang, memang red flag kalau selama ni dia tak kahwin lagi padahal karakter jenis acah sweet. Nampak sangat kat situ ada red flag, iaitu dia sekadar suka sembang. Tapi tak berani nak halalkan.
Lelaki yang korang tengok terbukti jadi suami yang baik tu, sebab mereka hanya ambil masa 30 hari untuk tahu dan pastikan jika wanita itu adalah calon isteri yang di idamkan, itu fakta sains. Even wanita sendiri tahu lelaki tu boleh jadi suami yang serasi dan ada chemistry ke tak dalam masa 1 jam.
Suami saya ambil masa 1 bulan je kenal saya dan terus ajak bertunang. Dalam masa 6 bulan dah selamat nikah. Kebanyakan lelaki yang dah stabil kerjaya macamtu. Bukan saya nak suruh korang palau dan dumb bf korang, saya suruh perhatikan tanda love bombing.
Kalau sekadar sembang sweet nak kahwin jadi isteri jadi suami bagai tapi tak berani jumpa family korang untuk bincang hala tuju dan target kahwin bila, anda dah kena game. Kalau lelaki tu betul serius tapi dia masih tak stabil kerjaya, at least dia ada maruah dan tak acah sweet bagai nak mati dan dia respect boundary and dia gentle jumpa parents you utnuk bagitahu target nak kahwin bila.
At least dah bagitahu wali awak dan bincang dua keluarga, bila dia nak halalkan, dah ada merisik, kalau mampu belikan hadiah mahal2, asal tak mampu nak beli kan cincin belah rotan sebagai tanda merisik dan dapat restu dua keluarga secara rasmi.
Ni level yang pentingkan kestabilan lah, ada jenis lelaki yang belum stabil kerjaya pun tapi sebab nak jaga agama, dia sanggup halalkan awal dan sama sama hidup susah senang dari awal. Sebab dia memang ikhlas dan tahu agama, tak manis bawa keluar anak dara or janda orang tak jaga ikhtilat. Dosa besar bukan dosa kecik. So fikir-fikirlah.
Kalau nak merisik dan ikat korang pun dia tak berani buat dan bagi alasan lagi setahun baru nak kahwin, anda dah kena game.
Nak jumpa wali anda pun dia tak berani, sebab dia takut bagi harapan, sebab apa, sebab minda separuh sedar dia dah tahu, dia just nak suka-suka, nak rasa best ada awek, nak play sweet, nak momentum sweet dan spark ni sekadar 5 -6 bulan. Tempoh ni dia akan all out effort dia bagi gula-gula kat perempuan.
So fikirlah, jaga maruah wali kita, jangan mudah ikut dating keluar berdua dan melayan on call telefon sampai pagi buta duk sembang sweet merapu apa. Dia tak hormat wali awak, simple..
Kalau dah jadi suami, pandai pula nak larang isteri tak bagi contact lelaki lain, nak suruh hormat hak suami, tapi adakah dia hormat hak ayah awak sebagai wali ?
– Irsabella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Complicated ..