Aku perempuan, 22 tahun. Tengok tajuk pun tahu and yes. Aku gamer. To be honest, tak semua gamerz adalah lelaki. Perempuan pun ada jugaklah tapi percentage dia sikit. Aku rasa ramai je perempuan yang gamer tapi habit perempuan suka main game is most likely to be unknown.
Aku memang suka main game dari darjah satu lagi. Makin besar makin up lah kan game tu. So, main sampai dua tiga pagi tu kira memang common lah. Dua jam tu pun kira paling sekejap lah main. Dan gamer ni, lagi besar skrin PC/laptop lagi heaven. Hahah. Sumpah. Dapat pulak headphone, zoned out terus.
Honestly, aku rasa main game lagi better daripada addict to social media and update your live story every moment regardless the fact main game terlalu lama sampai longlai pun ada keburukannya jugak, aku tahu. Bukannya apa, masa main game actually gamerz ni contented and fokus dengan apa yang diorang main. Jaranglah gamerz nak update time dorang tengah main. Confirm lah kalah lagi-lagi kalau main FIFA, counter-strike etc.
Budak laki kat universiti aku ni kalau nak main game mesti cakap diorang ada ‘tournament FIFA’ maksudnya main game la tu. Pastu main sampai pagi. Bagi aku lah, kalau kau nak main, mainlah. Tapi solat Subuh tu jaga.
Camne aku tahu perempuan ramai main game? (Ni yang jenis main game PC/laptop, bukan main kat phone)
Bila aku pergi bilik dorang, dorang tengah main game. Aku pun “Eh, weh! Kau pun main game ni?” Member aku tu segan-segan nak ngaku. Aku apa lagi cakap “Aku main jugak doh game ni.” Pastu menggeletik sama-sama. *Menggeletik: alhamdulillah, masih perempuan*
Scene lain bila aku lepak dengan member aku ni, dia cakap dia ada satu game ni. Aku tanya game apa. Dia cakap lah ****. Aku be like “Serius lah? Aku main gak.” *Menggeletik lagi, pastu drama kejap* Tapi dia ada ngaku lah, time tengah belajar ni (since both of us are law students, banyak kena baca case, authority dan mengadap akta), dia nekad tak nak main sebab dia tahu kalau dia start main, takleh berhenti. I feel you. So, time cuti je la dia main. Itu pun dia cakap sampai Subuh gak dia main. Berhenti untuk solat, makan je lah. Hahahh.
Tapi to one part, Disember 2015 aku pernah kerja part-time dengan bestie aku kat nursery. Alhamdulillah lah dapat accomodation so aku dengan dia tinggal sama-sama. Habis working hours dan time weekend, aku ngadaplah laptop aku. Bestie aku tu dah geleng-geleng kepala. Hahahh siap cakap lagi “Asyik main gameee je.” Aku sensed la dia dah merajuk. Huhu.
Dia tengok tv. Aku main game. Time dia nak soseh-soseh (borak-borak), aku pulak tak bagi attention. Dia cerita, aku jawab “Oh ye ke?” “Ohhhh..” “Hmmmm..” Kesian pulak. Last kali dia cakap “Weii, jom lah tengok tv dengan aku.” Kahkahkah. Aku cabut earphone, tutup game, tutup laptop, tersadai sebelah dia tengok tv sama-sama.
Cam tu lah. Sekarang aku dah kuranglah main game sebab tengah peak years kat universiti ni. Pastu terfikirlah pulak kalau main game kerap sangat ni, macam mana nak bina baiti jannati. Cett, terfikir pulak lol. Dalam sebulan tu, haruslah main.
Just reserve one weekend to play. Tapi tu lah, bila jarang main game, aku conquer social media pulak la adoi. Asyik nak meng-update je. Baik main game hahah. Tapi takpe lah. Aku cuba nak kurangkan. Addict to social media tu satu hal pulak yang mana aku rasa banyak social media user tak sedar, one of common factor to loneliness and low self-satisfaction.
Bila dah baca confession ni, pandai-pandai korang absord point-point yang aku nak sampaikan. Ada pro and cont main game ni. Laki suka game. Some – perempuan suka social media. The addiction is actually equal in proportion tapi sebab kelantangan bashing game is louder than bashing social media, ada la berat sebelah sikit.
Wassalam.
– Mulan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit