Gamified Quran

Assalamualaikum semua. Sempena bulan Rejab yang mana amal kebaikan dan pahala kita diberatkan dan digandakan, aku nak kongsi tentang satu ‘gamified’ Quran app yang Mufti Menk endorsed, #1 book app in UK beating Amazon Audible and Kindle! (Di Malaysia, no #67 lols).

Nama app tersebut – Quranly. Kalau korang nak fast overview, taip ja ‘Quranly’ di Tiktok. Dah ramai orang review tau app ni.

Ianya sejenis habit-building app yang membantu kita untuk konsisten baca al-Quran setiap hari. Terutamanya untuk orang macam aku yang liat nak buka mushaf. Macam mana dia bantu?

1) Small target

Lepas download app ni, kita perlu set berapa daily goal ayat kita (not more than 10 ayahs), aku set 5 ayat. I feel that it’s just nice, not going to be too ambitious about this haha!

2) Hasanat counter

Seperti yang kita tahu, satu huruf al-Quran yang dibaca bersamaan nilai dengan 10 pahala. So, app ni akan beri real-time counter berapa ratus/ribu/puluh ribu pahala kita dapat pada masa itu. Benda ni sangat motivating untuk aku, Alhamdulillah.

3) Day streaks

Contohnya sekiranya kita dah baca al-Quran selama 10 hari straight; our day streak will be reflected as ’10’, dan sekiranya kita missed sehari, it will be back to square one – ‘O’ and we gotta work our way again. InshaAllah kita akan usaha konsisten setiap hari supaya day streak kita tak drop.

4) Leaderboard

Benda ni optional saja. Tapi menarik juga kalau kita share dengan pasangan kita, adik-beradik ke especially menjelang Ramadhan nanti kan.

Kita boleh invite orang lain join this app, dan nama orang tersebut akan terpampang di Leaderboard dengan jumlah ayat dibaca, berapa minit yang dibaca dan hasanat (pahala) counter orang tersebut. Ada la geng kita baca sama-sama or nak compete ke kan. Kan aku cakap, this is a gamified app! Syok kan?

5) Verses, Time, Pages

Seiring dengan apa yang kita baca, dia terus kira berapa ayat kita habiskan, berapa minit dan berapa page kita baca. Rupanya nak dapatkan 1-2 page tu sekejap saja. Daripada kita scroll phone aimlessly, baca al-Quran 5-10 minit dah beribu pahala kan.

So kita boleh tengok berapa banyak pahala, verses, time, pages yang kita baca hari tersebut, minggu tersebut, dan overall sepanjang kita guna app tu! Wowz!

6) Challenges

Sekiranya kita nak engage further, kita boleh collect badges — level Alif, level Lam, level Mim and level Wau (as in Wow!). Nak unlock those badges, kena complete all the challenges (baca surah-surah, ayat, juz yang diberikan). No pressure, guys.

Not to mention, kita boleh ubah saiz font (paling kecil ke paling besar), pilih pelbagai jenis qari (reciter) yang kita suka dan boleh didengar sambil kita baca dan habiskan our daily ayah goal.

Ada translation pelbagai bahasa dan transliterasi (untuk yang masih merangkak untuk cuba belajar baca al-Quran perlahan-lahan).

This app memang user-friendly sangat. Aku yang noob bab-bab exploring app pun boleh guna dengan mudah. Hanya satu ayat dan translation per page, so kita kena sentiasa klik next, next, next — tahu-tahu dah 3-4 pages baca sehari. Dalam masa yang sama, kita boleh bookmark and ‘love’ ayat tu. Suka sangat!

My confession here won’t do justice, korang kena explore dan experience sendiri tau! Please start! Ada 3-days free trial. Dan lepas ja aku habis 3-days tu, aku terus tak fikir panjang untuk subscribe.

RM10 per month ja weh. Apalah sangat RM10/ sebulan untuk kita meraih pahala berganda-ganda dan mendekatkan diri kita dengan Allah kan. Untuk yang kurang berkemampuan, ada juga free version. Jangan risau.

Aku pun dah uninstall app Quran aku yang sebelum ni sebab sakit hati la dengan semua iklan dia. Lama betul nak tertunggu-tunggu, macam-macam distractions kot!

Dengan bayar RM10, aku boleh enjoy app ni tanpa gangguan iklan. Yehaaa. Nak tahu lebih, korang download la keyh!

Semoga Allah Taala tetapkan hati kita di atas jalan kebaikan dan kebenaran selalu, dan menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bertakwa dan ikhlas beramal. Terima kasih semua.

– Ummu Elias (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *