Gamophobia

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih admin sebab sudi paparkan kisah aku ni.

Hai, nama aku D. Seorang perempuan berusia 20-an. Seperti yang viral di media sosial sempena syawal ni, the top questionnaire untuk orang-orang bujang ‘like me’ is “bila nak kawin?”. Macam-macam respon golongan muda yang aku perhatikan. Yup, aku faham perasaan rimas & annoying bila ditanya soalan cepu cemas tu. So lantaklah korang nak react macam mana pun. “Kita lebih kenal family (saudara mara) kita.” Tapi jangan jawab kasar dengan orang luar pulak, mau diorang sentapp, habis. Bulan mulia nak bermaaf-maafan kan.

Okay, come back to me. Cerita yang aku nak ceritakan ni pasal aku. And maybe ada jugak girls kat luar sana yang ‘Gamophobia’ macam kisah aku. For me, aku sendiri tak pasti bila start but since sekolah lagi aku jenis yang tak suka bercouple-couple. Pernah jugak tercouple but the next day aku terus clash. Haha.

I have a big family. Hidup dalam keaadan yang sederhana, yang dulunya biasa-biasa. Luaran nampak happy but broken inside. Parents aku ada big issues (sampai sekarang tak settle), diorang hampir-hampir bercerai masa aku spm. Zaman kanak-kanak aku pernah kena molest oleh orang terdekat (family member) aku sendiri. Since then aku takut dengan lelaki. Ketakutan yang tak terzahirkan tapi membuatkan aku paranoid dengan semua lelaki termasuklah ayah & adik beradik aku sendiri.

Bila dah makin meningkat usia, aku dah pandai control semua tu. Aku dah boleh bergaul dengan lelaki kat sekolah & uni. Plus, masa sekolah aku pernah ada sorang bestfriend lelaki. (Bangga jap) Time kat uni aku banyak join usrah so aku mula sedar pasal ikhtilat. Then aku mula jarakkan diri aku dengan lelaki termasuklah bestfriend aku tu.

Okay, tu pengenalan sikit pasal aku dulu-dulu. Bila dah kerja, persoalan kawin tu makin kuat bermain dalam fikiran aku. Yelah kawan uni aku banyak yang dah kawin. Tapi aku takut dan pernah cakap taknak kawin but then kawan aku nasihat “Nabi tak mengaku ummat bagi siapa yang taknak kawin”. Huhu okay then, aku rawat diri aku and cuba buka hati untuk terima lelaki. Sampailah satu hari ada lelaki lamar aku untuk jadikan isteri. Lelaki yang aku sekadar kenal nama semata. Lelaki yang aku tahu peribadinya baik melalui orang-orang terdekat aku. Aku bagitau parents aku pasal dia then kami mula taaruf. Family dia pun mula kenal dengan aku sekeluarga. After that kami bertunang.

Oh yes, sorry to say this but the truth is mak aku ni jenis yang overshadow ayah plus materialistik ‘sikit’. Kalau bulat katanya maka bulat! & selalu jugak aku dengar mak merungut pasal duit masa kecik dulu. Sikit-sikit duit. Duit, duit, duit! Nak bercerai dulu pun antara isunya duit. Fuhh. Alhamdulillah sekarang everyone (ayah, adik beradik) termasuklah mak nampak religious. I mean, cuba untuk mendalami ilmu agama macam aku. Tapi apa yang membuatkan aku tak sangka bila mak demand hantaran yang tinggi kat pihak lelaki. Damn, kecewa teruk aku. Bayangkanlah dengan keaadaan aku yang . . . (Teringat kisah silam, zaman kecik aku), dengan agama yang tak cukup ni… Mak boleh demand sampai 20k?! Allahh . . .

Aku pening. Dia (tunang) pun pening. Aku cuba bincang dengan mak minta kurang tapi tak berjaya. U know what even ayah aku tak tau yang hantaran tu sebenarnya mak aku yang minta bukan pihak lelaki yang letak. Aku tau pun daripada tunang aku lepas aku bertunang. Hampir 2tahun aku bertunang tup tup diputuskan oleh mak aku tanpa berbincang dulu dengan aku mahupun ayah. Punca diputuskan hanya sebab pihak lelaki cuba runding untuk kurangkan hantaran. I was like, oh damn aku benci gila kot dengan mak! Aku ingatkan mak dah berubah!

Setahun berlalu dan sekarang hidup aku penuh dengan lakonan. Cuba untuk layan mak aku baik-baik sebab dia syurga aku. Walaupun hati aku sakit sesangat dengan cara dia. Aku dah terima yang jodoh aku bukan dengan dia (bekas tunang). Tapi aku tak tau macam mana aku nanti. Akan datang. Aku takut. Takut kalau aku mulakan balik, aku hanya akan dapat sakit dan menyakitkan orang lagi.

Doakanlah aku coz im really heartless now. Aku hampir aje give up dengan hidup bukan sebab putus tunang tapi sebab terrlalu kecewa dengan sikap mak aku. Korang tau, this gamophopia actually is not mine but i think its my mum. Dan mungkin dah berjangkit ke aku. Aku harap takde lagi adik beradik aku lain yang kena macam apa yang aku rasa. Doakanlah juga mak dan keluarga aku yang lain. Doakan aku moga dapat bertahan jadi anak yang baik pada mak aku sampai ke akhirnya.

– Ms D

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit