Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum wrbh. Terima kasih kepada Admin jika confession ni diluluskan.
Sepanjang semester 2016/2017 yang tengah ‘berlangsung’ sebulan lebih ni (lebih tepat: 6 minggu dah berlalu), pelbagai jenis rintangan aku baru je lepasi. Hati aku ni dari semalam lagi rasa nak share pasal ni, rasa nak luah apa yang aku rasa ni, moga korang pun dapat la sikit sebanyak manfaat dari confession aku.
Antara rintangan yang aku hadapi, masalah kewangan. Kenapa? PTPTN aku disekat..serius ni. Malas nak ulas blabla blaaa kenapa, tapi just nak inform korang, result aku selepas ‘dibaiki’, ok. Ok dan mungkin rendah sikit but lepas la tahap minimum yang dorang nak tu. Kononnya. Memang takdir Allah, dari kecil lagi walaupun keluarga aku tidak berkemampuan, tapi rezeki bab kewangan ni mesti “cukup-cukup” je. Tak ada la sampai boleh beli apa yang aku nak. Kira-kira juga la, tapi makan pakai memang cukup (Alhamdulillah). Ditakdirkan aku dah tak dapat PTPTN, di manakah sumber yang aku boleh minta? Zakat, pihak universiti, lagi?
Jadual aku sekarang padat. Padat dengan clinical year, kadang sampai malam di hospital. So aku tak boleh nak fikir sangat benda lain selain the MOST priority eventhough ada priorities lain. Hal keluarga, kami juga mengalami kekangan kewangan. Nak bayar sara diri tu, “cukup-cukup” je tapi apa yang dirisaukan sekarang adalah yuran. Allahu.. tapi tak pe, don’t think too much. Ok, itu secara ringkas dan gambaran kehidupan aku la. Ada juga kawan aku tegur, “kau okay je walaupun ada masalah dan selalu absence dalam lecture?”. Aku memang okay je, tapi aku gembira sebab Allah uji aku. sekurangnya walaupun aku tak mewah dari segi kewangan, tapi Allah bagi perhatian & Allah bagi juga ketenangan untuk selesaikan satu persatu. Urusan aku selesai satu-satu, Nampak je jalannya, cuma samada aku nak berusaha atau tak. itu je. tapi kan korang, aku nak share hikmah aku tak berduit ni.. memang besar sangat-sangat hikmah yang Allah beri pada aku ni.
1. dhuha, hajat, tahajjud
Sebelum ni pandang solat sunat dhuha, hajat dan tahajjud ni dengan 1001 alasan..Ada je alasan tak nak buat, itu ini. erm..tapi sejak tak berduit ni, banyak pula komunikasi aku dengan Allah. tak, aku bukan menunjuk. In fact, korang tak kenal aku. Dalam hati aku just nak share je sekarang ni. Hati aku tenang, muka aku tak gelisah, aku tak stress GILA sampai depressed nangis-nangis tak cukup masa ke tak cukup makan. Alhamdulillah.. aku banyakkkk meminta sekarang ni, dari Allah. instead of orang. Allah bagi. serius.
2. Fokus
sejak tak berduit ni, aku jadi focus. mungkin rentetan dari solat-solat sunat di atas. Fokus dalam study, business, family, and kawan. I mean, focus pada priority. Sebelum ni, entah apa yang aku fikir. Especially bab perasaan dan emosi. Sekarang ni, aku focus macam orang matang :p hehe, perasan pula. Aku dah mula susun aku punya life as my plan la, tapi aku berserah pada Allah. sebab aku yakin aku ni hamba lemah, banyak flaws, susunan aku tak cun, Allah akan aturkan balik , relaks la..
especially emotion. Dulu terlintas lintas juga fikir pasal jodoh.. tapi Alhamdulillah sekarang aku punya focus 99 percent! Jodoh ke apa tu, memang dah letak tepi dan sejauh-jauhnyaa.. nanti dia datang la bila kami sudah dalam keadaan bersedia. Ada juga a few guys yang poyo macam nak aku sukakan diorang..takpe, terimakasih. Aku ada Allah. Allah dah cukup, malah lebih
3. sedekah
hmm. a few days ago aku sedekah. Tetiba terpanggil nak pergi surau kolej. Aku ternampak tabung.. dalam poket ada RM2. tanpa teragak, aku letak je dalam tabung. sebab aku tahu sebahagian dari duit aku ada hak orang lain. hmm 2 hari lepas tu, Allah gantikan dengan almost 2k sales within a day.. * sujud syukur *
4. ok aku nak pergi kelas.
Thanks sebab baca.. :)
Moga korang jangan putus asa akan masalah korang.. terus je berjalan perlahan-lahan menuju redha Allah
– Intan Payung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit