Assalamualaikum. First, saya tak pandai nak karang ayat. Mohon maaf kalau ayat tunggang terbalik. Saya dah lama mengalami masalah ni tapi taktau nak mengadu pada siapa( jangan ada yang cakap, Allah kan ada. Ye, saya tau tapi sebagai manusia kita kena ikhtiar kan).
Ceritanya begini, saya selalu rasa berat untuk melakukan ibadah terutamanya solat. Dulu saya bukan begini. Pernah dulu saya menangis dan merajuk dengan mak saya sebab kejut bangun subuh lambat. Tapi itu dululah waktu sekolah rendah. Semenjak saya melangkah ke alam universiti saya berat untuk tunaikan solat malah seringkali melengahkan mandi wajib. Tau itu salah dan haram tapi untuk berlawan dengan hati terlalu susah.
Saya juga mengalami was-was yang terlalu teruk dahulu. Pernah sampai hampir sepuluh kali saya ulang wudhu’ disebabkan saya was-was akan angin ketika solat. Begitu juga dalam solat sampaikan setiap kali habis solat saya buat sujud sahwi sebab was-was bilangan rakaat. Pernah saya stress dan menangis lepas solat sebab letih mengulang benda yang sama hampir berkali kali. Alhamdulillah sekarang kurang sedikit dan saya perlu kuat untuk melawan penyakit ni.
Saya juga sering keletihan dan tidur. Kadang2 saya agak terasa hati bila kawan2 bandingkan saya dengan roommate yang lain. Contoh “dia selalu dengan buku, kau ni asyik tidur je”,”bila masa kau study eh”. Jujurnya terasa tapi nak buat macam mana dah terasa ngantuk dan letih. Oh buat pengetahuan korang, saya study tengah malam time kawan2 dah tidur.
Saya juga pernah mengalami kekecewaan dalam bercinta sampaikan saya pernah terfikir untuk membunuh diri. Pada waktu itu, hanya air mata peneman saya dan saya telah mencederakan diri. Saya mengalami depression yang terlampu teruk waktu tu hingga pelajaran terganggu. Sekarang saya fobia untuk menerima siapa2 sebab saya takut dikecewakan dan saya tau diri saya macam mana, terlalu lemah dalam bab jiwa dan takut2 boleh membunuh diri.
Saya juga sukar untuk study. Penat jugaklah nak paksa diri study. Oh saya tak mampu study lama2 hanya bertahan berapa jam je lepastu saya akan tidur. Pernah sampai saya stress dan tiba2 je menangis kemudian jerit. Sebab tu sekarang saya hanya study dan bertahan beberapa jam je takut2 stress. Doakan saya ada baki setahun lagi untuk habiskan pengajian. Sejujurnya sakit untuk paksa diri study tatkala jiwa sendiri tak kuat dan lemah. Saya juga suka bersendirian tapi kalau ada kawan datang saya layan je cuma banyak masa saya sendirian.
Pernah ada seorang kawan dia mengalami gangguan benda2 halus tu dan ketika dia histeria dia ( benda dalam badan tu) seakan akan marah dengan saya. Jadi kalau kawan2 mengalami gangguan saya cuba untuk jauhkan diri dari mereka. Begitu juga kalau saya bertemu dengan orang yang pakar dalam mengubati orang atau ustaz2 ni saya selalu takut2. Pernah family nak bawa berubat tapi saya terlalu takut. Taktaulah kenapa. Ada seorang senior pernah kata kalau kita sabar hadapi benda ni Allah akan ganjaran or syurga. Sebab benda ni salah satu ujian Allah. Something like that lah. Maaf kalau silap.
Akhir sekali maaf kalau terlalu panjang sebab dah lama pendam. Kalau ada nasihat, cadangan atau kata2 semangat amat dialu-alukan. Doakan saya terus kuat dan tabah.
-cik buntu-
– buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit