Ni kisah haritu bagi yang belum baca.
Untuk part I, (https://iiumc.com/gangguan-
Maaf sebab cerita tak habis. Sebab setiap kali aku nak cerita mesti meremang teringat momen tu. Aku ada baca komen2 korang dan terima kasih sebab sebab korang sudi baca kisah aku.
Sambungan cerita lepas….
Lepas aku dikacau tu, aku jadi macam blur. Macam bodoh kejap. Aku konfius apa yang jadi pada diri aku.
Abah macam tak berapa percaya. Yelah dia mana pernah kena kacau. Siap rilek berani balik 2 pagi lalu kawasan hutan balik dari rumah member dia malam2.
Masa ni giliran mak pula kena. bila magrib dan tengah malam, akan berbau busuk dan kadang2 berbau wangi yang entah datang dari mana… wangi yang menyeramkan… mak selalu sakit2 badan. Kesian dekat mak. Dia lemah semangat.
Akhirnya kami ambik keputusan pergi cari orang yang pakar bab rawatan benda2 halus ni. Bukan sorang tau, kami ikhtiar sampai 3, 4 orang perawat kami cari sebab benda tu masih ada dekat bilik tu lepas kami buat macam2.
Semua perawat cakap benda sama. dan aku rasa inilah kunci bagi soalan aku yang lepas. Adakah opah bela saka? Atau orang hantar sihir atau memang tanah bilik tu berpenunggu? Nanti aku dedahkan. baca sampai habis tau.
Ada satu hari, aku macam… Aku macam dalam lamunan…. Aku jadi macam terbang ke masa lalu waktu aku tengah study dalam bilik tu.
Aku terbayang waktu aku tutup lampu, aku selubung satu badan dengan selimut. Aku dapat nampak yang makhluk tu turun dari bumbung. Masuk dalam bilik aku.
Dia berambut panjang cecah lantai, berkuku panjang datang berdiri di sebelah katil aku sambil memandang aku.
Aku tak tau kenapa aku boleh terbayang benda tu. Tapi aku tak nampak dia di alam nyata. Tapi dalam alam bayangan fikiran aku. Dan anehnya, parut cakar tu terus hilang tanpa kesan.
Akhirnya kami jumpa perawat terakhir. Ustaz tu dia minta garam kasar dan lada hitam.
Dia membacakan ayat ruqyah kemudian minta kami sekeluarga buat ruqyah gunakan bahan2 tadi sendiri di rumah. Glups.
Masa ni lah benda ni jadi lagi rumit dan terpahat dalam memori kami sekeluarga sampai sekarang….
Apabila hampir Maghrib dalam pukul 7, abang aku akan tabur garam dan lada hitam sambil berselawat di keliling kawasan luar rumah.
Tugasan aku ialah follow abang dan aku akan azan di setiap penjuru rumah. Semua ni adalah saranan daripada ustaz tu. Kami pun buat.
Petang tu abang aku tiba2 bad mood. Yelah benda ni tak blah2 lagi. Dia lempar banyak garam dan lada hitam tu, dengan penuh rasa geram. Baling kuat2. Paling banyak dia taruk adalah dekat bilik opah lah.
Kami masuk rumah macam biasa. Dan abang aku cakap,”Malam ni orang nak stay up. Nak tengok apa jadi malam ni. Ada kesan tak” so mak pun join sekali berjaga.
Tepat jam 12 lebih tengah malam… suasana tiba2 jadi sunyi… sejuk.
Tak semena-mena, “arghhh hikkkkkkkkkkk” bunyi jeritan suara perempuan menjerit dalam keadaan sangat marah. Betul2 dari bilik opahh. Bilik opah takda orang. Jadi siapa yang jerit tengah2 malam dekat situ.
Bersahutan jeritan tu dan akhirnya hilang. abah terkejut dan dia pun dengar sekali. barulah dia percaya benda tu ada.
Malam tu kami tidur dalam keadaan terkejut dan seram satu badan.
Pagi esoknya kami jumpa potongan rambut keras macam berus sabut di luar rumah.
Kami tak berani pegang guna tangan. Sebab pelik semacam. Kami selawat dan zikir, kami guna benda utk ketip rambut tu letak dalam plastik dan nak buang di kawasan lain.
Kami yakin jin tu saje tinggal kesan. Dia nak kembali lagi. Jadi kami nak buang cepat2 agar dia tak datang lagi dengan izin Allah.
Alhamdulillah selepas peristiwa tu kami dah kurang gangguan. Dan akhirnya takda dah gangguan sampai sekarang.
Kami amalkan bacaan quran dalam rumah dan bilik opah tu kami jadikan tempat letak barang. Selalu masuk bg salam. Bilik tu pun dan tak rasa seram lagi dah.
Jawapan pada soalan tadi. Macam mana benda ni datang dan boleh menghuni bilik ni?
Rupanya dia l@ngsú!r atau pōñti yang ikut abah aku balik malam2 bila abah aku lalu jalan hutan. Jalan tu ada sungai dan kemungkinan orang dulu2 buang saka di sungai tu.
Dia masuk dalam rumah tapi dia pilih bilik opah sebab bilik opah paling depan dan opah paling lemah. Jin tu tak bertuan dan nak jadikan bilik tu tempat tinggal dia.
Patutlah perawat tu ada tanya kami, “hangpa ada balik dari bukit mana2 ka?”
“Kenapa?” Abah tanya balik.
“Benda ni bukan dari sini, tak bertuan. Dia mai hutan bukit”
Barulah terjawab segala persoalan kami.
Hati-hati geng. Amalkan selawat banyak bilamana otw nak balik rumah. Basuh kaki dulu dan bagi salam sebelum masuk rumah. Surah 3 Qul tu memang bermanfaat buat amalan.
Nanti aku cerita pulak tentang rumah aku kena sih!r kalau ada kelapangan. Bye.
– Jay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit