Gangguan Bukan Perkara Gurauan

Harini aku nak ceritakan pengalaman suami yang pernah terkena gangguan.

Cerita ni aku dapat dari banyak sumber-sumber yang boleh dipercayai kerana pernah menyaksikan dan melihat kejadian yang berlaku pada suami aku. Aku berkahwin dengan suami pun dalam keadaan aku tahu keadaan kesihatannya itu.

Sebab sebelum kami bertunang, aku ceritakan semua kisahnya pada keluargaku dan suamiku pun ada call ayah sebelum nak datang rumah dan ayahku faham dan boleh terima dia dalam keluargaku.

Yang penting kami ada usaha dan semangat untuk pulihkan masalah dia selebihnya serah padaNya. Kini kami sudah berkahwin kurang dari 10 tahun.

Pemulaannya begini, Suamiku mula dapat gangguan ni salah sebuah sekolah di kg gajah. Cerita di sekolah ni, aku dapat dari kawan-kawan dia, mak ayah dia dan cikgu-cikgu sekolah dia.

Korang jangan ingat aku gi interview pula, aku dapat dapat melalui reunion diaorang, ziarah hari raya dan program-program sekolah.

Antara yang banyak pengalaman of course kawan-kawan dia. Bagusnya kawan-kawan dia ni sampai tolong jaga ramai-ramai, tak bagi stress, nampak pelik sikit kat suami aku ni terus diaorang datang kumpul ramai untuk jaga.semangat setia kawan tinggi.

Suami aku mulanya muntah darah biasa. Bila muntah darah dan terus pengsan. Bila muntah warden akan bawa dia gi hospital.

Bila check darah dan kondisi biasa dan darah dalam badan adalah normal. Tapi darah yang keluar memang darah dia. Jadi doktor biasanya akan masukkan air sahaja. After drip air habis boleh discaj.

Kejadian yang kawan dia ingat sampai bila-bila,time ni suamiku form 4, setelah kejadian muntah darah berulang lagi. Suamiku muntah darah di masjid. Kali ini dalam suasana hujan. Kawan2 bawa dia dari masjid ke bilik guru. Ada la dalam 200m ke bilik guru.

Time ni sorang ja dukung dia. Dalam bilik guru, warden pun ada merupakan cikgu sukan badan memang fit. Kawan-kawan dia pun ramai. 2-3 kali ganda besar dari suamiku. Memang diaorang nampak darah fresh kat baju, mulut dan hidung yang keluar.

Jadi diaorang kumpul ramai-ramai baca yasin. Sampai ada satu ayat, ada reaksi pada tubuh pada dia dan dia terus bangun dalam keadaan duduk.

Ramai yang bagi dia baring semula tapi badan dia keras dan semua dah merasakan ini bukan dia ni benda lain. Semua meremang je time tu. Dalam keadaan duduk, mata terpejam. Can you imagine?

Kawan-kawan dia urut kaki, urut tangan sambil baca yasin. Tiba-tiba seorang kawan dia kena genggam tak lepas-lepas. Ramai yang cuba lepaskan tapi tak dapat. Terus suamiku buka mata dan bangun. Kawan-kawan yang lain semua macam terpaku.

Terus suamiku rempuh pintu bilik guru dan berlari menuju ke satu kawasan lapang. Laluan bilik guru itu bila hujan memang licin.

Ramai yang cuba kejar suamiku tergelincir jatuh tapi suamiku lari macam tak jejak tanah. Cikgu sukan kejar pun tak dapat, ada kawan dia yang atlet lari pun tak dapat kejar.

Kawan-kawan dia nampak dia pengsan dekat salah satu bangunan terus nak dukung untuk bawa dia kembali ke bilik guru.

Tapi berat dia 10 orang dukung pun rasa lenguh sedangkan kawan-kawan dia 2-3 kali ganda lebih besar dari dia. Warden terus telefon family dia dan terus family dia bawa balik rumah.

Banyak kejadian berlaku pada dia disekolah tu sehingga ibu bapa suamiku pernah datang 2-3 pagi untuk ambil suamiku pulang kerana kejadian itu berlaku pada jam 2-3 pagi. Suamiku pernah jadi sehingga semua kawan-kawan dan senior yang besar2 pun turun bantu.

Asalnya senior dia tak percaya tapi bila dah lihat depan mata baru diaorang percaya dan bantu. Kejadian di asrama, suamiku bertindak lebih ganas, yang baca yasin di sepak bahkan ada yang jaga pintu bilik asrama supaya dia tidak lari dan untuk ustaz sampai.

Mereka jaga pintu lebih 10 orang tapi suamiku buka pintu selambe je. Dia terus berlari ke arah yang tidak diketahui sehingga pengsan semula.

Di pendekkan cerita, semasa dia di tingkatan lima, dia dipindahkan sekolah yang berdekatan dengan rumah ibu bapanya di hilir perak. Harapan ibu bapa suamiku agar kejadian tidak berulang kembali.

Setelah 2 bulan, ibu bapanya sudah nampak perubahan positif, tiada lagi muntah darah dan pengsan di sekolah baru.

Namun hanya bertahan 2 bulan sahaja. Kejadian berlaku apabila suamiku tidak masuk kelas di bangunan lain dan rakan-rakan tidak perasan yang suamiku tidak ikut bersama.

Apabila kawan-kawan pulang, mereka lihat dia dah berdarah dan dipapah ke surau dan pihak sekolah hubungi ibu bapa suamiku untuk dibawa pulang.

Kejadian berlaku lebih dahsyat apabila kejadian muntah berdarah berlaku dan direhatkan dimakmal sains.kali ini suamiku bertindak agresif apabila ada ustaz yang merawatnya.

Kawan-kawannya cerita suamiku bergaduh dengan ustaz yang merawatnya di sekolah dan berlari. Sempat dihalang kawan-kawannya. Dan kembali tidak sedarkan diri. Semakin nak dekat peperiksaan semakin kerap berlaku.

Guru-guru disekolah itu bermesyuarat mengenai masalah tersebut dan sepakat untuk tidak memberikan apa-apa tekanan atau denda pada suamiku. Dan suamiku juga bukanlah pelajar nakal di sekolah.

Alhamdulillah ada respon positif dan sebulan sebelum spm suamiku tidak ke sekolah dan kerap belajar di rumah memandangkan abang dan kakaknya juga cuti sem dan boleh ajar di rumah sahaja. Keputusan spm dia memang tidak dinafikan agak terus tapi tidak sampai gagal.

Tapi keluarga suamiku tidak kisah akan keputusan spm dia yang penting kesihatan dia.

Dengan keputusan spm dia ingin lanjutkan di peringkat tingkatan 6. Fokus dia pada bidang agama. Dan dia sempat bersekolah 3 minggu di sebuah sekolah di bota sebelum lanjutkan pelajaran di sebuah sekolah di klang. Di sekolah di Klang ini perkara yang sama berlaku.

Cuma kali ini, kawan-kawan dia berpakat untuk merahsiakan sekiranya berlaku apa-apa. Hal ini kerana di sekolah tersebut ada kawan yang pernah bersekolah dan pernah merasai peristiwa gangguan suamiku di sekolah di hilir perak.

Jadi kawan dia inilah yang banyak membantu suamiku di sekolah di klang itu.

Namun, rahsia ini tidak bertahan lama, apabila terjadikan muntah darah dan kelihatan agak tidak bermaya ada kalangan pelajar yang lain menghubungi warden dan ambulan datang dan dibawa ke hospital. Diagnosis kata ada something pada otak.

Bila scan normal. Darah normal semuanya normal. 3 hari ditahan di wad tapi keadaan normal. Warden tersebut dah rasa bukan sakit biasa dan nasihatkan dia supaya amalkan ruqyah dan amalan-amalan lain.

Pernah terjadi, apabila sorang kawanya yang jaga, suamiku tiba-tiba bangun dalam keadaan mata merah.

Dia jadi takut dan tak sampai beberapa saat untuk panggil kawan-kawan lihat suamiku hilang. Asrama ada 4 bangunan. Setiap bangunan ada 3 tingkat. Terus kawan-kawan cari di setiap bangunan .

kawannya berpecah mencari dan akhirnya jumpa di blok paling hujung dan paling atas seorang diri dalam keadaan pengsan dan berdarah. Tiada siapa yang perasan. Semua hairan bagaimana suamiku boleh sampai dengan cepat.

Sedangkan setiap blok ada orang dan sorang pun tak perasan suamiku sampai di sana. Begitulah cabarannya, banyak kisah suamiku namun tak dapat cerita penuh, tak boleh nak share.

Keputusan tingkatan enam dia di sana agak bagus dan dia antara pelajar cemerlang disana.

Kejadian-kejadian seperti ini bila diceritakan semula memang macam tak masuk akal dan ada juga melucukan. Namun kesakitan yang di alami tidak semua dapat merasakan. Kesakitan bagai isi perut disiat-siat. Namun darah tersebut bukan dari perut kerana darah merah.

Bila scan kawasan mulut dan kawasan tekak tiada luka tiada apa-apa yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Itulah misterinya.

Tak bawa berubat ke? Pelbagai alternatif dicari termasuk tradisional. Suamiku pernah berubat di kuala kangsar dan banyak kali berubat dan tiada raksi.

Pernah ayah suamiku bawa berubat 30min setelah kejadian berlaku . Tetap tiada apa-apa.Akhirnya ustaz tersebut cadangkan berubat di tempat lain. Guru suamiku di sekolah kg gajah pun banyak cadangkan berubat dengan ustaz di sana.

Begitu juga ibu bapa kawan-kawanya pernah bawa ayah suamiku ke felda besout untuk berubat. Imam jiran suamiku juga pernah bawa berubat sampai ke Klang.

Majoriti yang pernah merawat suamiku semua sudah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah limpahkan kebaikan pada mereka.

Panjang sangat ni, kesimpulannya kami dapat tempuhi cabaran ini bersama. Kita sebagai isteri kena memahami apa yang suami kita rasa dan perlu jaga setiap emosinya.

Dalam masalah suami saya, saya yakin sokongan keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan suami saya kuat.

Bukan mudah nak tempuhi gangguan ni. Ribuan Ringgit keluarga suami saya habiskan untuk merawatnya.

Disebabkan itu, suamiku istiqamah amalkan ayat-ayat ruqyah, jaga amalan dan jaga pantang. Percayalah, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Semoga kita semua diberikan kesembuhan dari segala penyakit.

– Hauri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *