Cabul kehormatan, gangguan seksual di tempat kerja:
Apa sebenarnya maksud cabul kehormatan ini?
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya anda berdepan dengan situasi begini?
Lewat ini banyak kes mencabul kehormatan berlaku ditempat kerja. Samada pelaku merupakan rakan sekerja atau Majikan/ Ketua sendiri.
Jika seseorang rakan sekerja/ majikan lelaki sebagai contoh menyentuh bahu seorang rakan sekerja Wanita adalah tidak normal dan/ atau biasa namun jika lelaki menyentuh bahu lelaki barangkali ia adalah normal.
Apabila seseorang menyentuh anda di mana-mana bahagian badan tanpa kerelaan anda dengan niat untuk mencabul kehormatan (tidak terhad kepada anggota sensitif badan) samada seseorang itu sama jantina atau berlainan, lakukan tindakan di bawah : –
1) Tegur pelaku tersebut secara berhemah dan nyatakan yang anda tidak selesa meskipun hanya bergurau.
2) Buat aduan kepada Majikan/ Ketua bahagian sekiranya Pelaku merupakan rakan sekerja/ menyandang jawatan yang sama.
Jika Pelaku merupakan seorang ketua/ Majikan/ berpangkat lebih tinggi buat laporan kepada HR dan follow up jika ada sebarang siasatan dalaman/ tindakan dibuat berhubung aduan anda.
3) Rekodkan tarikh aduan.
4) Jika ingin membuat laporan Polis, lakukan dengan segera dalam tempoh kurang dari 24 jam bagi menujukkan keseriusan kes tersebut dan anda tidak dipengaruhi oleh sesiapapun.
5) Gangguan seksual tidak semestinya berbentuk serangan atau kekerasan jenayah dalam bentuk fizikal mahupun sentuhan. Ia boleh juga dalam bentuk kata-kata lucah selagi mana ia mengundang ketidakselesaan.
6) Jika tiada CCTV, bukti gambar, rakaman video segera laporkan kepada rakan sekerja atau seseorang yang berhampiran dan berada disekitar tempat kejadian.
Meskipun mereka tidak melihat dengan mata kepala sendiri, kenyataan mereka melihat dan mendengar aduan anda sebaik sahaja jenayah tersebut berlaku boleh dikategorikan sebagai ‘coroborrative evidence’ dan bukan ‘Hearsay’/ khabar angin semata. Mereka berpotensi menjadi saksi pertuduhan.
7) Jika pencabulan ini berlaku secara berterusan/ bersiri, pastikan anda tunjukkan atau laporkan kepada individu bertanggungjawab bahawa anda kekal bekerja ‘under-protest’.
Pelaku barangkali akan mengatakan bahawa dia hanya bergurau, anda tidak kisah justeru menganggap bahawa ia hanyalah suatu kesilapan yang tidak disengajakan. Nyatakan dan buktikan yang anda kisah dan ia bukan suatu kesalahan yang tidak disengajakan.
9) Biasakan menggunakan gelaran Encik/ Puan berbanding abang/ kakak/ kekanda/ dinda untuk mengelakkan salah faham akan hubungan yang mesra sebagai tanda batasan pergaulan.
10) Jika ugutan berlaku, segera buat laporan Polis kerana ia suatu jenayah dan boleh dipenjarakan (bergantung kepada jenis/ tahap ugutan tersebut serta fakta kes).
11) Usah takut jika Pelaku ingin memecat anda sebaliknya Pelaku bakal didenda/penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.
12) Jika anda hanya memendamkan masalah ini tanpa sebarang tindakan ia hanya merugikan diri sendiri dan akan memakan diri apabila timbul ketidakselesaan dan mampu menganggu kosentrasi kerja. Majikan perlu memastikan pekerja bekerja dalam keadaan/ persekitaran yang selamat.
Laporkan kes anda.
Jangan biarkan jenayah ini berterusan.
Sekian,
Peguam Jenayah,
– Nur Shuhadah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit