Untuk part I, (https://iiumc.com/gangguan-mistik/).
Okay, aku sambung kisah aku hari tu. So yang aku cerita tu masa aku form 1 la.
Aku kalau dekat rumah, orang yang selalu aku cerita memang mak, abah dengan kakak aku. Okay, mungkinlah ada orang salah faham dengan mak aku, atau cara aku describe mak aku buatkan orang salah faham.
Mak aku ni, cuba sedaya upaya untuk explain secara scientific sebab mak aku tak nak aku takut. Kakak aku pun sama, akan cuba explain secara scientific dekat aku.
Misalannya kalau aku ternampak benda pelik, mak aku akan cakap, maybe masa tu aku penat, atau aku ternampak cahaya yang pantul yang nampak macam bayang. Kalau aku dengar bunyi, mak aku akan cakap tu kucing ke, monyet ke, cicak ke.
Kalau aku cerita dekat abah aku, abah akan tanya aku cerita detail. Apa aku nampak, apa aku dengar, apa aku rasa. Abah akan cakap, kalau panas start lah baca taawuz, kemudian baca ayat kursi dan doa. Memang abah selalu akan bagi aku cara untuk aku lawan gangguan aku.
Aku masa kecik, aku selalu mimpi arwah opah aku. Arwah opah aku meninggal masa aku umur 5/6 tahun macam tu. Opah aku meninggal dalam rumah aku, masa arwah opah aku nazak, aku ada depan opah.
Opah masa tu nak solat maghrib, tengah tunggu abah aku dalam tandas, opah aku tiba-tiba tak sedar diri.
Opah aku ni, seingat aku masa kecik memang rajin buat solat sunat macam dhuha, tahajjud. Aku paling suka kalau arwah opah aku habis mengaji lepas dhuha, sebab opah aku akan ceritakan aku kisah-kisah nabi. Tak pernah opah aku tolak kalau aku nak.
Bila aku mimpi pasal opah aku, aku akan cerita dekat abah, sebab opah aku ni sebelah abah aku. Abah dengan mak akan cakap, sebab aku dah lama tak sedekahkan Al-Fatihah, sebab tu aku mimpi.
Jadi setiap kali mimpi, bila terjaga aku akan terus baca Al-Fatihah. Aku tak ada mimpi pelik-pelik, just mimpi opah duduk depan rumah, mimpi aku tidur atas riba opah, mimpi jumpa opah. Mimpi biasa. Tapi kadang-kadang aku menangis bila mimpi opah.
Sambung pasal gangguan lagi. Aku masih in denial pasal gangguan ni. Sebab aku rasa macam ketidakpedulian mak aku dengan bagi fakta-fakta logik tu somehow buatkan aku ada mindset ikut logik.
Let say aku nampak something deket sekolah, dengar something, kena tindih aku andaikan benda-benda ni bukan gangguan.
Aku jadi betul-betul sedar benda ni tak normal start aku form 2 bila seorang kawan sekelas aku kena histeria.
Tak silap aku masa ni nenek dia baru meninggal, kawan aku selalu nampak nenek dia dekat sekolah sampai dia stress dan histeria. Ustazah kami bawa dia jumpa ramai ustaz, kawan aku ni kampung jauh.
Kesian la kawan aku ni, sebab kadang-kadang kena balik kampung untuk berubat. Masa ni aku perasan, kawan aku akan start kena hsiteria bila nak exam.
Aku masa ni ingat – dia stress sangat kot sampai histeria. Ataupun attentian seeking macam tu. Sampai aku form 3, kawan aku punya masalah tak settle.
Last aku dengar ada kawan aku bagitau kawan aku yang histeria ni ada saka nenek dia. Yang dia nangis histeria tu sebab dia nampak nenek dia and kena gangguan.
Masa form 3, saka kawan aku memang mengganas. Kawan aku sampai kami tak boleh nak pegang dia, kena ustaz dan guard dan guru-guru pegang sebab dia kuat sangat.
Aku tengok kawan aku ni kecik saja, memang tak adalah kudrat kuat macam tu. So masa ni baru aku sedar benda yang orang panggil saka bagai.
Last kawan aku ni, ustazah aku bawa jumpa seorang ustaz, tak silap saka dia kena buang dekat satu tempat ni. Tempat yang aku dengar saka kena buang ni, tempat ni jalan macam ular kena palu.
Banyak la aku dengar accident la, orang nampak benda la. Kalau sekolah aku nak camping, memang lalu jalan ni. Huhu. Sejak dari hari kena buang tu, kawan aku beransur pulih, sampai aku form 5, kawan aku ni aku rasa dah tak histeria dah. Alhamdulillah.
Masa aku dekat sekolah, gangguan aku macam-macam. Aku masa sekolah menengah, aku pengawas sekolah. Kadang aku lambat mandi petang dari orang lain sebab ada tugasan,
Jadi pernah sekali masa aku mandi shower aku dengar ada orang mandi dekat sebelah. Masa tu form 4, pengawas floor aku tak ramai. Dan yang lambat masa tu pun tak ramai. Aku ni jenis kalau mandi memang lambat sikit.
Pernah sekali aku mandi, tiba-tiba aku dengar orang mandi sebelah shower aku. Aku dok panggil lah nama kawan aku yang lambat tu. Senyap sunyi sepi. Aku abaikan, aku mindset masa tu maybe air shower kuat so tak dengar or kawan aku nak cepat so malas nak sembang.
Lepas habis mandi, aku tengok floor aku memang lengang. Masa form 4, aku punya dorm, dorm atas sekali. Kadang ada saja yang malas nak naik atas, mandi bawah saja.
Bila dah habis prep malam baru ambil baju kotor atau tak pun terus letak baju kotor dalam baldi dan letak terus dalam laundry room.
Masa ni aku rasa seram la juga, sebab bila aku jumpa kawan aku yang dengan aku hari tu, aku dapat tau dia mandi bawah sebab dia ingat aku mandi bawah.
Masa aku form 5, aku duduk bilik pengawas. Sebab aku ketua bilik sakit, bilik aku depan bilik sakit. Bilik sakit sekolah aku ni dekat hujung dunia, sebelah rumah pengetua.
Selalu pengawas ketua bilik sakit akan duduk bilik aku sebab kalau ada pelajar sekolah sakit tengah malam, nak panggil warden ke, nak masuk ke bilik sakit ke senang la nak cari sebab aku dengan warden dan penyelia asrama yang pegang kunci.
Nak ke bilik aku, kalau tak ada pelajar yang balik lagi memang seram sikitlah sebab hujung dunia bilik aku. Lagi satu yang seram sikit sebab sederet bilik aku, bilik aku dekat ground floor, tak ada bilik dorm lain sebab bawah tu ada bilik TV, bilik laundry, tandas dan bilik aktiviti.
Ada satu hari ni, aku nakal sikit. Masa ni dah nak dekat SPM, aku malas nak prep malam. Kawan-kawan aku yang sekelas masa tu pakat-pakat coverkan untuk kami keluar prep awal. Tak silap aku nak keluar prep awal pun sebab aku ada buku tertinggal dalam bilik, nak buat homework.
Masa aku dekat blok sebelum blok aku, aku nampak bilik aku lampu terbuka terang. Aku andaikan ada kawan aku yang nakal macam aku dah baliklah.
Awal-awal aku ingat nak singgah sickbay sekolah dulu, minta pengawas bertugas teman aku balik bilik kejap. Tapi bila tengok bilik terang, aku terus menuju ke bilik.
Sebelum sampai bilik aku, aku akan lalu bilik TV. Masa lalu bilik TV, memang aku jelas dengar macam ada kawan sebilik aku gelak.
Kawan aku ni, aku panggil dia Mek, kawan aku ni memang sejenis kalau gelak mengilai sikit la. So bila aku dengar, aku dalam hati ‘Oh, Mek dah balik’. Aku sampai saja depan bilik, aku tengok grill bilik aku berkunci.
Aku peliklah, dah kenapa Mek kunci grill. Aku husnuzon lagi, aku andaikan kot takut kantoi dengan warden kot. Then aku buka pintu grill dengan pintu kayu.
Bila aku buka, aku tengok kosong bilik aku tak ada orang. Bulu roma aku meremang, aku tahu ada something tak kena, aku terus lari pergi belakang blok aku ke sickbay.
Aku memang lari tak cukup tanah, sampai sickbay aku tanya lah kawan aku dalam tu. Sebab sickbay dengan bilik aku memang dekat, kalau aku kena stayback tidur dekat sickbay, aku boleh nampak budak bilik aku buat apa dalam bilik kalau langsir tak turun.
Sampai dekat sickbay, soalan 1st aku, ada nampak tak Mek balik bilik. Kawan aku bertugas malam tu cakap dekat aku dia tak perasan. So aku stay la dekat sickbay sampai habis prep.
Balik prep, baru aku balik bilik. Aku tanya Mek, ada balik bilik tak. Macam aku andaikan, memang dia tak balik bilik. Aku diamkan saja la. Sejak dari tu, aku tak ada dah nak balik bilik awal.
Habis zaman aku belajar dekat situ, aku andaikan gangguan aku kuranglah. Sebab kalau nak tau, sekolah aku ni even ustaz bahasa arab aku pun pernah kena ganggu.
Sebab aku andaikan sekolah aku ni keras, jadi sebab tu lah macam-macam jadi, so aku lega bila dah habis belajar dekat sini.
Aku tak adalah kerap kena gangguan, tak adalah sebulan sekali ke apa. Tapi aku perasan, aku akan kena ganggu bila aku stress, aku datang period, aku penat dengan aktiviti sekolah atau aku lalai/ leka/ suka sangat hari tu.
Dan kebanyakannya, bila benda pelik jadi dekat aku, aku cuba untuk cakap dekat diri sendiri, benda yang aku nampak, dengar, rasa dan bau ni jadi sebab badan aku lemah, penat, jadi aku berhalusinasi.
Jadi in a way, dengan pemikiran macam ni, aku jadi kurang takut dan life aku dekat sekolah pun aku rasa normal untuk diri aku.
Start aku A-Level, aku sedar yang benda ni tak logik, tak masuk akal dan sesuatu yang pelik yang aku rasa aku kena cerita betul-betul dekat mak abah aku.
– Bukan Rania (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit