Untuk part I, (https://iiumc.com/gangguan-oh-gangguan/).
Hai, terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca luahan hati saya. Dan of course saya baca semua komen2 anda.
Ada yang berkata saya berkhayal. Saya tak kisah pun. Sebab mula2 pun itulah yang saya fikirkan. Mula2 dulu saya selalu fikir saya ni gila ke?
Tapi bila difikirkan dengan akal fikiran yang waras ni. Saya cuma kena waktu mengandung saja. Kenapa saya yakin? Sebab saya dah habis pantang hampir 1 tahun.
Dan dalam masa satu tahun saya tidak hamil ni, saya tidak diganggu dengan benda yang menyerupai family in law saya pun.
Tapi bila tak hamil ni saya kena gangguan lain. Dan gangguan lain ni bukan saya sahaja yang kena. Tapi family in law pun sama. Sebab tu saya cakap yang kitaorang ni suka share kisah2 gangguan dalam rumah.
Walaupun diganggu tapi ianya tidaklah kerap. 3 bulan sekali lebih kurang begitu.
Untuk pengetahuan pembaca, dihadapan rumah saya ni ada sebuah rumah kosong. Mama saya cerita dulu ada pasangan suami isteri yang agak berusia juga duduk.
Anak anak dia saya tak sure kemana mereka. Cuma dia ni ada membela, kalau tengok muka dia menyeramkan sikit dan dia jarang sekali nak bertegur sapa dengan jiran2.
Dia dah pindah lama dah dari sini dan rumah tu masih kosong sampai sekarang. Katanya dia tak nak sewakan pada sesiapa sebab belaan nya masih didalam.
Saya tak tahu nak percaya atau tak sebab saya ni kurang sikit nak percaya pasal belaan ni. Entahlah. Yang ni aku saje nak share yer hihi.
Korang mesti ingat kisah ketukan pintu waktu malam yang pernah mengegarkan Malaysia haritu?
Aku sebenarnya sikit pun tak percaya. Sebab zaman sekarang ni zaman IT. Orang2 bijak mengedit sampaikan yang tipu tu nampak real. Tapi aku tak adalah megah sampai kata Halahhhhh propaaa saja semua tu.
Cakap dalam hati saja. So satu hari tu aku ketandas. Tandas rumah aku ni kalau ada yang bercakap kat belakang rumah memang boleh dengar.
Kalau orang ketuk pintu ke apa memang akan dengar. Masa kat tandas tu aku dengar ada orang ketuk pintu. 3 kali dan sangat kuat ye.
So aku bergegas lah nak keluar ketandas sebab aku fikir maybe ahsu yang ketuk memandangkan dia keluar petang tu dan dia tak bawak kunci.
Keluar saja dari tandas aku tengok Ude dah gerak nak bukak pintu belakang. Bila dia bukak pintu ….. kosong. tak ada siapa pun. Ude siap keluar jengah tengok betul2 siapa ada berdekatan rumah kami.
Tapi memang tak ada siapa. Dia tanya aku, ‘Melati dengar tak tadi orang ketuk pintu?’ ‘dengar, kuat, ingat adik, tak ada orang ke?’ ‘tak ada sape ni ha’ terus dia tutup pintu dan kitaorang berlari bersama ke ruang tamu hahahaha.
Kes kedua pulak aku suami kena. Waktu tu hanya aku dan suami saja dalam rumah. Kitaorang tengah tonton tv sambil makan bubur sumsum.
Then suami aku pun angkat pinggan mangkuk kedapur nak cuci. Boleh pulak masa dia kedapur tu ada orang ketuk pintu sliding aku 3x.
Waktu tu aku tak bukak lampu dekat beranda sebab terlupa. Biasa aku bukak nak tidur baru aku tutup. Bila teringat kan kes haritu dengan ude so aku tak berani langsung nak bukak pintu sliding tu.
Aku berlari pergi kedapur cakap kat suami yang ade orang ketuk pintu. Laki aku pon bergegas lah kedepan tapi dia tak terus bukak pintu, dia bukak lampu saja.
Tapi tak ada sape pun weh. Aku macam hmmm cicakk kot. Perasaan aku saja. Takut melampau lampau agaknya. Bila suami tutup saja lampu dan kitaorang nak duduk balik depan tv, tiba tiba toktoktok.
Tersentak laki aku dan aku. Kitaorang saling berpandangan. Pintu sliding aku tinted memang gelap taknampak apa kalau tak bukak lampu luar.
Laki aku slow2 bukak lampu. Kosong juga. Laki aku tak puas hati. Dia bukak pintu dia tengok kat sliding door tu tepi2 dinding tapi seekor cicak pun tak ada.
Kitaorang masuk dan buat macam biasa walaupun muka laki aku dah macam muka nampak CikPon haha. Aku ni sebenarnya penakut sangat2 tapi ada masa tu aku rasa aku ni berani sangat pulak. Macam mana tu?
Okay stop cerita pengalaman aku lalui. Kalini aku nak cerita pengalaman adik ipar aku Angah pulak. Angah haritu balik ke kampung sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.
Memandang kan dia pun work from home dan dia mengandung, company dia suggest dia tak datang office. Dia duduk kampung dalam 3bulan macam tu.
Dulu aku mengandung, aku yang kena kacau. Kalini dia pulak yang kena kacau. Satu hari tu tekak aku teringin nak makan karipap sedap besar sebiji RM1 saja.
Aku dengan laki keluar kejap tapi tak bagitahu Angah sebab dia tengah tidur dengan anak pertama dia.
Bila dah sampai kat warung tu, dapat call dari Angah ‘Longgg, kau kat mana? Aku ingat kau dengan Melati kat dalam bilik sebab aku dengar suara korang bercakap kuat tadi, tapi bila aku pergi dapur nak buat susu Ayen aku tengok ko tak ada dalam bilik pun’ ‘aah.
Aku keluar jap dengan Melati ni nak beli karipap, yeke kau dengar? Aku dah nak balik ni’ ‘lama ke kau pergi? Aku baru saja dengar ni hmm’ ‘tak adalah lama tak adalah sekejap, ha ko tunggu lah jap lagi aku balik’
Sampai saja rumah terus lah tengok Angah, tanya dia pasal kes tadi. Nampak lah muka mintak kepastian tu. Dia cakap memang jelas suara aku dan suami tengah borak gelak2 dalam bilik. Nasib baik dia tak menggelabah masa tu.
Yang kedua pulak, masa tu aku suami tidur bahagian sudut depan area pintu masuk. Angah dengan Ayen tidur kat sudut tengah area tonton tv. Waktu tu pukul 11 so dah bergelap sebab anak nya dah tidur. Tak boleh bising karang terjaga sebab telinga nipis hihi.
Tengah aku suami main game kat handphone tiba2 angah datang kat kitaorang. Dia kata dia dengar suara orang kat pintu belakang.
Bila suami pergi tengok tak ada apa pun. Dan aku tak ada dengar suara apa masa tengah main game sebab sound game pon aku off. So kalau dia dengar mestilah aku akan dengar sekali. Dia tanya Ude, Ude pon kata tak ada dengar apa2.
Muka dia dah berubah sebab dia pelik dia saja dengar. Kes ketiga pulak tengah seronok main dengan Ayen tiba2 dia kata ada nenek kat tingkap depan. ‘mamaaa, nenek’ ‘mana?’ ‘tuuu, tuuu’
Ada jugak satu hari tu aku bukak tiktok, aku tengok tengah viral satu filter yang boleh detect ada identiti kat screen even kita tak nampak pun.
So aku saja lah mencuba, datang gila aku nak cuba tak tahu apa pasal aku dengan suami pusing2 kan lah kamera. Tiba2 dia detect dekat tempat tingkap yang Ayen kata ada nenek tu.
Berlari lah aku jauh dari tingkap tu. Laki aku pun blah dari situ. Bulu roma masing2 dah meremang ni. Then kitaorang pergi ke dapur, terpampang kat screen ada identiti tu sebelah bilik aku.
Waktu tu aku gelabah la tapi dalam masa yang sama aku tak adalah nak percaya sangat. Kadang bukan betholll pun kan.
Baru saja nak blah kedepan balik, tiba2 Ayen jerit ‘haaaa akutttt!! Akuttt!!’ kitaorang pelik lah kenapa budak ni, takut kenapa pulak kan.
Korang tahu dia tunjuk betul2 dekat tempat yang detect identiti tu. Sebab kawasan tu kecil saja. Kalau dia tunjuk situ, memang situ jelah. Aku tak tahu lah kebetulan ke apa filter tu.
Tapi memang tobat lah nak main lagi. Tak kisahlah korang nak cakap aku tak betul ke, berkhayal ke. Banyak lagi kisah2 yang terjadi dalam rumah ni sama ada seram sangat ke atau seram sikit.
Tapi aku rasa cukup sampai sini sahaja kisah aku nak share. Bila kita mengandung ni memang akan ada yang nak mengacau. Solat jangan tinggal. Malam2 bukak ruqyah dalam handphone sambil tidur pun bagus juga.
Takyah lah keluar maghrib2 sebab waktu tu waktu benda tu hangout. Masa aku mengandung badan aku sakit sangat kat tulang belakang tu. Rasa berat, rasa macam ada yang bertenggek.
Bila dah tak mengandung ni tak ada langsung rasa tu. Maybe korang akan cakap biasalah mengandung badan kita lain. Aku anggap begitu juga.
Oh ya, aku tak suka tengok cerita hantu sebab aku penakut. Doakan semoga lepasni hati aku sentiasa tenang tanpa gangguan. Sekarang pun tengah tenang. Sebab sambil taip sambil dengar alunan ayat suci AlQuran.
Okay sampai sini saja yer. Terima kasih semua. Assalamualaikum.
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit