Lebih kurang pada tahun 2007 ke bawah.
Aku bersama adik perempuan dan mak ayah merancang suatu percutian.
Dan kami tak sangka percutian itu bakal meninggalkan trauma hitam dalam hidupku.
Ini kisahnya.
Kami bertolak ke negeri dan sampai agak lewat malam lebih kurang 12 tengah malam. Masa tu kami jumpa satu chalet dan kami pilih untuk bermalam sekejap.
Selesai semua urusan check-in, aku pun ajak famili aku pergi ke chalet yang diberikan dengan nombor **
Sampai sahaja ke chalet, aku rasa tak sedap hati. Tapi aku buat tak tau. Aku pendam sorang. Aku tak nak takutkan ahli keluarga aku sebab dah tengah malam.
Kami dah penat dengan drive jauh. Apa lagi pilihan yang kami ada. So, redo jelah.
Ahh nak bagitahu yang Chalet kami tu dilengkapi dua bilik tidur dan 2 bilik air. Satu bilik air di dapur dan satu lagi dalam bilik tidur.
Aku pun ambik bilik tidur yang ada bilik air. Dan bilik satu lagi dekat dengan dapur. Aku tidur sorang dan bilik ni jauh dari bilik yang mak ayah & adik aku tidur.
Sebenarnya perasaan tak sedap hati aku masih tak hilang . Aku pun biarkan majoriti lampu dalam chalet kami terbuka.
So masa tu dah dekat 1 pagi. Aku pun baring atas katil. Kanan aku ialah tingkap, dan kiri aku ialah ruang keluar menghadap pintu.
Aku tak masih tak dapat lelapkan mata. Baring Pusing kiri….. pusing kanan..
Lepastu baring lurus sambil pandang siling…. aku mula cakap dalam hatí.. “haishh kenapa aku tak boleh tidur ni.. kenapa aku rasa macam tak selamat..”
Tengok jam lah…sekali jam tunjukkan 1.30 pagi.. aduhh..
Akhirnya aku baring pusing ke kanan menghadap tingkap. Masa inilah peristiwa titik hitam menyeramkan berlaku.. sampai aku trauma nak duduk sorang2…
Waktu aku baring ke kanan..belum sempat tangan kiri aku alihkan ke sisi, aku tersentuh satu benda lembut.. yang ada di sebelah kiri katil aku..
Lembut… macam kain yang lembut.. ohh langsir kut.
Masa ni aku rasa curiga.. sebab bila tingkap di kanan aku, mesti langsir pun mesti di kanan aku.. ehh tapi apa pulak yang aku pegang kat kiri katil aku kalau bukan langsir????
Masa ni mata aku tertutup rapat. Hati aku berdebar-debar.
Dengan mata yang masih tertutup..aku ubah posisi dari baring ke kanan, ke baring menegak wajah menghadap ke arah siling..
Aku raba kain tu.. macam satu objek yang panjang sedang berdiri di sebelah katil aku..
Aku cuba buka mata perlahan-lahan. Aku rasa cemas wehh hati aku.
Dup.. dap.. dup.. dap..
Buka je mata, aku tersentak.. sebab aku terpandang satu objek seperti bungkusan kain putih tinggi sedang berada di sebelah kiri katil aku..
Masa itulah aku rasa takuttt sangat.. aku cuba minta tolong.. tapi..
Mulut aku kaku… aku tak boleh menjerit.. aku cuba bergerak.. aku tak boleh..
Aku mula dengar benda tu menderam.. macam bunyi harimau… grrrrr…. grrrr…
Masa tu dalam hati aku hanya sebut ,”Allah… Allah… Allah..”
Benda tu tetap masih ada di sebelah aku.. seperti aku dapat rasa yang masa macam tak bergerak.. sangat lama benda tu ada dalam bilik aku… akhir terlintas dalam hati aku satu ayat,
“Aku berlindung dengan Allah, dari jin, syaitan dan iblis yang direjam” aku ulang banyak kali dalam hati aku..
Kemudian aku hilang kesedaran.. masuk sahaja waktu subuh..aku terjaga. Dengan penuh rasa cemas, aku cepat bangun dari katil.. ada benda pelik yang terjadi pada diri aku..
Kelihatan dari betis hingga kaki aku, penuh calar balar seperti dicakar oleh sesuatu.
Selepas peristiwa itu, aku mula trauma duduk sorang-sorang. Aku mesti akan cari peneman. Kalau takpun, aku akan keluar dari rumah.
Itu sahaja kisah kali ini. Terima kasih..
– Juyi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit