Assalamualaikum semua.. Ceritanya macam ni. Aku baru saja pindah kat satu apartment boleh dikatakan agak baru jugak dibina. Setakat yang aku tau dari agent, rumah tu before ni yang duduk chinese couple.
Kalau aku tak silap dengar la. Kiranya bukan aku orang pertama yang menyewa kat situ. Aku pon tak sure rumah tu ditinggal berapa lama sebelum aku masuk.
Before ni aku duduk kat apartment jugak. Disebabkan takde lift and owner nak jual rumah tu so aku pindah la kat tempat yang ade lift (rumah sekarang).
Kat rumah lama aku takde kena gangguan apape. Setahun aku duduk kat sana ok saja. Rumah sekarang ni aku duduk dah dekat sebulan baru ade gangguan.
Gangguan tu walaupon mungkin bagi orang lain tak berapa seram tapi bagi aku seram sebab aku duduk sorang.
Oh btw aku perempuan. Aku dah pernah menyewa ramai2 tapi banyak songeh masing2 so aku serik. Jadinya aku lebih rela duduk sorang. Masuk kalini dah 4 kali aku pindah randah.
Ok sambung balik citer. Gangguan yang aku kena ni masa hujung ramadhan which is last week. Masetu aku tengah makan buka puasa depan tv kat ruang tamu. Sebelah ruang tamu ada dapur. Kat dapur tu ada satu meja and satu kerusi.
Dalam pukul 8.10 malam macam tu aku pon terpandang la bahagian kerusi and meja tu. Aku perasan kerusi tu dah dialih ke tengah. Agak jauh dari tempat asal dia.
Aku sangat yakin asalnya memang kerusi tu bukan kat tengah and bukan aku yang alih. Kerusi tu asalnya kat bawah meja.
So macam mana boleh teralih, jauh pulak tu. Ofkos aku rasa seram. macam mana aku boleh tak perasan kerusi tu teralih sedangkan bila aku kat depan tv, meja and kerusi tu sebelah saja walaupon takde dekat sangat tapi still sebelah.
Nak nangis aku time tu. Aku ni bukan jenis yang senang takut kadang2 kalau benda kecik2 (contohnya lupa tutup lampu, bunyi sikit2) aku abaikan saja. Tapi sebab obvious kerusi tu dialih aku automatik jadi penakut.
Disebabkan masetu aku belom solat maghrib so aku tak sempat nak pikir banyak2 aku alih balik kerusi tu letak bawah meja. Aku bukak semua lampu.
Aku terus solat and baca quran. Untuk pengetahuan korang, bukan nak riak, aku kerap jugak baca al quran kat ruang tamu, selalunya lepas maghrib kecuali kalau uzur. Sebab hari2 memang aku solat kat situ.
And aku pon tido kat ruang tamu. Yela kan since duduk sorang boleh nak tido kat mana2..aku memang banyak habiskan masa kat ruang tamu.
Untuk makluman, masa mula2 masuk rumah aku takde pasang ayat ruqyah or ayat al quran. Aku tak alert sangat psl benda2 ni. Lagipon aku uzur time tu and busy uruskan nak pindah so aku terlupa terus.
Sambung peristiwa malam tu, aku tak tau la macam mana aku boleh tido kat ruang tamu. Sedangkan dalam hati nervous lain macam dah. Sampai malam tu aku mimpi hantu.
Since benda tu jadi, esoknya dan hari seterusnya aku tak berani nak duduk kat ruang tamu and dapur lama2. Lepas aku berbuka aku terus masuk bilik, bilik pakaian. Solat and tido dalam tu.
Oh lupa nak bagitau. Rumah aku ni ade 3 bilik. Bilik pakaian, bilik utama, bilik kerja. Bilik utama kosong. Cuma ade kotak2 kosong.
Kenapa aku tak tido kat bilik utama? Sebab before ni aku suka tengok tv sampai tertido kat ruang tamu. So aku tak rasa ade keperluan tido dalam tu. Lepas dah jadi peristiwa kerusi dialih lagila aku takot nak tdo dalam tu sebab ade toilet.
Buatnya toilet pulak dia kacau. Aku ade terfikir jugak sebab bilik utama kosong ke aku kena kacau. Tapi masa aku duduk kat rumah lama pon bilik utama kosong jugak. Takdela pulak kena kacau.
3 hari selepas peristiwa kerusi dialih, aku bangun nak sahur, kat ruang tamu ade satu karpet yang dah digulung. Aku sandarkan kat penjuru dinding.
Karpet tu aku tak guna sebab penyewa lama yang punya. Karpet tu tumbang pulak dah. Aku husnuzon mungkin kaki dia lembik kot sebab tu tumbang.
Aku tegakkan balik. Wpon dalam hati aku terdetik ada benda yang tumbangkan ke. Aku jadi overthinking lepas tu stress sebab aku takot pada benda yang maybe before ni kebetulan aje tapi sekarang semua benda aku nak kaitkan dengan benda tu.
Aku masih tak boleh lupa macam mana benda tu berani nak alih kerusi sedangkan aku ade saja kat ruang sebelah. Berani btul dia. Aku rasa macam dia saje nak kacau aku masa aku ade kat situ.
Bila dah jadi macam ni aku pon teringat la balik peristiwa2 sebelom2 ni. Ade beberapa kali jugak waktu malam dalam pukul 10 ke atas, ade bau2 busuk kat ruang tamu.
Tapi masetu aku fikir maybe bau dari indah water ke atau parit/kolam sebelah. Walaupon aku takde bukak tingkap.
Aku abaikan saja bau tu. Aku pernah duduk kat rumah sewa yang ada bau2 macam tu sebelom ni so aku dah biasa. Tapi sekarang bila aku pikir balik ntah2 tu bau lain.
Aku selalu dengar bunyi pintu bising. Bunyi nyett macam tak letak minyak tu. Aku syak tu bunyi pintu toilet jiran aku.
Tapi bila fikir balik kuat naw bunyinya. Tak pernah lak aku dengar bunyi flush toilet jiran aku. Ntah2 tu bunyi toilet bilik utama.
Ntah la aku pon dah tak tau nak fikir ape. Aku asyik rasa takot nak balik rumah. Duduk dalam rumah sentiasa nervous. Bila aku stay dalam bilik pakaian saja aku rase selamat sikit.
Siap kunci bilik. Sekarang aku amalkan baca ayat kursi dengan al baqarah. Tapi aku tak berani nak bace kat ruang tamu sambil bukak semua pintu.
Aku pernah dengar citer, kadang2 bila benda tu trigger dengan ayat quran lagi dia kacau. Seyes aku tak tau nak buat ape sekarang.
Aku rasa macam nak pindah saja. Tapi tulah dah sah2 depo takkan dapat balik sebab dah ade agreement. 3k pulak tu. Huhu. Penat pindah pon tak hilang lagi ni baru saja sebulan duduk. Tapi yela aku nak la duduk dalam rumah yang aku rasa selamat.
Buat apa menyewa mahal2 tapi nak tido pon takot. Ataupon kena cari ustaz dulu ke macam mana. Aku takde kenal mana2 ustaz pulak tu. Ada harapan ke untuk halau benda tu keluar ye. Aku cuma nak rasa tenang saja dalam rumah sendiri.
Rumah saja tempat aku hilangkan stress. Buntu aku aku sampai aku asek nak termarah orang lain saja disebabkan masalah ni. Kesian orang yang tak berkaitan.
– Cip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit