Gangguan Seksual

Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih kerana berkongsi cerita ini. Kisah ini berlaku kepada seorang kawan perempuan aku, amy (bukan nama sebenar) yang sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di selatan semenanjung malaysia. Amy adalah seorang yang peramah dan sangat sopan. Amy pernah cerita dekat aku kalau boleh dia nak bagi good impression kepada company yg dia buat praktikal tu. Tapi sikap amy membuatkan ada pihak lain yang mengambil kesempatan terhadap sikap nya.

Pertama, pernah sekali seorang staff di syarikat tersebut berbual dengan amy. “Amy, awak dekat uia duduk luar ke dalam campus?” Amy pun jawab lah yang uia memang sediakan mahallah (asrama) kepada semua student. Dan apa yang mengejutkan, lelaki tersebut bertanyakan lagi “my, kalau duduk luar jadilah ‘call girl'”. Amy ni pun terkejut lah dan dia tidak tahu macam mana nak respon. Mungkin bagi lelaki tersebut cuma gurauan.

Tidak cukup dengan itu, sinonimnya budak praktikal memang akan buat kerja-kerja kerani. Satu hari tu Amy pergi ke perpustakaan syarikat tersebut. Tiba- tiba terserempak dengan staff lelaki lain. Staff tersebut menyapa Amy, “Amy, jom kita berpegangan tangan”, sambil tersenyum penuh makna.

Yang lagi teruk, tindakan staff lelaki di syarikat tersebut berani mengambil gambar nya secara diam-diam. Contohnya gambar Amy tengah berjalan dari belakang dan gambar semasa meeting. Ajakan keluar sama, ingin menghantar pulang boleh dikatakan setiap hari dari staff-staff di syarikat tersebut meski pun telah ditolak berkali-kali oleh Amy.

Selain itu, mereka sering berkunjung ke meja Amy walaupun tidak ada melibatkan hal kerja. Lebih malang, yang menggangu nya bukan sahaja lelaki bujang tetapi yang sudah beristeri. Apabila Amy melaporkan kepada penyelianya, respon mereka hanyalah “alah, gurau je tu”. Seolah-olah perkara terbabit adalah budaya yang biasa di tempat kerja mereka.

Kawan aku ni hampir setiap hari mengadu dekat aku berkaitan gangguan yang diterima. Pada pertama kali aku menganggap itu mungkin gurauan di tempat kerja sahaja. Tetapi setelah Amy menghantar ‘screenshot’ dari perbualan mereka. Gangguan terhadapnya semakin menjadi-jadi. Kawan aku jadi serba salah. Hendak dibuatnya laporan tidak siapa yang berada di pihak nya.

Sekarang, Amy masih lagi bertahan di syarikat tersebut sementara menanti waktu latihan industri tamat. Setiap hari dia berasa tertekan sehingga menyebabkan nya kemurungan. Kepada sesiapa yang membaca, diharap kisah kawan aku ini dapat memberi pengajaran kepada kedua belah pihak. Kepada yang mengganggu mungkin gurauan atau usikan hanya dianggap perkara biasa. Tetapi bagi seorang perempuan ia boleh memberi kesan yang negatif kepada mereka. Pada pendapat aku, sikap hormat harus diutamakan meskipun seseorang itu hanya orang bawahan kerana setiap orang mempunyai maruah diri, lebih-lebih lagi seseorang yang mempunyai rumah tangga. Jaga sikap diri sendiri kerana kita tidak tahu di masa akan datang ada di antara anak-anak kita atau isteri kita yang menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

– Amir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit