Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terlebih dahulu, maaf jika penulisan saya tidak berapa bagus. Niat menulis bukanlah untuk membuka pekung di dada dan bukanlah untuk memburukkan sesiapa, tetapi untuk memberi pengajaran kepada ibu bapa dan sesiapa saja yang rasa perkara ini penting.
Pengalaman yang saya nak ceritakan ialah zaman kanak kanak saya. Saya dibesarkan dalam keluarga yg sederhana. Mempunyai abang dan adik adik yang masih kecil. Kami tinggal di sebuah flat disekitar selangor. Dulu, saya seorang kanak kanak yang aktif. Setiap petang wajib akan keluar bermain bersama kawan. Masuk longkang, main kejar kejar, main basikal dan sebagainya. Kawan saya merangkap bff saya masa tu, mempunyai seorang abang..
Macam biasa, budak budak kalau pergi rumah kawan mesti akan bagi salam jerit jerit nak ajak main kan haha. Tapi, suatu hari tu abang dia yang bagi salam secara berhemah dan saya pun keluar. Waktu tu petang dan hampir nak maghrib..
“adik aku panggil kau. Dia suruh naik atas”.
Oh ya, rumah saya masa tu tingkat satu dan kawan saya tinggal di tingkat empat. Saya pun seronok la bila dipanggil dan abang dia pun iringi saya ke tingkat empat. Tapi..
Sampai di tingkat dua, abang dia suruh duduk di tangga. Katanya nak minta untuk ‘rasa’ sedikit. Saya disuruh untuk buka baju dan disuruh puaskan nafsunya. Orang selalu panggil ringan ringan. Betul ke? Faham faham saja lah. Sebenarnya tak berapa ingat jalan cerita ni sebab berlaku sekitar saya darjah tiga. Yang pasti, berlaku banyak kali dan dia mesti akan suruh saya berjanji untuk bagi dia ‘rasa’ lagi setiap kali sebelum pulang ke rumah. Sampai satu tahap abang dia ajak masuk rumah dia (kebetulan keluarga dia tiada) tapi saya berkali kali tolak..
“kau nak exam kan nanti? Tak baik mungkir janji. Nanti susah nak jawab exam” (pandai kau pancing). Kadang kadang juga saya disuruh menonton porno bersama dia dan puaskan nafsunya. Saya menonton tanpa perasaan sebab tak faham dan tidak tahu menahu apa apa hanya ikut saja apa dia suruh buat. Setiap kali tu saya menangis tapi tak tahu nak larikan diri macam mana.. kesian kan?
Pembaca mesti tertanya tanya kenapa saya tak beritahu ibu bapa? Saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu, saya begitu menikmati zaman kanak kanak saya sampai saya sendiri tak faham apa yang berlaku.
(Kami tak sampai tahap terlanjur ye)
Bulan berganti tahun..
Kami meneruskan hidup seperti biasa sampai habis sekolah menengah dan abangnya macam biasa, buat muka tak bersalah. Saya telah berpindah ke negeri lain. Masing masing sudah pun belajar di peringkat ijazah. Namun saya sedikit berdendam dengan dia tapi apakan daya, saya tak boleh berbuat apa apa. Adik adiknya pun masih berkawan baik dengan saya, ibunya pun baik dengan keluarga saya cuma kami jarang berjumpa. Silaturrahim itu lebih penting. Iman di dada juga masih ada. Kalau tidak, masakan hidup lagi jantan tu. Haha.
Dua hari lepas saya terjumpa album gambar saya masa kanak kanak, dan setiap helaian gambar sangat sangat meruntun jiwa saya. Sebab apa? Saya seorang kanak kanak yang ceria dan hampir setiap gambar saya sengih macam kerang busuk. Tapi comel hehe. Dan fitrah kanak kanak itu adalah seorang yang sangat naif, tiada dosa dan seperti kain putih yang tiada secalit ‘tahi’.
Tapi saya? Kenapa saya diperlakukan begitu? Kenapa nasib saya sebegitu? Dari kecil sampai sekarang saya tanggung sendiri perasaan sakit itu dan nasib diri ini.
Kesannya sangat mendalam tapi perlahan lahan saya terima. Pahit untuk ditelan. Bukan memendam tetapi memori itu dah sebati dalam ingatan. Kadang kadang rasa elok juga jika saya terhantuk bucu meja sampai hilang ingatan ouch..
Jantan durjana tu pun dah ada girlfriend/tunang tak pasti lah yang penting hidup dia nampak bahagia. Adil ke?
Ya mungkin itu rezeki dia. Saya redha dengan setiap apa yang terjadi. Allah itu maha adil. Kepada yang pernah di situasi seperti saya, awak jangan takut ye. Tanam yang pahit itu sedalam dalamnya, buang lah ia sejauh jauhnya. Kerana kita bernafas di bumi Allah. Allah yang mencipta, memberi dan menentukan segalanya. Awak juga layak untuk merasa bahagia. Sentiasalah berdoa padaNya.
Kepada si pelaku, bertaubatlah. Ingatlah anda juga bakal mempunyai anak.
Pengajaran untuk diri saya dan juga pembaca, awasilah anak anak anda. Lindungi lah mereka. Berilah perhatian sepenuhnya kepada mereka. Perhatikan dengan siapa mereka bermain dan sejauh mana mereka pergi bila minta ingin keluar rumah. Pantaulah gadget yang mereka guna. Tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Masing masing memainkan peranan. Itu saja perkongsian saya. Terima kasih kerana membaca dan berharap pembaca dapat memberi komen yang membina dan positif :) Salam.
p/s: lokasi dan maklumat kejadian telah diubah.
-yosh
– Yosh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit