Assalamualaikum rakan-rakan pembaca sekalian…
Sebenarnya, bukan mudah untuk saya terangkan apa yang berlaku kepada diri saya, pada masa sekarang… rasa bersalah yang amat sangat kepada anak sulung lelaki kami, yang baru berusia 13 tahun…
Sehingga sekarang, kami suami isteri, tidak dapat tidur dengan lena dengan rasa bersalah dalam diri kami sekarang…
Pada beberapa hari yang lepas, kami telah menerima satu berita yang amat mengejutkan…anak sulung lelaki kami telah mengalami gangguan seksual dari pelajar lelaki senior yang sama sekolah dengan beliau di bilik air asrama…
Perkara ini telah lama berlaku, tetapi anak kami merahsiakan dari pengetahuan kami, kerana dia takut kami tidak mempercayai dia, jika dia memberitahu perkara sebenar…
Ia sebenarnya tamparan hebat untuk kami terima perkara tersebut…selama ini, kami kerap memberitahu perkara yang positive tentang sekolah tersebut, kepada sahabat dan saudara mara kami, berdasarkan pencapaian yang telah dicapai oleh anak kami dan pelajar yang lain…
Tetapi, bila perkara mengaibkan ini berlaku, kami seolah tak boleh menerima langsung dengan apa yang telah berlaku kepada anak kami…
Memang pada awalnya, anak kami enggan tinggal di sekolah berasrama penuh, memandangkan kami sekeluarga amat rapat. Tidak pernah terpisah.
Tetapi kami “memaksa” anak kami, atas sebab kami ingin pastikan disiplin, akhlak dan pendidikan anak kami akan lebih baik. Tambahan pula, kami ingin elakkan pengaruh negative dari rakan sebaya beliau di kawasan perumahan kami. Alhamdulilah, akhirnya anak kami faham tujuan beliau dihantar ke sekolah berasrama.
Tentang gangguan seksual yang berlaku kepada anak kami, ia berlaku di bilik air asrama, oleh pelajar senior yang amat berbudi pekerti tinggi dan pelajar contoh dari segi akademik dan akhlak… ia juga suatu “kejutan” untuk pihak sekolah menerima perkara tersebut, apabila anak kami dan kami sendiri membuat laporan kepada pihak sekolah..
Apabila pihak sekolah membuat siasatan, pelajar tersebut mengaku, dia memang pernah “ganggu” anak kami dengan paksaan, atas “alasan” beliau mengalami tekanan perasaan yang melampau..
Tentang anak kami, sebelum kami tahu perkara ini, beliau amat sugul..suka menyendiri dan kerap menangis, sewaktu kami hantar beliau ke asrama..selama ini kami fikir dia alami “homesick”.. Tetapi sebaliknya yang beliau hadapi…
Setelah kami mengetahui perkara ini, barulah beliau beritahu kami, bahawa selama ini dia takut untuk pulang ke asrama.. Dia takut terjumpa dengan pelajar senior tersebut dan takut untuk berhubung dengan pelajar senior yang lain….
Dia sentiasa merasakan diri dia diperhatikan oleh rakan-rakan lain, seolah diri dia hina, seolah diri dia tidak sempurna seperti orang lain. Allahuakbar…teruknya tekanan yang kami hadapi selama ini… Tapi kami tidak tahu…
Rasa bersalah makin menebal dalam diri kami…rasa bersalah seolah membiarkan anak kami “hidup” dalam ketakutan di luar tanpa kami di sisi beliau… Rasa bersalah kerana pernah memaksa beliau untuk ke sekolah pilihan kami…
Walaupun pihak sekolah mengambil tindakan yang pantas untuk menyelesaikan kes tersebut, rasa bersalah dalam diri kami kepada anak kami, tidak pernah padam…
Dengan bantuan pengetua dan pengajar, anak kami telah diberikan kaunseling dan motivasi, untuk dia kembali mencari diri dia sebelum ini. Rasa bersalah kami tetap tidak pernah kurang….
Tentang si pelaku, rasa kesian kepada beliau juga ada… Beliau merupakan anak tunggal. Hidup serba mewah, tetapi parents sibuk dengan kerjaya… Pelajar tersebut “berkawan” dengan hand phone setiap masa.
Dan mula menonton video porno sejak dihadiahkan hand phone oleh parents… tetapi beliau lebih “berminat” kepada kaum sejenis.. beliau tertekan berada di asrama kerana tidak ada hand phone, tidak dapat lepaskan “tekanan” beliau dengan menonton video porno… Maka anak kami menjadi mangsa
Rasa kesian kerana beliau adalah pelajar yang cemerlang, tetapi kurang pemantauan parents…dan beliau dirosakkan oleh hand phone….
Kami juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah, pelajar tersebut akan dirujuk ke pakar psikiatri secepat mungkin dan akan dibuang sekolah, untuk mengelakkan tekanan kepada anak kami…
Tentang anak kami, pihak sekolah akan terus “protect” dan terus berikan sokongan moral, supaya dia kembali pulih..
Paling menyedihkan, selepas kes yang berlaku kepada anak kami, ada laporan susulan dari pelajar junior yang lain, alami perkara yang sama sebelum ini… Allahuakbar…makin teruk gejala sosial di kalangan anak muda sekarang…
Kami amat memohon jasa baik rakan-rakan pembaca sekalian, untuk mendoakan anak kami agar dia kembali pulih, doakan juga untuk mangsa supaya makin pulih dan doakan juga kepada pelaku supaya dia juga kembali sifat normal…
Doakan kami supaya diberikan kekuatan dengan dugaan dari Allah swt ini… Terima kasih…
Ya Allah, ampunkan dosa kami, ampunkan kesalahan kami dalam mendidik anak kami, iaitu amanahMu, Ya Allah….
– Ibu yang terus rasa bersalah… (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit