Gangguan Seorang Guru Kelainan Upaya (OKU)

Salam, Saya perkenalkan diri Saya sebagai Cikgu Y yang bertugas sebagai seorang guru. Saya baru berposting di sekolah baharu pada awal January 2022, dan berpengalaman menjadi guru hampir 20 tahun.

Seperti biasa sekolah Saya terdiri daripada guru Muslim Dan juga non Muslim yang sebangsa dengan Saya tetapi guru tersebut dikategorikan sebagai OKU kerana tidak mampu berjalan dengan sempurna. Saya namakan cikgu itu cikgu S.

Sejak awal Saya berada di sekolah tersebut, Saya dapat melihat Ada yang tidak kena dengan guru tersebut, justeru itu Saya Cuba tidak merapatkan diri Saya dengan cikgu S tersebut.

Lagipun cikgu S tersebut ditempatkan di Paras bawah yang mana murid-murid yang akan turun ke bawah semasa kelas matapelajaran tersebut. Dan Saya senantiasa berada di Paras atas sebab kelas semua di atas Dan bilik guru pun di atas.

Nak dijadikan cerita, Saya rasa rimas dengan cikgu S ini kerana suka ganggu dalam wasap siang malam, Dan akhirnya Saya terpaksa memblock nombor cikgu S tersebut supaya tidak diganggu.

Tetapi, cikgu S ini meminta cikgu-cikgu lain untuk Saya turun untuk bersembang dengan Dia.

Saya tetap tidak mahu turun, kerana pada awal Saya masuk ke sekolah, Bila Saya bersembang dengan cikgu S ini, apa yang cikgu S ini lakukan adalah bergosip tentang cikgu – cikgu Muslim di atas. Saya rasa sangat Tak selesa.

Lastly, I ceritakan kesemua tentang sikap cikgu S ini kepada seorang rakan Saya di bilik guru.

Dan mengikut guru itu, cikgu S ini memang suka ganggu cikgu-cikgu di situ, tetapi tidak berani untuk diambil tindakan kerana takut jadi isu perkauman serta simpati dengan keadaan cikgu S ini.

Setelah itu Saya dapat tahu banyak perkara negative berkaitan cikgu S ini. Anak-anak murid Saya Ada yang sehingga kini tidak mahu hadir ke sekolah disebabkan sikap cikgu S ini yg menampar Dan memukul di kepala menggunakan batang bulu ayam.

Maaf, Saya tidak boleh terima cikgu S memukul anak-anak murid di kepala. Bukan sahaja kami yang cikgu diganggu, malah pekerja-pekerja Dan pengusaha kantin juga diganggu.

Nak dijadikan cerita, Ada satu pagi semasa Saya baru hadir ke sekolah pada waktu pagi, cikgu S ini serang Saya di bawah tangga pejabat Dan memaki hamun menggunakan bahasa ibunda kami. Saya langsung tidak layan Dan naik terus ke pejabat.

Semasa di pejabat, dapat Saya dengar cikgu S menghemtam kerusi-kerusi di biliknya dengan kuat. Selepas guru besar datang, Saya telah pun memaklumkan pada beliau.

Tetapi disebabkan rasa fobia sangat, malam pada hari yang sama, Saya telah membuat suatu laporan di laman web SISPA.

Dan pada keesokan hari saya terima email mengatakan Kes dalam siasatan. Dan pada keesokan hari juga, Saya telah memaklumkan pada pihak pentadbir bahawa Saya telah membuat laporan di atas sikap cikgu S tersebut.

Cikgu S ini ditugaskan di sekolah tersebut pada jangka masa yang Lama atas faktor keadaan fizikal cikgu tersebut. Dan cikgu S selalu mentioned bahawa die dah Lama bertugas di sekolah itu.

Dan baru – baru ini, isu berkaitan cikgu S ini dibangkitkan dalam mesyuarat PIBG oleh ibubapa.

Mengikut YDP PIBG, pernah Ada insan yg menasihati cikgu S ini, tetapi dimaki hamun. Dan beliau menyatakan cikgu S berperwatakan seperti “Ah Long kawasan”.

Ya memang benar apa yang beliau nyatakan. Hanya sebab cikgu S itu dikekalkan di sekolah tersebut untuk jangka masa yang panjang,

Dia membuli Dan mendera Dari anak murid hinggalah guru, Dan Saya Salah seorang mangsanya.

Dan hari ini semasa dalam mesyuarat Dia menyindir Saya dalam bahasa ibunda juga dengan mengatakan ‘kononya dia berlagak macam orang Lama, Dan kita pula nampak macam orang baru’.

Saya rasa sangat tertekan Dan rasa down nak ke sekolah tersebut. Saya dah memaklumkan pada guru besar Dan memohon sangat keluarkan

Saya Dari sekolah tersebut sebab memang Saya tidak dapat berkerja dengan orang seperti cikgu S. Cikgu S mempunyai perwatakan NPD

Dan tersangat toksik. Memang ramai yang Tak nak mendekati cikgu S ini, Dan Dia sangat agresif dengan Saya sebab Saya rapat dengan guru-guru yang lain.

Masalahnya, sehingga sekarang tiada tindakan ke atas laporan yang telah Saya buat, Dan saya rasa buntu.

Sebenarnya Saya risau Dia akan mencederakan Saya di masa akan datang. Harap sangat jika Ada pihak KPM dalam ini, dapat membantu menyelesaikan isu ini.

Dalam kerisauan:

– CIKGU Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *