“Salam cikgu, Alia dan Liza ni anak murid cikgu ke?” Aku menerima panggilan dari abam polisi.
Aku bergegas ke balai polis. 2 orang anak muridku ditangkap, sekali lagi.
“Saya cikgu Alia dan Liza. Ambillah buat basahkan tekak.” Aku menyerahkan air tin kopi kepada abam polisi sambil merenung anak muridku. Mataku terjengil. Mereka menundukkan kepala. Malu.
“Terima kasih. Satu lagi anak murid cikgu parentnya sudah datang, tinggal mereka berdua sahaja.” Abam polisi menunjuk ke arah anak muridku.
“Kali ini sebab apa ya mereka ditahan, encik?” Apa pulak masalah yang anak mirid aku buat sekarang.
“Mereka ditangkap kerana bergaduh dengan kumpulan lain sehingga menyebabkan huru-hara di kelab malam.” Abam polisi menggeleng kepala melihat Alia dan Liza.
Aku memohon maaf, menandatangan borang lalu keluar. 2 orang anak muridku mengekorku keluar dengan senyap.
“Kamu berdua dah makan?” Pasti mereka kelaparan ditahan beberapa jam di lokap. Mereka berdua menggeleng perlahan. Tekaanku tepat.
Aku membawa mereka ke gerai tepi jalan berdekatan.
“Nah, makan.” Makanan yang aku order sampai ke meja.
Mereka makan dengan lahap. 1 suapan bersamaan 2 sudu makan. Jelas sekali mereka belum makan sejak tengahari.
“Makan macam tak pernah jumpa makanan seharian ke apa?”
“Kami makan macam ni sebab cikgu suruh kami makan.” Diberi makan pun mahu ego lagi budak berdua ni.
“Kalau ya pun nak bergaduh, janganlah sampai kena tangkap.” Aku menasihati sambil melihat mereka makan dengan penuh selera.
“Cikgu ni peliklah. Patutnya cikgu suruh kami jangan bergaduh dah.” Salah seorang membuka mulut. Nak jugak melawan.
“Kalau cikgu suruh kamu berhenti bergaduh, kamu berhenti ke?!”
“Ermm..tak pun.” Mereka jawab perlahan.
“Tahu pun! Saya tak suka benda-benda melibatkan kekasaran ni. Tapi kalau kamu berdua nak sangat bergaduh, jangan sampai kena tangkap. Bila kena tangkap nanti lagi susah. Kamu berdua anak yatim, siapa nak backup kamu kalau apape jadi?”
Aku menarik nafas seketika. “Takkan benda-benda ni pun saya kena beritahu?”
Mereka mengangguk perlahan. Muka tampak serba salah.
“Saya tak suruh kamu belajar, saya cuma suruh kamu datang sekolah je.” Aku menghela nafas.
“Nah amik ni. Saya nak balik dulu. Makan sampai habis.” Aku meletakkan sekeping kertas yang berlipat di hadapan Alia alu bergegas membayar bil makanan anak muridku.
“Apa tu?” Tanya Liza. Alia membuka perlahan kertas tersebut.
“Ibu aku.” Air mata Alia tumpah melihat nama dan nombor telefon ibunya di kertas itu.
Kisah ini adalah salah satu babak dalam drama korea ‘Doctors’. Aku cukup terharu dengan scene ni sebab cikgu tu tak pernah paksa murid dia untuk buat apa yang mereka tak minat.
Cikgu tu sentiasa sokong cita-cita anak muridnya walaupun sekadar nak jadi peniaga gerai tepi jalan, technician biasa, atau security guard. Yang penting mereka buat apa yang mereka suka.
Komen kenangan yang korang tak boleh lupa dengan cikgu kau.
– Amoi Melayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit