Ganjaran Dhuha dan Al-Waqiah

Bismillah dan assalamualaikum.. Terima kasih admin sekiranya coretan ini terkeluar..

Dah lama sebenarnya nak share mengenai perkara ni tetapi selalu tak berkesempatan untuk berbuat demikian.. Tapi alhamdulillah hari ni punya ruang untuk menulis.

Setiap kali jari jemari rancak menyusun kata, nawaitu penulisanku berharap moga terselit sedikit manfaat buat pembaca di ruang kesukaanku ini iaitu IIUM Confession.

Hari ni aku ingin bercerita mengenai amalan yang telah aku amalkan iaitu melakukan solat dhuha disertai bacaan al waqiah.

Macam mana aku boleh mengamalkannya ialah bermula dengan melihat suamiku yang selalu solat sunat dhuha. Hati macam tertarik untuk amalkan juga. Alhamdulillah bila dah selalu buat timbul rasa seronok.

Aku bersyukur dikurniakan suami yang banyak membimbing ke arah keagamaan kerana sebelum ni aku sekadar melaksanakan yang wajib dan merasakan amalan sunat ni kalau tak buat pun tak apa.

Aku doakan semoga pembaca IIUM Confession juga dikurniakan suami yang banyak membimbing ke arah agama. Aamin

Mula-mula aku buat tu, aku dapat rasakan suatu perasaan yang indah dan tenang.

Bagiku ketenangan ni kita tak boleh beli dengan wang ringgit kerana jika kita banyak duit sekali pun belum tentu hati akan tenang. Indah perasaan sebenarnya bila hati kita tenang. Perjalanan hidup harian kita juga terasa lebih tersusun.

Orang pantai timur cakap rasa macam tak bolok je. Orang putih pulak cakap rasa cam smooth je. So bila dah tenang, aku cuba belajar istiqomah.

Bagi aku ni perkara yang agak sukar sebab kita nak berterusan melakukan benda yang bukan kebiasaan kita kakukan tetapi aku difahamkan sekiranya kita ingin amalan tu jadi rutin dan lekat dalam jadual hidup kita, kita kena berterusan melakukannya.

In sha Allah bila berterusan diamalkan, bila kita tinggal kita akan rasa semacam dan ada perasaan yang tak kena.

Suamiku selalu berpesan.. kalau kita nak buat baik.. jangan bertangguh. Kadang-kadang jika perlu dipaksa, paksalah diri buat apa yang Allah suka. In sha Allah lama-lama kita akan rasa senang dan berlapang dada untuk terus melakukan perkara yang baik-baik.

Banyak perkara baik yang kita boleh lakukan tetapi jangan kita kejar dan himpunkan terlalu banyak perkara untuk dilakukan dalam masa yang sama sebaiknya fokus satu-satu perkara terlebih dahulu,

Contohnya kalau kita tak solat atau selalu tak berjaya cukupkan lima waktu solat, kita tanam dalam diri untuk jaga solat sampai cukup lima waktu. Jangan tinggal DOA kat Allah.

Doa sungguh2 Ya Allah, aku nak jadi baik, aku nak jaga solatku,aku nak mati dalam keadaan beriman dan khusnul khotimah.

In sha Allah nawaitu yang baik pasti Allah tolong. Mungkin dihadirkan orang-orang yang baik disekeliling kita untuk jayakan apa sahaja niat baik kita. Kalau solat kita dah terjaga, kita tanya diri kita, apa lagi kita nak upgrade diri kita bagi lagi mantap dan padu.

Terlalu banyak perkara baik yang boleh kita lakukan. Pilih perkara yang mudah dulu kemudian apabila dah istiqomah, terus tambah dan tambah amalan baik yang lain pulak. Apa yang penting, sentiasa doa kat Allah. Dia pasti mendengarnya dan sentiasa ada buat kita.

Macam kisah aku ni, bila aku amalkan dhuha dan waqiah, Allah hadirkan aku rezeki apabila hati ni terasa nak makan sesuatu.

Rezeki Allah ni kan luas dan dalam pelbagai bentuk. Tetapi sebab dah banyak kali jadi, aku memang nak share dengan pembaca moga2 terus menjadi pemangkin untuk beramal dengan perkara2 yang baik2.

Suatu hari tu, mulut dan tekak ni terasa nak makan jemput bilis mertua aku buat. Pergh jemput bilis air tangan mertua aku memang sedap dan padu. Nampak dia buat biasa je tapi bila makan, memang cukup rasa dan sedap bangat. Tapi aku nak luah minta dia buatkan aku malu tapi mahu.

So aku pendamkan je la. Tetapi esoknya tu mertua aku datang rumah bawa jemput bilis. Dia cakap saja buat dan bagi aku. MasyaAllah aku tak beritahu sesiapa pun pasal ni tetapi hati aku siapa yang boleh baca kalau bukan Allah. Dalam hati aku berbisik, terima kasih ya Allah!

Hari tu tiba-tiba terasa nak makan mee gorang mok aku buat tapi aku tak suarakan pun. Kebetulan aku singgah rumah mok tengok-tengok mee goreng terhidang atas meja.

Kebetulan hari tu menu mok aku memang mee goreng. Air tangan orang tua kita kan memang tak dapat dinafikan lagi kesedapannya. Aku hanya mampu sebut masyaAllah, terima kasih ya Allah sebab bagi rezeki nak makan apa yang aku terasa nak makan.

Selain jemput bilis dan mee goreng, sebenarnya banyak lagi yang Allah hadirkan buat aku. Alhamdulillah bila hati ni terlintas untuk makan sesuatu, Allah hantar dia melalui orang2 sekelilingku.

Aku tak beritahu sesiapa pun jika terasa nak makan cuma hatiku memang terdetik untuk makan itu makan ini.tup tup sampai dan ada depan mata. Siapa lagi mampu baca hati kita selain Dia. Terima kasih ya Allah atas rezeki ni.

Ada satu kisah lagi ni,kebetulan dulu suamiku kena tahan ward sebab denggi. Aku menjaganya. Kat kafe hospital ada satu lauk kegemaranku iaitu ikan berlada.

Setelah selesai uruskan suami, aku turun untuk tapau makanan kegemaranku tetapi sampai je di cafe, lauk idamanku telah habis.

Aku sangat kecewa sebab terasa sangat nak makan lauk tu untuk lunch hari tu. Tapi dah habis, aku ambil lauk lain.

Sampai kat ward, kebetulan pihak hospital sedang edarkan makanan untuk pesakit dan menu hari tu ialah ikan berlada. Aku tengok menu tu sekali lagi aku geleng dan cakap masyaAllah terima kasih ya Allah bagi aku merasa dan makan apa yang aku nak.

Bila kita dapat apa yang kita terasa nak makan, masyaAllah nikmat dia memang seronok dan bahagia. Kebetulan suami pula tidak punya selera makan waktu tu dan tidak suka makanan pedas, jadi aku makan ikan berlada tu dengan penuh rasa bahagia dan berbesar hati. Hihihi…

Selain Allah bagi nikmat rezeki makan, alhamdulillah aku perasan, aku juga dikurniakan nikmat parking yang mudah. Alhamdulillah bila pergi mana2 aku senang dapat parking.kadang-kadang betul2 depan kedai terus.

Mungkin orang cakap, ala rezeki parking je pun. Tapi bagi aku, bila mudah dapat parking pun satu rezeki sebab kalau kena tempat payah parking, pusing dua tiga kali pun belum tentu ada parking kosong. Jadi aku sangat mensyukurinya. Alhamdulillah.

Aku rasa cukup sampai di sini sahaja coretanku kali ni. Terima kasih ya Allah atas segala nikmatMu. Moga kebaikan dan rezeki yang Kau berikan tidak buatkan aku terus leka dan lalai. In sha Allah aku akan terus tambahkan lagi amalan2 yang baik untuk hidupku.

In sha Allah jika masih dipanjangkan usia, 1 Ramadhan ni genap usiaku 33 tahun. Mohon pembaca selit doakan yang baik2 juga buat aku ye.

Moga kisahku dapat diambil dari sudut yang positif dan menjadi pemangkin buat semua untuk terus melakukan perkara yang baik juga.

Jika melakukan kebaikan tetapi terasa tidak punyai ganjarannya, jangan putus amalan baik itu kerana sesungguhnya Allah pemberi rezeki dan rezeki Allah luas serta dalam pelbagai cara dan bentuk.

Siapa tahu Dia hadirkan rezeki yang tak pernah terjangkau difikiranmu. Tugas kita terus berbuat baik dan buat apa yang Allah suka. Perihal rezeki kita jangan ambil tugas Allah. So jom sama2 terus berbuat baik okey!

Ikhlas dari,

– HH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *