Ganjaran Sedekah

Assalamualaikum,

Saya nak kongsikan pengalaman sendiri hasil dari sedekah.Dulu, saya jenis yg kedekut..Sy suka menyimpan duit…Tapi bila arwah bapa selalu bagi duit dekat saya,terutama pada bulan ramadhan utk disedekahkan, saya belajar sesuatu di situ.Kadang dia kasi duit, “nah belanja kawan2”.. dulu saya fikir,kalau sedekah duit kita akan habis.ye la duit dapat pun tak banyak mana masa kerja dulu. Bila saya tengok arwah bapa saya hari2 kasi duit untuk sedekah pada bulan ramadhan, saya fikir, “gaji bapaku banyak ni..last balance yang tinggal RM50 selalu sementara nak tunggu gaji bulan depan. Boleh je arwah bapa penuhi segala keperluan kami anak beranak”.
Kemudian saya beli pula buku mudahnya menjemput rezeki karya Fathuri Salehuddin. Lepas baca, ada beberapa tips dan amalan serta kisah orang bersedekah di dalamnya.Saya fikir sejenak.. Sebelum tu memang saya bekerja zaman ada duit yang tak banyak mana tuh.tapi saya berhenti kerja jaga ibu saya yang sakit. Duit yang ada dalam akaun memang makin berkurangan. Jenis saya kalau bulan ini dapat RM300, saya hadkan penggunaan limit RM150 paling banyak. Dan bulan seterusnya pun mcm tu. Ye la mana tau ada kecemasan boleh guna duit yang saya simpan tu.

Bila dah tak kerja, duit hanya ada RM20 sahaja dalam dompet. Masa tu rungsing juga..apa saya nak buat..Berniaga saya tak pandai.pernah la cuba berniaga,tapi satu barang pun tak laku. So masa tu, saya cuba jual minyak angina seorang pakcik. Pakcik tu cakap, kalau saya Berjaya jual dia kasi duit..tak kira la sebotol ke sekotak ke. Tapi tak laku.So saya teringat apa yang tertulis dalam buku yang saya baca tu. Saya mulakan dengan solat taubat malam tu…2 raakat…esoknya saya solat dhuha…2 raakat juga… saya mohon sungguh-sungguh. Dan saya amalkan baca istigfarkan 1000X. ini saya buat atas diri saya sendiri. Mana tahu banyak dosa, membuatkan rezeki susah nak masuk.

Masa dhuha tu,saya cakap dekat Allah, yang saya perlukan duit.tak banyak pun taka pa, cukup la RM50.. saya dah buntu tak tahu nak buat apa.. dan saya cakap juga, kalau saya dapat RM50, saya akan sedekah RM5..Hasil dhuha sekali je, esok pagi ada seorang perempuan whatapp saya tanya pasal minyak tu.Saya ingat dia nak beli sebotol dua..Sekali dia cakap nak beli sekotak. Terkejut badak sekejap sebab selama ni usaha saya gagal dan barang tak laku. Saya pun cakap kat pakcik tu, dan saya pergi hantar duit yang customer bank inkan dekat pakcik tu. Pakcik tu beri saya RM60.. Lebih dari apa yang saya minta dalam doa. Maka esok tu saya pergi masjid, saya masukkan dalam tabung masjid RM6..ini bukan tujuan nak menunjuk atau apa. Sekadar perkongsian.

Bermula dari saat itu,hati saya sangat gembira sebab Allah dah beri apa saya minta..saya mula sedekah.Asal ada duit,saya sedekah.. Contoh saya share resepi dekat sebuah page berbayar, kalau dapat RM20, saya sedekah RM2. Sedekah bukan takat duit sahaja..Baju dan makanan pun ada.Saya bukan jenis pakai baju sekali dua,kemudian tak pakai lagi. Biasa baju saya kalau boleh pakai dari sekolah menengah,saya pakai.Tapi kalau baju tu dah start ketat walaupun sekali pakai dan masih elok,saya bagi dekat orang.Sekali tu ada orang kasi dekat saya kain sari dari India, 6M.. tau la kain sari bukan murah..nak2 kalau yang batu,bling2.. Saya buat baju kurung..tukang jahit tu jahit macam mana x tahu,agak ketat.. pakai sekali je masa raya. Kain tu kain kesukaan saya.. Alih2 saya tengok ada minah indon ni.saya fikir bagi jela dekat dia..Saya pun bagi 2 pasang baju yang sekali pakai yg dijahit oleh orang yang sama dekat maid tu. Tak lama lepas tu, saya dapat banyak kain yang belum berjahit..cantik-cantik, dan mahal..kalau saya sendiri tak mampu beli..diaorang kasi kain sulam,kain dari dubai..memang cantik la..sekarang ada dekat 3,4 beg kain yang belum jahit,orang yang kasi dekat saya dan emak saya.

Bab makan, selalu kalau masak apa2 saya kasi dekat jiran..kadang naik kereta hantar rumah kawan.. kadang ada hari saya tak masak dan buntu nak masak apa, jiran sebelah kasi nasi lemak..kadang ada hari, kiri kanan jiran saya kasi makanan. Ada sekali tu, saya tengok dalam peti ais takda ikan.emak saya tak makan ayam, daging,sotong semua. Yang dia makan ikan,telur ayam dan udang je. So kebetulan dalam dompet ada sedikit duit. Saya pun bank in duit pada orang memerlukan (hasil tengok dekat fb).. dalam hati cakap mana nak dapat ikan ni..esok emak saya nak makan apa.. Pagi esok, pagi2 lagi jiran rumah lama saya call.. cakap datang ambik ikan…dia siap cuci dan potong ikan ,Cuma tinggal nak masak je..ikan kesukaan emak saya plk tu yg dia kasi..

Dan last sekali, tahun lepas.. saya tengok ada hampir RM20 duit yang disimpan untuk sedekah tak terusik lagi..selalu simpan dalam laci je, senang bila orang datang minta sedekah ambik dan bagi. Selalu ada jumlah yang diperuntukkan sejak arwah bapa ada lagi. Jadi saya cakap dekat mak saya, saya masukkan dalam tabung masjid je la..mak saya pun setuju. Dalam hati doa beri kesembuhan dekat mak saya dan hadiah pahala sedekah untuk arwah bapa saya.esok tu saya ke kuala perlis..hari tu hujan, dan dekat tepi laut ada tumpahan minyak dan air takung. Mana kami nampak. Lepas dari air takung, sampai dekat selekoh lampu isyarat nak belok ke medan selera,tiba-tiba stereng kereta tak boleh pusing..mujur bawa slow,dan kereta hanya melanggar batu yang berwarna hitam putih je.bunyi kuat tapi tak kemek mana2 dan hanya kena dekat tayar je..syukur kami selamat. Masa bawa kereta ke bengkel, orang bengkel cakap, tadi ada sebuh kereta kena juga… kereta dia sampai berpusing-pusing.. lebih teruk dari apa yang kami alami..

Cuma apa saya nak ceritakan, disebalik apa yang kita beri, pasti ada ganjaran dari Allah swt. Cuma kalau nak beri, beri la barang yang elok..kalau beri baju,jangan bagi yang koyak rabak..bagi benda yang kita suka atau sayang.. dan lagi 1, janga buat solat dhuha hanya kerana nak duit.. itu salah 1 kesilapan niat saya walaupun allah beri juga pada saya. Buat kerana allah..bukan kerana duit. Masa tu jahil,baru nak belajar.. Lagi 1,ingat, memberi lebih baik dari menerima.. (“,)

Maaf tulisan saya agak panjang..terima kasih..

– Naaz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit