Ganti Cuti Sakit

Hi semua, terima kasih kalau karangan ni diterbitkan oleh admin iiumc. Aku harap karangan ni tak panjang dan bosan la kan pada pembaca semua. Ok tak perlu nak panjang-panjang intro sebab aku tak reti mengarang sangat, kita teruskan ke isu yang nak di ketengahkan.

Aku seorang pekerja berumur lingkungan awal 20-an, baharu lepas habis belajar la boleh kata dan tak banyak pengalaman dalam dunia pekerjaan. Dulu pon kerja rencam sebab nak cari duit lebih sara mulut sndiri atau kalau lebih boleh bagi pada mak ayah skit.

Bila dah habis belajar ni, aku ada apply kerja kat satu organisasi ni, boleh tahan la gah jugak nama dia. Kalau tulis nama ni, confirm orang akan cakap ‘ooooo.. penah dengar.. besar kompeni ni’ (acah acah hebat la kan).

Senang cerita kerja kena turun site macam tu la. Masa ditemuduga, dihantar surat tawaran pihak pengurusan yang uruskan pengambilan orang ni tak ada pulak sebutkan pasal ganti cuti sakit (MC).

So aku masih tak tau perihal ini sehingga pada satu masa rakan sekerja aku (senior kerja) ni merungut tak sihat badan dan muka dia nampak sangat pucat. lepas tu aku pun nasihatkan la suruh pergi klinik atau ambik cuti sakit.

Lepas tu dia ada cakap, yang dia dah pergi klinik dan dah dapat cuti sakit beberapa hari lepas tapi masih nak datang kerja. Bila aku tanya dia kenapa, dia jawab yang dia tak nak kena ganti kerja pada hari restday dia.

Okey sebelum ada yang tanya, sini kerja lima hari dan dua hari cuti, offday dan restday. Jadinya kalau MC walaupon sehari staff tu tetap kena ganti pada hari restday dia yang terdekat yang akan jatuh pada hari apa saja lah mengikut jadual.

Bila aku dapat tahu ni, aku pon timbul la rasa tak puas hati sebabkan, jenuh la macam ni, sejak bila pulak cuti sakit kena ganti dan setiap cuti sakit yang diterima memang sah bukan beli sebab kompeni ni bagi medical kad sebagai pesakit dalam dan luar. Setiap kali sakit ke tak sihat ke memang akan pakai kad-kad tu la.

Lepas tu aku borak dengan kawan kawan sekerja lain, dan dia orang pun cakap benda sama dan benda ni dah berlanjutan dah lama. Sebab kompeni buat mcm ni adalah nak cukupkan jam kerja yang 48jam seminggu ke apa tu. Aku pelik sebab awal awal aku masuk sini, tak ada siapa pon mention pasal ni.

Nak dijadikan kisah, ada sorang hamba Allah ni cerita, katanya dulu memang kerja selama 5 hari cuti 2 hari tanpa ganti MC, tapi tak lama selepas tu ada orang sumber manusia baru masuk kerja dan dia cakap kalau kerja lima hari jam kerja tak akan cukup 48jam seminggu.

Lepas tu, entah macam mana terus tukar kepada kerja enam hari atau kerja lima hari kalau MC kena ganti. Masa tu staff ramai mogok dan sapa yang buat tunjuk perasaan akan kena buang.

Disebabkan kerja susah nak dapat, ramai yang akur dan kena tandatangan perjanjian baharu tu, itu pun setahun selepas tu (masa aku masuk kerja situ semua dah tandatangan la rasanya sebab aku pun baru masuk kerja sini).

Tak lama lepas tu, aku cuba-cuba tanya kat pejabat buruh dan result kecewa la sikit. Pejabat buruh cakap, dia orang selalunya akan cover untuk pekerja yang bergaji bawah rm2k mcm tu la. Gaji starting sini adalah rm3k macam tu.

Untuk yang pekerja di atas paras gaji yang ditetapkan tu memang kena follow apa kontrak cakap. Tapi kan, bila teliti balik, memang tak ada dalam kontrak cakap kena ganti MC tu dan MC dapat 14 hari setahun.

Staff kat sini kebanyakkannya dah aware dan imune dgn benda ni, sebab tu ada yang stay, mungkin sebab dah selesa jugak la kot. Dan ada jugak staff yang dah tinggalkan kompeni ni sebab tak puas hati dgn isu kerja ganti cuti sakit ni.

Kalau ada yang arif pasal hal ni, mungkin boleh tolong huraikan dengan lebih terperinci pasal isu kerja ganti mc ni. Valid ke atau tak valid ke macam mana.

Terima kasih ya semua dan mohon maaf andai bahasa berkecamuk atau susah nak faham.

– Menaci (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *