Maaf ya dengan tajuk tu. Saya tak tahu nak tulis tajuk apa. Ni bukan confession pasal si lembut ke apa tapi confession tentang diri saya.
Saya dah lama pendam, nak cerita tapi tak reti. Makin lama simpan makin fikir pulak jadi saya ceritakan juga di sini.
Saya ni seorang yang garang, tegas walaupun terhadap diri sendiri. Saya ni pemarah, selalu tertekan, suka mengamuk2, panas baran dan biadap tapi saya juga lembut hati.
Mungkin bila saya tulis keburukan di atas tu sebagai panas baran dan biadap mesti ada orang yang nak kecam saya kan?
Saya tahu manusia macam tu. Mana ada manusia suka orang yang panas baran dan biadab ni. Saya tulis pun bukan sebab bangga tapi sebab saya nak cerita nanti kaitannya dengan diri saya yang lembut hati tadi.
Maksud lembut hati saya ni ialah saya ni cepat terasa, cepat sensitif, cepat bersalah, senang menangis, senang kesian, sentiasa rasa bersalah tak sudah walaupun kadang2 benda tu bukan salah saya dan bukan kena mengena dengan saya.
Tengok movie sedih saya dah menangis teresak2, baca cerita sedih pun sama, baru dengar permulaan lagu yang ke arah sedih dan keinsafan mulalah mata nak berair.
Bila duduk saja2 fikir tentang benda2 yang sedih dan kadang2 benda yang gembira pun boleh menangis.
Jadi di situ, saya tertanya2. Saya ni jahat ke baik orangnya? Saya ni kasar ke lembut orangnya?
Kenapa saya tertanya2?
Sebab bila saya marah dan dalam mood ‘jahat’, saya lah orang paling jahat sampai jadi biadab tu.
Tapi bila saya tengah ‘baik’, saya lah orang yang paling baik. Saya sanggup susah payah dan ikhlas nak tolong seseorang atau binatang tanpa harapkan sesuatu balasan langsung.
Kenapa saya macam tu? Saya ni sakit ke? Hormon tak stabil ke?
Bila tengah marah, saya memang malu dengan diri saya sebabnya saya akan mengamuk2 sambil baling2 barang macam tak ingat apa2 dah.
Bila saya baik, saya cepat pula tersentuh dan boleh menangis teresak2.
Kenapa saya ada dua personaliti yang berbeza?
Saya bukannya nak kata saya hari2 jadi macam ni atau personality saya berubah2 macam ada bipolar atau split personality tu. Saya tahu yang saya tak ‘seextreme’ macam tu sekali.
Semua latar belakang, personaliti dan perangai saya bagi tahu ni, saya tak pernah tunjukkan pada orang lain.
Hanya mak dan ayah saya saja yang tahu. Itupun mak dan ayah saya tak tahu yang saya sebenarnya suka menangis sebab saya tak pernah tunjuk.
Tapi mengamuk2 dan menjerit2 tu ya. Memang mak ayah saya tahu yang saya macam tu setiap kali stress. Syukur yang mak saya memahami malangnya ayah tidak. Ayah anggap saya mengada2.
Berbalik kepada nangis2 tadi. Saya seorang yang jarang nak tunjuk perasaan dekat luar lagi2 nangis sebab menangis tu memalukan. Perasaan gembira pun jarang tunjuk apatah lagi nangis kan?
Orang banyak anggap saya sebagai orang yang neutral, tiada perasaan, sombong dan membosankan. Itu sahaja.
Saya ni kalau tengah sedih tu, habis semua benda lain saya sedihkan. Fikir itu nangis, fikir ini nangis. Sama je macam bila tengah marah tu. Fikir itu stress dan marah, fikir ini pun stress dan marah.
Adakah semua ini terjadi sebab saya ada satu perasaan yang kuat? Apa nak cakap ya? Mungkin saya sejenis orang yang mempunyai perasaan berlebih2an? Macam all out gitu? Ataupun sebab saya ni tak pandai luahkan dan kawal perasaan ke?
Saya tahu yang saya ni jenis suka fikir banyak dan pendam perasaan. Mungkin sebab jarang luahkan secara harian macam orang normal yang lain, mungkin sebab tu perasaan saya mencurah2?
Tapi saya tahu yang saya ni memang jenis ada attachment feeling. Saya tak tahu nak bagi tahu term melayunya apa. Attachment ni lebih kepada macam rasa sayang?
Contohnya ialah saya tak kenal orang tu, tiba2 orang tu tolong saya.
Sebabkan saya rasa berterima kasih jadi saya terfikir2 dan terindu2kan dia. Faham tak ke lain maksudnya tu?
Contoh lain ialah bila saya tengok movie, baca buku atau pergi melancong, sebabkan saya terlampau ‘taksub’ tu kan, saya jadi rindu, teringat2, terkenang2 dan rasa macam tertinggal hati di situ.
Itu je lah saya nak bagi tahu. Tak ada apa sangat pun.
Tapi kalaulah ada orang nampak saya bila saya tengah marah atau sedih tu kan, saya tahu korang akan rasa benci atau tak tahu nak buat apa sebab memang saya marah lebih2 dan sedih pun lebih2.
Itulah dua perasaan yang saya ada dalam diri ni yang paling kuat sebabnya saya ni bukan pula jenis yang gembira lebih2.
Agak2nya apakah perumpamaan yang sesuai untuk saya? ‘Seperti telur’ ke, ‘seperti durian’ ke ataupun ‘kambing biri2 dalam bulu serigala’?
– ~ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit