Gaslighting: Abahku Manipulative & Pendera Emosi IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/gaslighting-manipulative-dan-pendera-emosi/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/gaslighting-abahku-manipulative-pendera-emosi-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/gaslighting-abahku-manipulative-pendera-emosi-iii/).

Bismillah, Alhamdulillah. Terima kasih Admin sudi dedahkan tulisan aku supaya boleh dijadikan pedoman. Terima kasih komentar2 yang follow cerita aku dari awal sampai sekarang. Ini tulisan aku yang terakhir. Agak berat dan padat dengan pengajaran dan kerohanian. Semoga kalian mendapat manfaat.

Beberapa hari selepas emak dikembalikan kepada abah, aku dan semua adik beradik balik ke kampung pada hujung minggu. Niat nak tolong mak kemas rumah dan nak tengok dengan mata kepala sendiri sejauh mana perubahan abah.

Seperti yang telah aku dan kakak2 sangkakan, ternyata abah masih tidak berubah. Cuma abah kurang menjerkah sebab abang ada dirumah tu. Tapi, semasa kami sedang bersarapan pagi Ahad tu, perbalahan terjadi lagi apabila abah suruh emak buka mulut pada kami, minta ‘sokongan’ sebab abah nak ke pejabat agama, kerana pegawai agama ada panggil abah untuk sesi kauseling pada hari selasa.

Waktu semua anak2 berkerja dan tak boleh mintak cuti emergency. Abah cakap, tak boleh hantar takpe, tapi abah mula putar belit cerita tentang sakitnya, tentang ketiadaan kenderaan untuk dia pergi ke sana. Siap ungkit segala macam hal lama pasal kereta pemberian anak dan menantu jenama T n H. Tapi salah abah sendiri, ada sebab kami tak pulangkan dah kereta tu pada abah walaupun abah cuba pergunakan mak tuk dapatkan semula kereta itu.

“Sebenarnya abah nak apa?”. Soal kakakku. Tapi taufan flashback abah buat kami bertambah loya, mujur lah ade adik beradik yang tepis siap2 sebab faham itulah modus operandi abah tuk cipta mood kesian n bersalah, “Abah jangan ungkit benda2 lepas”. Dengan pantas abah potong, “ini bukan ungkit.. ini nak ingatkan bagi faham..” kakak terus potong lagi “Abah cakap sahaja terus terang, abah nak apa? Nak duit?” Terus abah kendur.. “kalau bolehlah.. abah nak anak2 sokong abah, abah dah takde kereta nak pergi sendiri..nak pergi pejabat agama” lagi sekali abah tukar mood minta dikasihani. Dengan harapan ade orang nak bagi abah kereta lagi gamaknya. Memang takde lah dah.

Cucu2 dah besar, biarlah kereta tu digunakan oleh anak2 abang kakak aku, tidak lagi untuk abah. Sebab kalau ada kereta pun abah bukan guna tuk ke masjid tapi digunakan untuk tujuan agenda manusia. Bertahun2 dah abah tak pergi solat jumaat alasan tak boleh panjat tangga masjid sorang2 n tak nak susahkan orang. Bila ada anak2 nak bawakkan pulak, tak boleh lambat sikit, terus merajuk tak nak pergi. Tu semua alasan ciptaan abah.

Semua orang dah start geram, Kakak tepis lagi “Sebelum ni, abah boleh pergi pejabat agama sendiri tak tanya2 kami pun, tapi sekarang nak tanya2, nak minta sokongan kami pula?” Marah kakak. Masa ini memang dah mula nak berperang lagi.

Abah masih tak boleh ditegur dan takde yang berubah pun. “Macamne nak bagitahu kalau semua orang abah telepon tak dijawab.” Satu2 nama anak dan menantu, semua abah sebut. “Memanglah takde siapa nak jawab, sebab abah dah halau mak, halau abang, adik dan cucu2 abah sendiri, abah nak kami kasihankan abah, tapi abah sikit pun tak pernah nak faham dan kesiankan kami!!” Tambah kakak lagi melepaskan geram. “Abah tahu tak, abang tu dh hampir kene buang kerja sebab abah tau! Kalau abang dah kene buang kerja nanti, abah dah tak boleh mintak duit lagi abah nak ke?”.

Kakak memang dah habis luahkan semua yang terbuku dalam hati dia, n suarakan bagi pihak semua orang. Kami menyokong cuma tak sempat mencelah, sebab tergamam. Abah ada menjawab lagi dengan nada keras, tapi aku dah tak ingat dah apa perkataannya. Abang dah tak boleh diam lagi, abang terus masuk campur selepas abang solat sunat dhuha. Abang kata tak payahlah bapak pegi. Nanti abang akan call pegawai tu, bagitahu benda dah settle. Terus abah puji abang, “Haaa.. itulah yang abah nak, anak lelaki!!”

Aku geleng kepala melihat abah yang seksis terhadap perempuan, walaupun sudah diberi pengajaran selama beberapa hari dipisahkan dr emak, tapi abah tetap abah. Aku pun geram jugak dengan abang, bila sudah ada peluang orang yang boleh kaunseling abah.. abang lepaskan abah dari prosedure itu. Hilang lagi harapan kami untuk bagi orang luar menasihati abah.

Walaupun sesi kaunseling tu tak berjaya menasihatkan abah, tapi sekurang2nya pegawai agama akan tahu perangai sebenar abah. Tak perlu kami bercerita pada orang siapa abah kami, biar abah sendiri yang membuka pekungnya sendiri. Aku risau jika selepas kami balik, mak akan dimarahi oleh abah, Tapi disebabkan, sebelum balik tu kakak ipar ade bagi duit terus pada abah, mak kata abah tak berani lah nk komplen. Aku geleng kepala, ada duit, mulut tutup.

Minggu demi minggu. Aku akan call Tini tuk tanya perkembangan mak. Sebab aku selalu call mak, mak tak angkat. Sesuatu sangat. Tapi aku diamkan sahaja. Bila aku balik kampung, aku tanya sendiri pada mak, apa sebenarnya yang berlaku? Mak bagitahu yang hp mak abah pegang. Setiap kali ada bunyi wassup masuk, mak perlu bacakan untuk abah. Sebab tu mak silent kan, tak larat nk baca wassup yang banyak dari group keluarga setiap kali berbunyi. Itu sebab kalau anak2 call, mak tak dengar. Aku menghela nafas yang sangat panjang. Letih aku mendengar, apalagi emak.

Sekarang abah selalu komplen pada mak yang kononnya abah trauma kene tinggal sorang. Oleh itu, setiap kali kalau abah tertidur, dia terjaga, dia akan terjerit2 panggil mak. Mak nk solat pun kene solat depan mata abah. Abah akan marah kalau emak solat di bilik atau berlama2 ditempat lain ataupun di dapur. Mak pernah suarakan pada abah, janganlah tinggi suara menjerir2, mak trauma. Abah marah, “trauma dia aje difikir, trauma kita macamana?”

Aku pelik. Ditinggalkan? Aku tanya pada mak, “mak, abah tu sedar tak yang abah tu halau kita semua, bukan kita yang tinggalkan abah?”. Mak jawab, “Ntahlah.. abah cakap abah takde suruh pergi pun”. Aku pening dan keliru, cuma aku assume yang abah aku ni nyanyuk.

Oh ya, semenjak mak aku kembali, sepupu lelaki yang datang rumah abang dulu membantu abang tuk tengok2 kan keadaan abah dan mak. Setiap kali habis kuliah subuh di masjid, sepupu aku akan singgah rumah mak abah, doakan mak dan abah dan ajar abah perbetulkan bacaan 3Qul. Hinggalah satu hari abah nak bangun ke kerusi rodanya untuk ke bilik air, abah terus rebah dan tak boleh lagi berdiri. Sepupu aku datang membantu selepas emak menghubunginya. Dialah yang membawa abah ke hospital. Lalu doktor sahkan abah stroke sebelah badan kanan.

Aku mendengar khabar itu dari Tini, terus rasa tak sedap hati. Malam pertama abah kene stroke, mak kata abah panggil2 nama cucu2 lelaki sulungnya termasuklah anak lelaki aku. Mak call aku semata2 nak bagitahu yang abah nak cucu2nya ini ajarkan abah sembahyang. Mcmne nak sembahyang dengan keadaan abah yang sekarang. Aku pelik mendengar rayuan abah, bunyi rayuan ni bukan seperti selalu. Bunyinya lebih kepada meminta tolong dari cucu2 lelaki sulung untuk menjaga kebajikan abah.

Malam itu, suami aku tiada di rumah kerana outstation. Aku bermimpi, terdengar bunyi yang sangat kuat menghentam pintu rumah aku, aku keluar dan tengok pintu rumah terbuka luas, luar gelap gelita, aku tengok keliling rumah tiada apa yang kurang, elok sahaja. Terus aku tersedar, dan aku bingkas bangun untuk tengok pintu utama rumah.

Jantung aku laju teruk, terkejut sampai aku mengah dan terduduk di sofa bila aku tengok sendiri pintu rumah aku tak terbuka pun dan tiada apa2 yang berlaku. Tapi mimpi tadi memang macam bukan mimpi. Aku istighfar banyak kali. Petanda apakah ini. Tak lama tu anak2 aku bergilir2 mengigau menangis. Lagi sekali aku panik. Aku peluk dan tenangkan anak aku yang kecil dan yang sulung lelaki. Bila dh senyap, aku terus ambil wuduk dan buat apa yang aku rasa aku patut buat.

Aku postpone kerja2 drawing plan dan design freelance aku. Aku terus mintak izin dari suami yang sedang outstation untuk balik ke kampung. Aku jugak wassup adik beradik aku tentang mimpi aku, aku berpesan pada abang2 dan kakak2 aku supaya masing2 pasanglah pendinding diri. Amalkan Al-mathurat dan sebagainya. Abang setuju dengan cadangan aku. Kakak aku dah suspen dan call aku personal. Dia pun ada dapat petunjuk yang seakan memberitahu sesuatu. Aku cuma cakap, sama2lah kita berjaga2, ingatkan pada semua anak2 kita amalkan surah2 apa yang patut. Kakak aku pun setuju tanpa bantahan.

Sesampainya aku di kampung, aku lihat abah aku boleh duduk dan baring sahaja, tak mampu lagi berdiri dan menapak walaupun sedikit seperti sebelum ini. Mulut abah dah senget, air liurnya keluar setiap masa. Cakapnya dah tak jelas, lidahnya kedalam. Aku tanya mak, macamne boleh jadi. Adakah darah tinggi abah terlalu tinggi? Adakah abah makan ubat doktor?

Tini cakap abah pernah makan sup tulang sebesen macam orang sihat, masa ketiadaan mak haritu. Abah tak mahu lagi makan ubat, tanda protes. Lepastu sekembalinya mak, abah oder macam2 makanan yang sedap2 sebagai balas dendam. Mak dikerah pergi ke sana sini mencari dan masakkan makanan yang abah mahu. Tiada apa yang dapat aku katakan lagi. Cuma aku mohon bantuan sepupu lelaki aku untuk sediakan tempat tidur yang sesuai dan memudahkan uruskan abah dan emak terutamanya.

Tak lama lepas abah di diagnosis stroke, abang aku pulak, kene serangan jantung. Tapi tak masuk ke icu lagi, cuma diletakkan dekat dengan pantauan nurse dan doktor. Doktor check segala bacaan darah dan pantauan yang dilakukan sepatutnya abang okey sahaja. Tiada masalah darah tinggi, cuma kolestrol sahaja yang sedikit tinggi. Tapi itu takkan menjadi penyebab gangguan degupan jantung ini. Setelah beberapa hari abang ditahan di hospital doktor masih tak boleh diagnosis penyakit abang. Cuma ada satu pakar ni bagitahu, ada satu unsur negatif yang menganggu jantung abang, tapi tak tahu apa.

Kakak ipar aku pun terus syorkan abang ke pusat perubatan alternative sejurus selepas keluar dr hospital. Setelah proses rukyah mereka mengakui ada gangguan yang menganggu abang. Abang hanya perlu istiqomah dalam buat amalan dan pendinding diri sehinggalah gangguan itu pergi, pesan ustaz tersebut. Alhamdulillah abang semakin pulih, tak perlu ditahan di hospital lagi.

Hari demi hari, emak menyatakan perasaan tidak senangnya tentang keadaan dalam rumah, ada sesuatu yang menyeramkan. Mak makin kerap terlihat kelibat dan terasa seperti ada yang memerhati. Abah juga selalu mengigau tidak sedarkan diri. Kadang2 abah tunjuk2 kearah sesuatu dan bercakap ke arah yang tiada orang disitu. Yang lebih teruk, malam2 kalau abah terbangun mengigau abah panggil2 mak, mak tidur tak sedarkan diri kerana seharian letih. Abah akan duduk, memandang mak dengan penuh marah dan memukul mak pakai bantal, pakai kayu penggaru atau apa sahaja yang abah boleh capai dengan tangan kirinya.

Kami anak menantu dan cucu2 semua pernah menyaksikan sendiri semua itu bila kami balik kampung. Kami terdengar bunyi pukulan bantal banyak kali dan bila dengar suara mak menjerit kami bingkas bangun. Kelihatan abah sedang duduk merenung mak dengan pandangan tajam..tapi diam tak bersuara. Tak pedulikan suara kami panggil2 abah. Sudahnya kami tarik dan tolak abah supaya baring semula. Tetapi..badannya tegak dan sangat keras, seolah2 abah tak sakit. Bila kami tepuk2 badan abah, panggil2 abah akan berpaling perlahan2 dengan muka separuh sedar. Kemudian abah tidur semula. Banyak kali jadi begini, aku ada rakam dan mak ada tangkap gambar abah bila jadi lagi keadaan begini.

Pada awal2 dulu, menjelang malam sahaja abah akan berkelakuan begitu, tapi semakin lama semakin kerap. Lebih2 lagi selepas asar, lepas maghrib, kemudian pukul 11-12 malam. Hingga pukul 3 pagi. Pernah aku gantikan tempat mak lepas maghrib, sebab mak nak solat. Aku kene cubit wei!!! Sakit giler. Kuat jugak cubitan abah. Patutlah sampai lebam2 lengan mak kene cubit.

Yang paling peliknya, abah tu main cubit jer sesiapa disebelahnya rupanya dalam keadaan tak sedar. Kita tak mampu tepis dengan satu tangan sahaja tau. Punyalah kuat tenaganya kalau kita mengelak dia tahu cari bahagian yang lain untuk dicubit. Aku pun jeritlah dan tekan tangan abah sambil suruh abah istighfar ingat Allah. Bila suara aku kuat, barulah abah terpinga2 dan sambung tidur. Aku nk ngaji2 tak boleh, masatu aku datang bulan. Nasib baik Abang datang menjenguk, bila dengar suara aku agak kuat. Abang pun pasang surah2 di hpnya.

Pernah jugak satu malam, pukul2, masa ni abah belum stroke lagi.. emak kejutkan aku yg tidur di bilik. Mak suruh aku keluar tengok abah tengah tak sedarkan diri, terbaring sambil meracau2 dalam kelambu. Suami aku pun bangun tengok. Memang pelik2lah sampai abah pun tak kenal aku siapa. Masa tu aku ingat abah ni berlakon. Sebab aku ni tak percaya sangat benda2 gangguan ni. Tapi setelah adik suami aku ni beri penerangan pada aku. Dia beritahu yang hijabnya terbuka. Aku mula percaya sikit. Aku tak nak terlampau taksub. Aku sedar iman aku tak kuat. Jadinya aku tak endahkan peristiwa pukul 2 pagi tu. Namun bila aku dah kene cubit, dah rakam video abah aku meracau2, dan aku sendiri pegang tangan abah yang sakit stroke tu lain macam.

Aku pun bincang dengan mak tuk ubatkan abah. Tapi masalahnye abah tu ego, tak mahu diubatkan. Aku yakinkan abang untuk bawa ustaz rukyahkan abah. Ustaz tu cakap ada gangguan. Itu sahaja. Setelah habis rukyah abah muntah muntah sampai abah lembik.

Aku minta nasihat dari orang yang dah lama bagi hint pada aku tentang keadaan abah dan mak. Kalau dia datang melawat mak dan abah aku, dia boleh nampak. Tapi dia takde ilmu mengubat. Oleh sebab itu dia taknak cerita selagi aku dan suami tak tanya. Menurut dia, abah dan mak aku ni masing2 ada yang meneman, bukan sihir pemisah. Tapi pada abah dan mak, ada ‘benda’ yang ingin menguasai, kemungkinan saka. Tapi dia tak mahu ulas. Dari mana datang dia tak tahu. Disebabkan itulah..yang ada pada abah, dia mahu mak pergi tinggalkan abah supaya senang dia menguasai abah, yang ada pada mak pula, kategori menyinggah2, tapi mak tidak ‘melayan’.

Aku istighfar dan pandang suami aku. Aku tanya lagi, yang mak selalu nampak2 kelibat tu itu ke? Menerut beliau lagi, kemungkinan benda itu ataupun koncu2nya yang datang menumpang2, sebab rumah besar tak digunakan, abah pula sakit. Aku tanya lagi tentang penyakit jantung abang adakah sebab ‘saka’ . Dia kata Wallahualam tapi tidak mustahil jika betul keturunan abah memang ada perjanjian lama2. Aku dah tak tahu nak cakap apa, hanya mampu pandang suami aku sahaja. Suami aku releks jer senyum, sebab selama ni dia pun ada rasa, cuma tak de bukti. Setakat anak2 aku tiba2 nangis dan ketakutan tu, dah biasa dah. Cuma aku belum mahu buka mulut besarkan isu ni.

Bila dah cakap macamni, aku pun berbincang boleh tak kita ‘bersihkan’ rumah ni. Kata beliau lagi, boleh. Tapi, kalau yang ada pada tuan punya badan tu tak mahu berkerjasama untuk melawan, banyak kali bersihkan pun pasti akan datang lagi .Ya, memang abah tak mahu teruskan pun berubat dengan ustaz tu. Yang pada mak tu, setakat ni dia datang dan pergi, sebab mak memang ‘kuat’ dan dia tak berjaya pun nak hasut mak buat jahat. Sebab itulah agaknya penting untuk kita sentiasa bersangka baik dan luhur hatinya. Syaitan tak boleh nak cucuk hati, jiwa dan iman mak. Tapi, mungkin die bagi mak dengan penyakit. Supaya mak hilang sabar dan give up lalu memilih jalan ke neraka seperti mana yang syaitan janjikan.

So, kene settelkan abah. Itu misi utama. Tapi aku masih belum pilih tarikh lagi. Sebab suami aku pun sibuk dan ahli perubatan yang mengubati tu pun tak selalu mengubat di luar dari kediaman mereka. Jadi tak tahu bila nak mula. Satu hari ni, Tina call aku “kak.. nenek tengah nangis tu, di siram air kencing sama kakek!!”. SubhanAllah. Aku terus deal dengan suami aku, dan suami aku deal dengan ahli perubatan alternative tu. Sebab macam dah makin melarat. Diorg pun anggap benda ni kes urgent. Diorg sanggup datang.

Bila tiba harinya, mereka berkumpul dengan ahlinya disaksikan Rizal, Tini suami aku dan aku sendiri. Ketika itu satu satu rahsia diceritakan. Aku tak boleh nak kongsikan semuanya. Sebab banyak!!! Terlalu banyak “penumpang hitam” bermacam2 jenis. Barulah mereka uruskan boleh abah aku tanpa gangguan. Setelah disebut nama penuh abah, ‘datanglah’ sesuatu mengaku sebagai ‘ilmu’ yang dah lama abah aku simpan, ada 3 jenis katanya. Yang paling besar, duduknya di dada abah aku yang lainnya aku tak jelas. Dialah yang mengawal segala tindak tanduk abah aku diluar sedar. Bila ditanya apa tujuan. Dia cuma tersenyum sinis “itu kau tak perlu tahu” katanya. “Itu bukan urusan kau”. Bongkak sungguh kata2nya.

Ditanya lagi, sampa bila nak duduk dalam badan abah, lagipun tuan badan pun dah sakit. “Sampai mati!” Sambil senyum . Rundingan terus dijalankan, tapi aku tak tahu apa akhirnya. Mereka tidak buat kaedah paksa atas sebab2 yang tertentu yang aku tak dapat nak faham. Jadinya, mlm itu hanya dpt bersihkan rumah dan pasang pagar sahaja. Hari demi hari , nampak ada perubahan pada Abah, mulutnya tidak lagi senget dan pertuturannya makin hari makin jelas. Malangnya, bila diberi kesembuhan bertutur, abah semakin galak untuk mengarah emak dan anak2 itu ini. Termasuklah sepupu lelaki aku tu.

Bila aku berjumpa dengan adik ipar aku, aku bertanya adakah kemungkinan besar, apa yang ada pada abah aku akan menganggu keturunannye. Dia jawab dasar sahaja. Iblis dan syaitan ni, ada banyak peringkat, dari kecil2 anak sampai sebesar2 malaikat. Tugas mereka memang untuk menyesatkan anak cucu cicit adam. Apa yang ada pada abah tu, ntah spesis apalah tapi sejenis yang ada ilmu dan kuat beribadah tapi merasakan dirinya bagus dan hebat. Sejenis Azazil mungkin. Bila sudah bertahun2 perasaan riak, takbur, ujub sebati dalam diri. Bermaharajalelalah iblis2 jenis ini menjadi tamak untuk menguasai keturunannya.

Mereka sentiasa menunggu ditiap2 simpang dijalan yang lurus. Jika tak dapat bawak manusia kearah kejahatan, dia bawa kearah kebaikan dan menyuntik rasa megah dan hebat. Nauzubillahiminzalik. Semoga kite semua sedar jarum halus ini bakalan membawa kita ke neraka tanpa kita sedar. Oleh itu, jangan sesekali buat kerja tuhan walaupun sebesar mana pangkat kita, tinggi mana ilmu agama dan tahap pendidikan kita, sekaya mana pun kita, jangan rasa diri ini hebat sehingga tak boleh menerima teguran. Bila sekali rasa besar dan menang, selamanya kita ketagih untuk menang lagi hanya untuk mendapat penghargaan manusia dan dipandang mulia (istilah baru follower dan like). Ingatlah walaupun perasaan sombong itu hanya sebesar biji sawi, balasannya tetap pedih.

Cerita ini masih berulang dan terus berulang hingga aku pun tak tahu bila. Dah masuk Ramadhan ni, aku dan adik beradik memang tak dapat nak lepaskan crngkaman abah, kami cuma mampu longgarkan sikit demi sedikit. Kami tak boleh buat apa lagi tentang abah. Apa yang kami boleh buat ialah kuatkan hubungan adik beradik kami, saling berpesan2 dan bergilir2 balik kampung hiburkan hati mak, dengar luahan mak dan bawa mak pergi ke pasar untuk bawa mak ‘lari’ sekejap dari abah. Kalau aku sedang mengurut badan emak, abang akan bangun temankan dan lengahkan abah jika die menanggil2 mak. Kami ingin penuhkan hati dan jiwa mak, supaya mak tak perlu belas kasihan atau meluahkan perasaannya pada orang luar.

Adik beradik mak aku dan abah aku pun lama tak datang ke rumah. Mereka semua tak mahu dekatkan diri dengan negativity. Kami adik beradik pun istiqomah menjarakkan diri dari abah, dan pekakkan telinga. Tindakkan kami kini lebih kepada tindakkan berkumpulan. Segala apa yang kami nak buat dalam rumah mak dan abah, kami xtanya2 abah, sama seperti abah tak tanya2 kami. Ada barang tak perlu, kami terus buang dan bakar. Itulah yang mempu melegakan sedikit kemarahan kami.

Setiap apa kami buat, kami letak syarat. Kalau abah langgar, kami guna kuasa anak perempuan yang menyekat perbelanjaan. Kami cut terus, kurangkan pemberian wang, lebih banyak membeli keperluan mak secara cash dan berikan pelukan yang paling erat bagi mengisi semula tabung emosi emak.

Menjelang bulan yang mulia ini, aku dan adik beradik yang lemah ini mengambil peluang, memohon semoga Allah yang Maha Berkuasa berikan hidayah kepada Abah, dan mengharapkan khusnol khotimah kepada kami semua. Usahlah sesiapa pun daripada kami hidup dalam dendam, riak, takbur yang akhirnya memakan diri menjadi penyakit batin, membuatkan kita jauh dari rahmat Allah.

Ini ujian kami, ini ‘hadiah’ yang Allah kirim kepada kami biarlah tiada keadilan di mahkamah dunia untuk mak. Mungkin Allah nak tunjukkan pada kita bersifat ArRahim Nya, memberi sesuatu pembalasan dengan cara istidraj kepada pembuat dosa, manakala Allah menunjukkan sifat ArRahmannya untuk menjaga isi keluarga yang lain. Allah Maha Bijaksana.

Semakin kita beriman kepada Allah, semakin berat dugaan untuk kita kekal di jalan yang lurus. Kita boleh marah, kita boleh melawan tapi tetapkan kaki dan iman supaya tidak tergelincir mengikut langkah syaitan. Jangan biar mereka bertepuk tangan apabila kita ambil jalan mudah menyalahkan orang lain dan tidak percaya kepada Qada dan Qadar. Berlapang dada jugalah sebaik2 penawar dari penyakit hati.

Doakan aku dan ahli keluarga aku sentiasa bersatu tanpa dendam bagi memutuskan pengaruh gaslighting abah aku dari seluruh keturunan kami. Biar kita tidak dikenali oleh makhluk bumi, tapi kita dicintai oleh penghuni langit.

Sekian, Salam Ramadhan untuk kalian.

– Dahleeya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *