Terima kasih IIUMC sebab sudi kongsi luahan hatiku untuk tatapan semua.
Hai assalamualaikum. Sebenarnya aku nak buat confession pasal orang gay, dengan kata lain, orang yang tertarik dengan sesama jantina. Benda yang aku nak cakap ni mungkin sensitif bagi sesetengah pihak tapi aku rasa ni lah tempat yang sesuai pun nak luahkan perasaan. Mesti ada sesetengah daripada kita yang ignorant, akan kata “nauzubillah ada kawan macam tu.” Serius, aku rasa tak patut sebab benda ni boleh jadi kat sesiapapun, cuma closeted atau tak je. (closeted=tak terang-terangan mengaku).
Kepada kawan-kawan kat luar sana, sama ada korang gay atau tidak, kita kena sedar yang kita ni sama2 manusia, kita tak layak nak condemn orang hanya kerana kita rasa ada orang yang lain daripada kita. Treat people as the same way we want them to treat us, which kita selalu lupa when it comes to dealing with these people.
Kepada kawan2 gay kat luar sana, sejak baca pasal korang, & sejak ada juga kawan yang mengaku diorang gay (out of closet), aku mengaku memang aku rasa takut dan sedih, tapi bukan sebab korang gay. Aku takut sebab kita diuji dengan ujian macam ni, lagi hebat dari zaman Nabi2 dulu.
Same-sex marriage dengan tanda2 kiamat semua is so prevalent, waktu kiamat nak dekat sangat dah. Sampai tahap, aku rasa aku takut nak kahwin sebab takut memikirkan macam mana nak besarkan anak dalam situasi yang penuh kelabu ni. Even nak educate family pasal benda ni pun aku tak tahu. Parents, as always, will disregard benda ni sebab tabu. Sampai bilalah kita nak terperangkap dalam tempurung tabu ni pun aku tak tau.
Tapi, aku fikir pasal macam mana, as a rational human, nak deal dengan golongan macam korang. Aku try faham situasi korang. Kadang-kadang, korang kena buli hanya disebabkan korang gay dan itu memang tersangatlah tak patut. Semoga orang yang memperlakukan macam tu dapat pembalasan yang sepatutnya.
Walaupun macam tu, once korang establish the relationship, bagi aku, benda tu memang tak normal. I’m an advocate of freedom of rights, tapi kalau nak sembang pasal hak, ingatlah yang hak Tuhan tu yang paling terutama sekali. Jangan putus harapan dengan Allah, dengan agama, sebab itu je jawapannya when it comes to deal pasal benda ni. Kalau ada antara kita yang belum pernah dengar ulasan Hamza Yusuf atau Yasir Qadhi pasal homosexuality, aku cadangkan cuba luangkan masa dan dengar. Tak nyesal punya.
Soal hati yang ada perasaan pada sesama jantina tu, aku tak berani kata benda tu normal tapi aku akui benda tu wujud. It can’t be helped. Kalau laki dah tak boleh nak suka kat perempuan, nak buat macam mana? But, again, benda tu tak lain adalah ujian Allah. Minta petunjuk kat Allah. Minta Dia sibukkan kita dengan benda-benda berfaedah sampai kita takde masa untuk lemas dalam twisted conflict ni. Jangan jadi macam Barat, itu je satu pesan aku.
For those yang establish the relationship with partners, and bangga pulak jaja gambar berkasih sayang kat social media, please stop it. It’s your private face. The same goes to couple yang tak kawen tapi suka show off kemesraan kat social media. Kalau selama ni Allah tutup aib korang, kenapa pula korang nak buka aib sendiri? Jangan sampai Allah tarik rasa malu dan sensitif dengan dosa.
So, aku rasa itu je yang aku nak pesan. Maaf kalau ada yang terasa tapi itu untuk kebaikan kita semua. Aku doakan semoga kita sentiasa bahagia dengan apa saja jalan yang kita ambil selagi Allah reda.
– Insan Prihatin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit