Gay?

hai. assalamualaikum readers.
confessions aku ni bukan la confession sangat pun. aku mungkin akan lebih banyak tanya lepas aku habis type mini confession satgi. dan aku nak mintak pendapat korang (especially lelaki).
okay cerita nya macam ni, aku ada buat kerja part time dekat shopping mall area pj. branch outlet kedai yang aku kerja ni ada banyak, aku rasa kalau aku sebut semua orang tahu. and awal bulan lepas, company ada bukak satu branch baru lagi satu. so kat sini la cerita dia bermula..

aku ni memang jenis senang click dengan orang. tapi tengok juga, aku sombong dengan strangers. aku boleh rapat kalau orang tu ada kaitan dengan apa yang aku buat je (sebagai contoh, kalau orang tu staff dekat outlet lain. walaupun tempat kerja lain tempat, tapi masih bawah company sama so aku boleh click).
masa outlet baru tu baru bukak, aku selalu juga la visit outlet baru tu memandangkan aku punya outlet dekat je dgn mall tu. lagipun sebab kawan kawan rapat aku kat tempat kerja semua kena transfer outlet baru. harem betul tinggalkan ciput je member aku kat sini. hahahaha

lepas 2 minggu bukak, manager outlet baru tu hired la sorang staff baru sebab kawan aku nak berhenti kerja. nama budak baru tu faiz. faiz ni memang handsome, tinggi, muka jambu. kawan kawan aku yang datang visit outlet baru semua puji melambung dekat dia, kata dia handsome. tapi dia memang handsome pun.
kawan kawan aku ramai jugakla yang datang visit outlet baru sebab nak usha si faiz ni je. sampai kan ada yang mintak tukar outlet sebab nak kerja dengan faiz. tapi sebenarnya bagi aku, faiz ni biasa je. aku tak rasa apa apa langsung masa nampak faiz first day kerja. aku tak rasa dia handsome, cuma cute tu ada la.

lepastu kawan kawan aku semua nak try faiz, tapi faiz tak layan. pastu tak lama tu, aku try tegur faiz tanya umur dia berapa. oh, dia sebaya aku je. okay la, dari first time aku nampak dia masa dia first day kerja tu, dia dah start malu malu dengan aku. bila aku datang visit je dia terus masuk dalam store. kalau 2 jam aku kat situ, 2 jam tu la dia dalam store tak keluar keluar.
tak lama tu, ada unknown number text aku. aku tak layan sangat sebab aku sombong dgn strangers kan. hahaha. tapi lama lama aku rasa tak selesa sebab unknown number tu tahu semua pasal aku. lepastu bila check sana sini, tanya member, dorang kata tu number faiz. okay, kawan kawan perempuan aku semua dah meroyan kata kenapa faiz text aku padahal aku bukan lawa mana pun, dorang lagi lawa.

text text text, aku reveal kat faiz yang aku dah tahu tu sebenarnya dia. lepas dah kantoi yang faiz text aku, faiz bertambah segan gila dgn aku. dah langsung tak bertegur dgn aku. reply text aku pun dah taknak sangat. bila aku dtg outlet baru, dia lari. taktahu kenapa. tapi time aku text dgn faiz tu, aku stalk la dia lepastu aku found out yang faiz ada girlfriend and nama girlfriend dia sama macam nama aku. LOOOOL
aku jammed. aku taktahu nak cakap apa tapi kenapa faiz macam malu gila gila dengan aku? kalau kawan kawan aku yang lain dtg visit outlet baru, dia boleh je berdiri sekali lepak kat tempat dia orang dtg bersembang. tapi bila ada aku je, dia lari. asal do?

okay then, menjadi persoalan bila kawan kawan lelaki aku mula cakap yang faiz ni perangai macam gay. aku gelak je do sebab rasa lawak gila HAHAHAHAHAHA
aku ni dah la jenis yang positive. so aku takdela jahat sangat nak kata faiz ni gay (dengan muka jambu dia lagi tu kot dorang kata dia macam gay). dan aku rasa faiz buat macam tu sebab dia gurau je kot. so, aku nak korang tolong bagi pendapat betul tak apa yang dia orang fikir tu. ni semua apa yang kawan kawan lelaki aku cerita apa yang faiz buat:

1. ada sekali tu, kawan aku (lelaki) datang visit outlet baru lepastu dia temankan faiz pergi break, masa tu faiz banyak gila cakap. dia membebel dan cakap dgn nada yang kuat, suka cakap macam jerit jerit (ala yang tinggi suara tu macam lelaki selalu cakap tu). bila kawan aku kata ‘amboi kau, bila depan perempuan kau senyap seribu bahasa. bila takde perempuan kau bising’ then faiz macam ejek dia ‘blablablabla’~

2. kawan aku (orang yang sama nombor 1), dia pergi makan dengan faiz lepastu dia orang ada bergurau gurau and faiz tetiba tolak dia kat dinding and macam nak cium (macam kat drama korea selalu buat). lepas kawan aku tolak, dia kata ala lek ah aku gurau jela lepastu dia peluk kawan aku tu macam ‘lek ahhh’ tapi kawan aku tu kata faiz peluk kat pinggang.

3. manager aku (lelaki) dia ni memang satu kepala dgn staff. so dia selalu tukar baju dalam store depan staff. and ada sekali tu, time dia nak bukak uniform kerja, baju tshirt kat dalam dia terangkat sekali dengan uniform kerja kita orang so faiz tarik baju dalam tu, lepastu buat suara comel ‘baju terangkat..’

4. faiz ni tak lembut tau, tapi kawan kawan lelaki aku cakap dia kalau gelak mesti tutup muka. even dgn lelaki dia gelak tutup muka. kita orang yang perempuan taktahu la sebab kita orang tak pernah nampak faiz gelak. faiz ni pemalu dgn perempuan, so jarang nak ada suara bila ada perempuan.

5. pernah sekali ni ada makwe lawa datang kedai, kawan kawan lelaki semua cam usha makwe tu and kata lawa, tapi faiz kata ‘biasa je aku tengok’. aku taktahu lawa mana sebab ni kawan aku yang nombor 1 tadi tu yg cerita. taste orang lain lain en.

6. faiz suka jalan/ berdiri sebelah orang and letak tangan kat atas bahu atau letak tangan kat pinggang kawan lelaki macam ambik gambar team bola sepak.

7. pernah sekali tu kawan aku kata yang faiz pernah bukak camera depan lepastu dia cakap ‘handsome gak en aku ni’ sambil betul betul kan rambut.

8. ada sekali tu aku datang visit outlet baru lepas balik kerja, lepastu aku peluk manager aku tu sebab dah lama tak jumpa, time tu faiz tengah bersembang dengan manager aku. lepas dia nampak aku, dia blah. time aku tengah sembang dengan manager aku, dia tunjuk tumbuk kat manager aku tu. taktahu apa masalahnya. kawan aku lagi sorang tu buat conclusion yang faiz kan gay so dia jealous aku peluk manager aku tu so dia pergi belakang masa nampak aku peluk manager aku. HAHAHA

mostly dorang start syak faiz tu gay sebab dia suka peluk kat pinggang. tapi yeap, aku pelik kenapa faiz malu sangat dengan aku sampai tak bertegur dah. nak kata dia gay, dia okay je dengan aku. cara dia semua normal je dengan aku (masa kita orang text tula. depan depan tak pernah bertegur dgn faiz sebab faiz kan pemalu).so bagi korang? korang rasa faiz tu gay ke? kalau korang ada tahu ciri ciri yang ada kat lelaki gay boleh juga bagitahu. oh ye, faiz tak lembut pun. and aku pernah je stalk feeds instagram faiz, dia siap ada post gambar poster party perempuan bogel lagi HAHAHAHAHA dgn caption ‘siapa nak join dm aku’. and dekat comments ada je cakap lucah pasal perempuan.anddd, manager aku yang selalu tukar baju dalam store tu pun cakap faiz macam gay sebab suka buat benda benda macam kat atas tu. dia kata faiz pun ada buat macam tu dekat dia. setakat ni dah 2 orang la cakap dia macam tu (manager aku dengan kawan yang nak kena cium tu) so korang rasa?

  • Dee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submi