Gay Boleh Masuk Syurga Ke?

Aku nak tanya, gay ada tempat ke dalam syurga?. Yela, kami kan golongan paling jijik dalam dunia. Walaupun aku ni tak pernah bersetubuh dengan lelaki, perempuan lagi la tak pernah, aku yakin kalau org tau aku gay, mesti org pandang serong dan mula jijik dengan aku. Maklumlah, gay kan golongan yang sangat hina. Apalah nak dibandingkan dengan golongan straight? Nanti takut pulak Allah turunkan bala mcm zaman Nabi Lut. Korang ingat aku suka ke jadi gay? Kau akan selalu tersuka member sendiri, tapi cuba kau terus terang, mau kena tibai sampai lunyai. Korang ingat lawan perasaan dan nafsu ni senang ke? Korang yg straight, Tuhan tak uji boleh lah ckp berubahlah, ada yang suruh berubah sbb takut Tuhan turun bala, ada yang hina kami ni lagi kotor dari segala benda. Korang ingat kami tak belajar agama ke?

Cuba kalau aku suruh korang berenti suka kat pompuan? Boleh ke? Senang tak? Kalau ada yang boleh, aku tabik spring la dia tu. Sekali lagi, kat sini aku nak tekankan aku tak pernah terlibat dalam benda-benda luar tabii ni, aku ada agama lagi. Aku cuma takde perasaan langsung kat pompuan, malangnya aku cuma ada perasaan kat laki. Berbalik kepada tajuk asal, boleh ke gay masuk syurga? Kalau kata kawin tu boleh selesai, buatnya si bini tau kau tu gay, mau meroyan dia. Pastu mula la org duk kecam, maki laki ni ckp yang tak kesiankan pompuan tu la apa la. Pastu keluarga mentua mula caci hina laki tu. Tadi cakap kawin boleh selesaikan?

Kalau tak kawin sebab taknak berlaku zalim pada bakal isteri nanti, orang persoalkan pulak, kenapa tak nak ikut sunnah nabi? Nabi tak mengaku umat la nanti. Pastu ahli keluarga mula la persoal kenapa taknak kawin? Yang eloknya, orang gay macam kitorang ni patut mati je kot. Yela, hidup kat dunia kena pendam perasaan, nak luah atau terus terang, nanti dihina dimaki.

Aku selalu nangis waktu sujud. Aku tanya tuhan, kenapa pilih untuk uji aku? Sedangkan aku dah tak larat pendam perasaan, lawan nafsu, tipu diri sendiri. Aku kadang-kadang sampai tertanya, macam mana kita nak tau agama kita ni memang betul berbanding agama lain? Masing-masing percaya agama diorang betul. So siapa yang betul? Kalau aku berjaya tahan nafsu dan pendam perasaan aku sampai mati, confirm ke aku masuk syurga? Nabi mengaku ke umatnya yang belum terjebak dengan seks gay, tapi ada perasaan gay macam aku?

Aku dah tak larat nangis dan doa minta Tuhan ubah nafsu aku. Kalau korang suruh aku baca Quran, semua aku dah buat. Sama juga, perasaan tu tak mau hilang. Penat la sial! Korang ingat aku nak sangat ke jadi gay ni? Aku rasa aku ni layak neraka je. Ujian gay ni mmg buat aku rasa macam tak layak hidup bersama orang straight mcm korang yang confirm masuk syurga.

Jangan kata aku dah hilang pedoman atau akidah. Aku masih lagi solat dan jalankan tugas aku sebagai orang Islam. Tiap kali, aku persoalkan Islam dalam hati, aku mengucap dan istighfar. Tapi sampai nafas terakhir aku, aku akan terseksa dengan ujian dunia. Jangan compare ujian aku dengan ujian sakit, cacat semua tu. Kalau tak kena kat batang hidung sendiri, jangan cakap banyak.

Ni je yang aku nak luah sebagai seorang manusia gay yang jijik dan hina. Sesuai kat neraka je kan?

– Yang Hina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. post ni time 2018, now is 2024, hopefull Yang Hina masih lagi dalam perjuangan melawan nafsu. sedih kenapa dilabelkan diri dengan jijik, hina, or ahli neraka, padahal Yang Hina masih lagi kuat berjuang melawan nafsu.

    berjuanglah sebaik mungkin, insyaallah setiap saha allah akan balas. selagi Yang Hina pilih allah dan balasan syurganya dari buat dosa, insyaallah allah akan balas. Apepe pun stay strong and selalu istighfar, rahmat allah itu lagi besar dari murkaNya, jangan fikir diri itu ahli neraka kerana itu seolah olah beranggapan bahawa allah itu tidak akan maafkan dosa Yang Hina which is very wrong.

    sekian
    Yang Masih Berjuang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *