Gejala Songsang Yang Kian Berleluasa Di Pusat Pengajian

Anak lelaki saya Z diasuh dengan didikan agama sejak usia 4 tahun.

Saya sekolah kan dia di Sekolah Tahfiz harian dek minatnya yang mendalam berkat galakan dan asuhan dalam mendalami ilmu Al Quran.

Alhamdulillah pada umur 7 tahun Z berjaya khatam Al Quran.

Z meneruskan persekolahan Tahfiz harian hingga usia 13 tahun dan kemudian saya menukarnya ke Tahfiz sepenuh masa (berasrama) kerana ingin dia fokus menghabiskan hafazannya seawal usia dan berjaya Syahadah.

Langit tidak selalunya cerah,perancangan saya tidak berjalan seperti yang dikehendak.

Allah uji saya tersalah pilih Tahfiz, di sana Z di grooming oleh pelajar senior sehinggakan merasakan perbuatan keji tersebut adalah normal sehinggalah saya dihubungi oleh ustaz.

Saya di minta oleh pihak Tahfiz untuk mengambilnya pulang atas alasan dia terlibat dengan aktiviti songsang (salah laku seks luar tabi’e)

Saya menyesal kerana semasa awal kemasukan ke Tahfiz tersebut Z ada mengadu pada saya dengan mengatakan di sini ramai gay..

Tapi saya cuma memujuk dan menasihati Z untuk tidak terlibat dan bergaul dengan mereka kerana merasakan itu cuma alasan Z untuk tak nak belajar disitu.

Siapa sangka Tahfiz yang dipandang mulia oleh masyarakat sekitar sebenarnya banyak kisah hitam dan saya percaya gejala berikut sememangnya sedang membiak dalam generasi kini.

Pihak tahfiz mengambil jalan mudah dengan hanya membuang pelajar yang terbabit, saki baki sisa yang masih belum tertangkap masih ada.

Saya mengambil tanggungjawab untuk membimbing Z kembali ke jalan yang lurus dengan menempatkan Z di pusat pemulihan akhlak dengan harapan agar dia dapat menguatkan jati dirinya dan menyedari kesalahan dan dosa besar akan perbuatannya itu.

Disini Z bertaubat dan membayar kekhilafannya.

Mungkin ramai akan berkata mengapa saya tidak mengambil tindakan undang-undang.

Ini kerana saya sedar dan lihat sendiri ibubapa lain yang berjuang akan isu ini akhirnya mengalah dan dipersalahkan kembali.

Saya hanya mampu berdoa dan serahkan pada Allah untuk membalas semua yang terlibat.

– Puan N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *