Gelap

Every day I am holding these deep regrets in my heart….

Assalamualaikum. Andai confession ini disiarkan, diharapkan memberi manfaat buat kalian. Aku pernah mencoret disini dahulu tentang kehidupanku yang sibuk di hospital yang busy tak boleh bawa bincang.

Tidakku sangka, setelah beberapa tahun, semua hospital menjadi lebih sibuk, hatta satu dunia sibuk dengan pandemik COVID-19 yang memang tak boleh bawa bincang dah ni!

Tatkala kalian dapat stay at home atau wfh (work from home), aku pula senantiasa perlu wfh (work from hospital). Kini, kes masih meningkat naik. Netizen pun dah mula berang.

Aku faham mengapa – kalian sudah penat bersabar dengan semua ini. Kalian adalah anak2 yang baik yang merindui ibu bapa di kampung.

Aku faham mengapa kalian berubah dari menitipkan kata2 semangat buat frontliners kepada menaip kata2 sinis di media sosial.

Kami juga begitu, rindukan ibu bapa kami. Malah, aku mempunyai kekesalan yang amat dalam, yang masih menebal di benak hati.

“I know it’s risky, but I agree for the operation. That’s the only way to save him. How is he now?” I asked with my sanity was still intact that time.

“ED team is now intubating him”.

Kata2 seorang doktor dari corong telefon itu mencarca merbakan hati aku, memberitahu keadaan orang yang aku sayang akan dikomakan untuk diselamatkan nyawa.

Walaupun proses intubasi adalah tidak asing dengan dunia aku hari2, saat itu otak postcall aku seperti tidak mahu menerima berita tersebut. Denial. Kalakian, aku tahu sukar juga untuk mendapat kebenaran merentas negeri.

Apabila dapat pulang, luluh hatiku melihat sekujur tubuh yang banyak berjasa kepadaku diatas katil ICU, koma. Tidak lagi dapat mendengar rintihan aku, tidak lagi dapat meminta aku membuat itu dan ini, tidak lagi dapat berbicara denganku.

Fast forward, setelah lama bertarung nyawa dengan penyakit kroniknya itu, abah pergi menghadap illahi.

Perginya di malam jumaat, pada bulan yang berkah. Perginya sangat tenang dengan peluh membasahi dahi dan air mata jernih yang mengalir. Perginya insan yang aku gelar abah, insan yang aku tinggalkan jauh kerana pentingnya career advancement untukku.

Aku rasa aku sangat selfish dari hari aku pindah sehinggalah hari aku dapat membuat keputusan rasional untuk tidak lagi menyakiti tubuh abah dengan prosedur demi prosedur dan membawa abah pulang ke teratak sendiri.

Agak lama sudah aku berkhidmat dalam kerjaya menyelamatkan nyawa manusia. Abah tahu aku tegas dalam pekerjaan- tidak suka EL/ MC, tidak suka datang lewat ke tempat kerja. Jadi aku harap abah faham kenapa aku sudah lama tidak pulang, takut aku menjangkiti keluargaku.

Semasa aku masih bertugas di hospital berdekatan rumah, selalu abah dan ibu menemani aku dikala waktu lapang. Kami sering duduk membawang di meja makan bersama.

Kebanyakan cerita aku tentang hari2 kerjaku yang sibuk dan juga tentang pesakit (tanpa mendedahkan identiti), untuk kuatkan semangat abah, supaya dia tahu ramai lagi orang diluar sana yang lebih sakit.

Waktu abah masih boleh berjalan, selalu abah drive bawa aku dan ibu berjalan2 ke luar negeri. Aku booked hotel yang best2 untuk kami bertiga.

Seronok gang up dengan abah set aircond di bilik hotel sampai 26 darjah Celsius sebab kami tak tahan sejuk. Ibu pula yang geram, katanya duduk hotel pun panas. Haha.

Masih berat hati ini meninggalkan pusara abah tadi. Entah bila dapat kk menziarahi abah lagi. Abah.. Andai kk tahu masa abah sudah tidak panjang, kk tidaklah pergi jauh demi mengejar cita2.

Andai kk tahu tidak sempat kk bertentang mata dengan abah lagi, kk patut videocall abah dihari lahir abah itu hari.

Andai kk tahu panggilan telefon dengan abah sebulan yang lalu adalah waktu terakhir kita berbicara, kk akan bagitahu banyak kali yang kk sayang abah. Maafkan kk, abah.

Kk selamatkan nyawa orang lain tapi kk tiada disamping dikala abah semakin sakit. Ketahuilah abah, walaupun kk tidak menelefon, setiap pagi kk hadiahkan al-fatihah untuk abah dan ibu. Ketahuilah abah, nama abah dan ibu sentiasa dalam doa2 kk selepas solat even sebelum abah pergi.

Abah… dah tiada siapa kk nak luahkan ni. Ibu pun sangat sedih dengan ketiadaan abah. Abah, sekarang dah ramai tidak percayakan pandemik COVID-19 ni, dah ramai staf kesihatan yang dihina dan dimarahi netizen. Sudahlah penat fizikal, emosi dan jiwa raga juga turut penat.

Lelah. Rabak. Gelap. Tak nampak cahaya dalam hidup aku.

Ya Allah, jika dengan pekerjaan ini dapat aku tambahkan ladang pahala untukku, untuk abah dan ibu, aku akan tetap kuat menghadapi hari2 yang gelap ini. Kentalkanlah hati2 kami ini ya rabbul alamin.

Semoga Allah permudahkan semua urusan frontliners dalam membanteras pandemik ini dan semoga semua rakyat kembali bersatu hati, memahami antara satu sama lain dan menghentikan kata2 tidak baik. Let’s do everything lillahitaala.

Tolong sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah ya. :)

P/s : It’s so different to be in this situation when the table is turned. Being a patient’s relative is so painful; that is why an empathy doctor sort of soothe the process.

Untuk sesiapa yang ada pengalaman kehilangan insan tersayang, kalian sangat dialu2kan untuk bercerita how do you cope with it. Thank you!

– kk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *