Gelap Masa Depan Graduan Gen Z

Gelap masa depan orang muda..

Lately ni kita nampak ramai adik adik universiti yang baru grad dan konvo di tempat pengajian masing masing. Semuanya berpakaian smart dan lawa lawa sebab nak orang panggil “beauty with brain” kat instagram konon.

Ramai gila yang happy dan bangga dengan usaha masing masing setelah dapat habiskan kehidupan yang sengsara di alam pengajian tinggi. Siap belanja hampir RM2000++ untuk konvo yang penuh dengan keacahan.

Padahal time buat assignment tu bukan semua buat. Time exam pulak jenis meniru menghafal bukan paham apa apa pun. Pastu sibuk post kat social media kononnya hidup seorang student tapi kuat lepak kat mall, lepak genting.

Grad bukan sebab pandai betul pun. CGPA je tinggi, skill semua ke laut. Belajar kat uni time exam muntahkan pastu habis exam macam tak pernah belajar.

Kalau kita tanya sorang-sorang graduan, ada yang dah dapat kerja company GLC, ada kerja MNC, ada yang kerja company kecik dan ada yang masih menganggur.

Bila kita tanya semua graduan, semua ada expectation gaji lebih RM3,000 sebulan. Yela, kita dah berhempas pulas tak tidur malam, berlapar kat universiti pastu bila dah grad takkan nak gaji minima kut.

Ada orang time menganggur buat grab, lalamove, kerja kedai makan, kerja kilang dan sebagainya pastu ramai Gen X suka kata Gen Z memilih kerja. Ada juga aku snuker halkum warga emas korperat ni.

Selalunya lelaki la yang tak kisah kerja yang melibatkan kudrat ni demi mencari duit kahwin untuk si dia. Tapi perempuan yang kerja disebalik aircond ni mana nak kahwin lelaki yang gaji bawah RM 5000.

Semua nak yang gaji lebih RM5000 sebab taknak hidup susah. Nak juga makan omakase, nak makan kat Nobu, nak makan wagyu, nak bersalin hospital private,

Nak setiap tahun travel oversea, nak dapur ada counter besar tapi taknak masak, nak suami bayar pilates subsription, nak self reward setiap minggu, nak anak belajar piano la.

Tapi tak semua perempuan nak benda sama. Selalunya perempuan yang nak benda benda kat atas tu mesti nak kahwin orang kaya, tak pun ada sugar daddy tak pun buat akaun DS. Jual diri demi beli handbag mahal, check in hotel mahal, demi makan Nobu. Katanya “I know my worth”

Pastu post kat instagram setiap hari makan cafe sedap sedap. Pastu suka bila orang kata ” i teringin nak jadi macam you” Kononya wanita yang cantik dan banyak duit ni hidup sangat best dan happy.

Lelaki takde la pulak buat akaun DS. Ada tu ada tapi most lelaki kerja hustle try start business. Buat t-shirt la. Jual coway la. Macam macam jenis hustle last last masuk MLM. Recruit sana recruit sini pakai keta mahal. Hanya sebab nak halalkan wanita atau nak buktikan dia pun boleh berjaya.

Hakikatnya hidup ni banyak ujian. Ujian zaman dulu ngan zaman sekarang tak sama. Zaman sekarang di uji dengan kesenangan.

Bila teknologi makin power, makin banyak kesenangan, makin kuat persaingan. Hanya yang tamak akan sentiasa berada di atas sedangkan kedudukan di atas tu perkara sementara.

– Rol (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

    • Sebab diorang dah buta dengan nikmat dunia, lalai ngan tuhan solat hajat semata mata untuk gred tinggi, belajar bukan sebab ikhlas sebab nak menuntut ilmu untuk dijadikan pelapis atau benteng diri tapi belajar sebab nk kerja gaji tinggi. Kau rasa? 🙂

    • Mcm tu la hidup pelajar lepasan Uni. Mmg masa graduation nk tunjuk kt org yg awak dh grad. Dh ada Diploma, dh ada Degree. Tp usaha utk mnuntut ilmu tu bkn nk tuntut sb nk pandai, nk mahir, nk jd org yg brpengetahuan. Lps study, tau nk keje gaji besar je. Datang keje ikut suka, skill keje ke

      laut dalam. Tak hulur keje x reti mncari. Semua nk kena disuap ke mulut. Tu pun belum tentu kunyah. Kadang dokepam keje tu sampai masam. Kerja, x diketuk, x jalan. Sb tu kdg ada majikan ambik lepasan SPM yg tau hargai kerja. Kerja betul2 , sungguh2. Kualiti jaga, suruh apa pun settle.

    • Ada some parts saya setuju, mostly yang pelepasan degree ni esp dari UNI skills diorang tak strong compare to technical school/pro skills. And mostly jadi sebab system uni yang focus on exam dan theory. If nak sentuh bende2 macam ni kena juga tahu akar dia. Tapi mostly company yang ambil lepassan spm/dip/tech ni, banyak yang ambil kesempatan, cthnya betul skill mereka ni memang power tapi kesian underpaid, hanya sebab kelulusan yang rendah ye. Even you punya skill hebat mana pun, tapi kerja 4-5 tahun belum tentu gaji akan mencapai above 5k, sebab kelulusan you, kadang terpaksa multitask sebab mereka je yang boleh buat “kerja” compare to pelepasan uni sebab banyak pengalaman tapi kesian gaji macam tu je. So dua2 kena balance, tahu you punya target, aim higher, jangan kerja kerass lebih tapi disia-siakan. Sebab mostly ramai lelaki taknak belajar lepas tu merenget gaji takat tu je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *