Assalamualaikum. Saya Hani (bukan nama sebenar). Perkahwinan saya diganggu oleh orang ketiga.
Saya bukanlah orang yang suka menghakimi orang lain. Kerana saya yakin tiada manusia terlepas dari melakukan kesilapan.
Tapi yang membezakan setiap manusia adalah tindakan yang diambil apabila dia sedar yang dia melakukan kesalahan.
ORANG KETIGA – Fitri (bukan nama sebenar), bekerja di salah sebuah syarikat swasta yang terletak di Selangor.
Fitri mendapat pendidikan di salah satu sekolah agama dan kini menetap di Selangor. Berusia 28/29 tahun.
SAYA – seorang isteri dan ibu. Bekerja di syarikat besar dan seorang business owner.
SUAMI – dulu bekerja di syarikat yang sama dengan Fitri.
KANTOI ; Pada March 2022, Ketika itu saya mengandung 2 bulan. Ketika di kampung suami.
Mulanya terfikir nak hadiahkan suami kereta baru untuk hari lahirnya.
Terdetik. “Eh kalau aku beli kereta ni kat dia, tiba-tiba dia bawak perempuan lain”. Tapi takkan lah dia sanggup buat macam tu.. Suami seorang yang baik.
Takpelah saya yakin, Allah kan ada. Mesti Allah bantu.
Kenapa tiba-tiba terdetik?
Please alert dengan red flag curang.
Tiba-tiba password hp ditukar. Aplikasi telegram juga diletakkan password begitu juga Iwatch.
Suami lari jauh ketika telefon berbunyi.
Bergayut ditelefon pada pukul 2 3 pagi, tidak akan membalas mesej atau mengangkat telefon sekiranya pergi outstation.
Nombor yang sama sering telefon berulang kali tidak kira masa, mesej jangan cakap lah.
Tapi disebabkan nombor yang naik disavekan dengan nama ACSB (bukan nama sebenar). Suami kata itu operator company dia yang call di atas urusan kerja sekiranya berlaku downtime.
Kadang kala saya yang tolong angkat dan passkan kepada suami. Hehe, kelakar kan.
BACK TO DETIK KANTOI..
Lepas je maghrib hari yang sama, saya ternampak mesej di telegram bertulis.
From ACSB (nama Fitri yang disave) :
“Sayang buat ape tu?” “Sayang dah makan?” “Sayang makan ape tadi?”
“Sayang.. Sayang..”
And so on…
Suami merampas hp. Saya terdiam..
OTW balik, kami berbincang.
hubungan official bermula sejak awal tahun. Tapi flirt to each other lebih awal lagi dari itu.
Hancurnya hati saya.
Saya rela undur diri.
Suami sedar kesilapan dan meminta peluang kedua.
Selepas 2 hari, katanya sudah putus dengan Fitri.
SELEPAS DUA MINGGU
Bulan puasa. Saya terjaga pukul 1 pagi. Tiba-tiba rasa tak sedap hati. Suami sedang buat kerja didepan. Saya bangun dan duduk disebelahnya.
Saya ambil hp dia. Whatsapps, telegram, call log.. Semua clear.. Tapi…
Ada mesej di imessage daripada Fitri, lebih kurang tertulis;
“Baby belum beli lagi hadiah birthday untuk sayang. Nanti baby beli untuk sayang okay. Okay baby tidur dulu. Good night sayang, sweet dreams”
Orang sibuk bertahajjud dia sibuk bermaksiat dengan suami orang.
SEKALI LAGI KEPERCAYAAN SAYA DIHANCURKAN
Suami kata, Fitri minta tempoh untuk putus. Fitri kata Dia tak boleh ditinggalkan secara tiba-tiba. Dia tak bersedia untuk putus.
Perlu ke bersedia untuk putus??
Saya terus call Fitri.
Mula-mula dia tak nak bercakap dengan saya. Tapi bila saya beritahu suami tidak mendengar perbualan ni terus keluar perangai sebenar.
Antara kata-kata yang saya tak boleh lupa sehingga ke harini ini.
Saya : Ada suami saya bagitahu nak putus?
Fitri : Ada. Tapi i yang belum bersedia. Sebab semua ni tiba-tiba untuk i. Tak adil untuk i.
Saya : U tahu dia dah kahwinkan. Kenapa nak kan dia? Nak jadi isteri no 2 ke?
Fitri : U ok ke? U pun tak okay kan?
Saya : Kenapa nak dia? Nak hidup senang ke?
Fitri : Kalau dia mampu apa salahnya.
Fitri : I boleh tinggalkan dia tapi dengan syarat I nak jumpa dia and I tak nak u ada.
Fitri : Semua orang di syarikat sukakan saya.
Fitri : Ye saya tahu saya cantik.
Fitri : I takde masalah dengan family u Hani. I cuma ada masalah dengan u.
Fitri : Lepas ni u block jelah i. Tak payah nak tengok-tengok profile i dah. Block i lepas ni eh. (Bila dia kantoi meniru saya)
Fitri : Kalau u rasa kawan-kawan u tu negatif u tak payahlah kawan dengan kawan-kawan u tu dah.
Fitri : I tak pernah tengok profile u and i tak tahu pun social media u (tapi dia dah block semua social media saya)
Fitri : U jangan nak overthinking macam i nak sangat suami u.
Fitri : Apehal eh i nak tiru- tiru u. Pelik r dia ni.. Pelik r.
Betullah kata orang, kata-kata itu melambangkan diri kita.
Pernah suatu ketika saya terserempak Fitri di stesen minyak. Ketika itu Fitri bersama kawan baiknya Mira (bukan nama sebenar).
Saya terkejut bila Fitri & Mira berjalan berulang kali di hadapan kereta saya. Ketika itu saya berada di dalam kereta untuk online meeting.
Dia merenung melihat saya dari luar kereta. Daring!
Selain itu sehingga kini Fitri akan pergi kemana saya pergi, meniru cara pemakaian, meniru segala posting-posting, meniru minat saya.
Obsesi dia terhadap saya terlalu melampau sehinggakan jenis air yang saya selalu minum turut ditiru.
Pakaian saya jangan cakaplah. Dia sengaja publickan sesetengah posting dia FB untuk saya lihat.
Sehingga dia buat saya rasa keliru. Adakah saya yang perasan?
Namun setelah mendapatkan nasihat daripada pakar, saya harus akui saya sedang diganggu oleh wanita psycho.
Saya telah mengumpulkan semua bukti-bukti gambar, video dan rakaman sebagai bukti dan serahkan kepada pihak polis.
Segala maklumat tentang keluarganya turut saya sertakan. Saya jugak telah menyerahkan report polis dan jugak bukti-bukti tersebut kepada peguam yang telah kami lantik.
Persepsi saya tentang perempuan bernama Fitri terus berubah. Dia bukanlah wanita innocent yang saya sangka.
Wanita innocent takkan ganggu rumah tangga orang, mempunyai adab ketika bercakap.
Takkan halang seorang bapa bertanya khabar anak yang ditinggalkan ketika outstation.
Takkan masuk bilik hotel lelaki bukan muhrim.
Takkan call lelaki tu berkali-kali, bila si suami sedang keluar dengan isteri.
Berbudi bahasa dan tidak hipokrit.
Tidak berlakon baik hanya didepan mak ayah, kawan-kawan.
Harus pandai menjaga maruah.
Mempunyai pendirian yang tetap.
Buat kawan-kawan Fitri,
Sahabat itu tugasnya saling menegur jika ada yang salah.
Bagi yang dah berkahwin, jangan sesekali bersekongkol. We never know dugaan perkahwinan kita macam mana. What goes around comes around.
Suami? Suami saya sudah lama tiada hubungan dengan Fitri. Sejak kantoi kali kedua.
Fitri? Masih begitu sehingga kehari ini. Obsess memerhatikan kehidupan saya.
Kenapa saya tak ambil tindakan undang-undang lagi?
Kerana saya kesian sekiranya dia kehilangan pekerjaan, dan mendapat malu bila orang lain mengetahui perangai dia yang sebenar.
– Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit