Gembira Dengan Hidup Yang Sedih

Hai, nama aku Naezril. Not my real name of course. Aku tulis confesion ni dalam keadaan aku tersepit. Tengah stress, dan aku tak ada tempat untuk meluahkan. Aku seorang lelaki pertengahan umur 20-an dan anak kacukan melayu dan india. Mak aku melayu dan bapak aku india.

I’m happy with my sad life. Aku tak tahu macam mana nak explain, tapi sebagai anak lelaki aku rasa aku terkena sumpahan seakan-akan joker. Watak joker akan gelak pada waktu yang tak sepatutnya kan? Aku pulak tak mampu nak tunjukkan aku tengah sedih.

Sekali. Aku pernah menangis sekali depan orang lepas bapak aku meninggal dulu. Aku menangis depan orang, sbb aku hilang bapak. Siapa tak sedih? Aku menangis depan orang. Aku tak peduli pasal orang. Tapi ada seorang mak cik tepuk belakang aku masa tu, “jangan nangis, kesian dekat mak dengan adik-adik”.

Allahu, kau tahu tak sakitnya menahan rasa derita dan berpura-pura bahagia untuk kegembiraan orang lain? Apa salah aku nak meratap bila aku nampak bapak aku terkujur dengan kain kapan dekat tengah rumah? Kenapa aku tak boleh nak menangis macam orang lain?

Bapak aku yang jaga aku dari kecil sampai aku besar, meninggal. Orang yang aku sayang, pergi untuk selama-lamanya. Aku akan menanggung rindu yang tak akan terubat lagi. Tapi, aku tak dibenarkan menangis masa tu. Aku kena jadi kuat untuk mak dan adik-adik aku, kononnya

Bermula saat tu aku latih diri aku untuk nampak kuat, nampak gembira walaupun dalam hati aku ni hancur berkecamuk. Lama-kelamaan, aku seolah-olah tak mampu nak bersedih. Aku lupa untuk rasa sedih. Aku lupa macam mana nak tunjukkan aku tengah sedih.

Beberapa tahun lepas tu, mak aku kahwin lain. Tinggalkan aku dengan adik-adik terkontang-kanting macam tu je. Lagi dahsyat bila family mak aku seolah-olah menyokong perbuatan dia. Mentang-mentang aku anak india, diorang abaikan aku dengan adik-beradik macam tu je. Perkahwinan mak aku tu dirahsiakan dari aku dan adik-beradik. Dahsyatkan?

Mak sendiri kahwin tapi aku sebagai anak langsung tak tahu. Sebegitu hina layanan yang aku dapat. Aku sanggup bersusah payah lepas bapak aku meninggal. Aku sanggup buat kerja mula seawal pukul 5 pagi semata-mata sebab aku tak nak mak aku susah.

Mak aku nak kerja, tapi aku tak bagi. Aku cakap, masa arwah bapak ada, dia tak pernah bagi mak kerja. Dia biar mak duduk dekat rumah je jaga anak-anak. Lepas arwah dah tak ada, aku tak sanggup nak biarkan mak aku kerja. Biar aku susah tapi mak dengan adik-adik selesa.

Bila aku dapat tau mak aku kahwin lain, pak cik-pak cik aku tak ada seorang pun yang datang untuk bagi tahu aku. Tak ada seorang pun wakil dari family mak aku yang datang bagi tahu aku. Apatah lagi mak kandung aku. Sumpah aku kecewa wehh.

Aku sanggup berkorban apa sahaja untuk mak aku, aku sanggup buat apa sahaja untuk syurga aku. Tapi, kenapa syurga aku khianat aku balik? Takpe, aku redha. Biarlah aku teruskan hidup tanpa bau syurga. Syurga aku dah tinggalkan aku.

And yet, orang sekeliling aku tak perasan pun benda ni. Sebab apa? Sebab aku ni sentiasa happy. Hahahaha. Orang tak tahu pun bila aku tengah sedih. Kadang-kadang ada member yang bagitau aku, aku ni sentiasa happy. Tak pernah pun bersedih. Walhal diorang tak tahu, hati aku dah kosong. Nothing is there for me to feel anymore.

Banyak lagi kisah sedih dalah hidup aku, biarlah aku kongsikan sedikit demi sedikit untuk bacaan korang. Sebab aku tak ada tempat lain lagi utk luahkan rasa sedih aku ni. Sini je.

– Naezril (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *