Assalammualaikum kepada semua warga iium confession, aku ni merupakan pembaca setia page ni, kalau tengah bosan scroll-scroll fb, aku buka page nie untuk mengisi masa lapang …huhu, jadi kali ni aku nak berkongsi kisah diri aku pulak..harap korang baca lah confession aku ni
Berbalik pada tajuk confession aku, iaitu awesome ke jadi gemuk ni? jawapan aku ialah memang langsung tak awesome.. fyi, aku ni merupakan seorang perempuan yang obes sejak dari kecil, aku tak pandai nak kawal diri waktu makan..asyik melantak je kerja, lepas makan aku tido lepas tu layan drama dan sebagainyalah..mak dan ayah aku selalu nasihatkan aku supaya jaga diri , aku buat dek je..yang penting aku kenyang…diorang runsing sangat dengan perangai aku yang tak sayang diri sendiri sehinggakan sanggup membeli ubat kurus beratus ringgit utk aku tapi aku gagal kuruskan badan sebab tak jaga makan.Berat aku mencecah 60kg semasa darjah 6, memang obes lah..majoriti kawan aku 45+ kg je..kadang2 aku rasa perangai aku nie macam orang nak bunuh diri pun ada.
Jadi gemuk ni merupakan satu siksaan buat aku, sebab????? aku selalu sakit seperti sakit pinggang, kalau jalan jauh sikit, mulalah badan aku ni berdenyut je kat urat aku tu, lemak yang aku ada nie tak tertanggung tau tak? umur aku 20 tahun dengan berat badan 120kg!!..korang bayangkanlah macam mana rupa aku nie..tinggi 160 cm je.banyak sadiss..sepanjang aku gemuk nie, benda yang paling azab ialah waktu nak beli baju..hmmm..pergi kedai nie xmuat, kedai tu pun xmuat..kalau ada pun di kedai “peace” yang ada saiz besar2, mostly aku upah je jahit baju .Selain itu, aku ni orang yang sngat tak terurus, takdelah nak melawa macam orang lain (jeles sgt dgn anak dara yang cantik2 skrg) . Keburukan jadi gemuk yang seterusnya pulak susah nak beramal ibadat, nak bergerak tu susah, badan berpeluh je..tambah2 waktu solat berjemaah, kalau tok imam baca surah panjang, kebas sangat kaki aku nie.. sujud pon termengah-mengah dan kalau aku baca Al-quran selalunya tersekat-sekat sebab aku semput weh..
Benda yang paling annoying sekali bila kau jadi gemuk nie adalah hinaan orang2 sekeliling kau, aku ni dah biasa dah orang panggil ‘buncit’, badak dan so on..macam2, start dari sekolah rendah sampailah aku masuk universiti dan satu lagi orang gemuk ni kurang kawan, aku mana ada kawan sangat pon, kalau ada pon 2,3 orang je yang betul2 ikhlas nak kawan ngan aku, yang lain cari aku bila dia susah dan bila dia jadikan aku sebagai last option untuk berkawan, sape kata manusia tak pilih fizikal? memang ada yang tak pilih tapi majoriti masyarakat melayu memang pilih rupa. Ramai yang tak suka aku especially lelaki, sebab aku langsung tak layan diorang ,macam mana aku nak baik dgn diorang kalau asyik hina je kerjanya..sakit hati woiii..
Concern aku sekarang ialah tentang kesihatan aku, aku sedang merancang nak amalkan gaya hidup sihat, aku sedar dan insaf tntg hidup aku yang semakin menjunam ni , asyik sakit je..aku bukan tak cuba nak diet , dah banyak kali dah aku cuba diet, diet atkins lh, diet kira kalori dan mcm2 lg, bukan tak berhasil, aku pernah berjaya turunkan berat sebanyak 10 kg waktu amalkan atkins dulu, tapi masalahnya aku ni tak konsisten..aku tak boleh kawal nafsu makan aku, nasi putih tu memang favorite akulah..aku nak start all over again after chinese new year ni, aku nak kuruskan badan..aku harap korang semua dapat menyokong keputusan aku ni, aku kesian pada keluarga aku. Apa2 yang jdi kat aku doranglah yang susah..aku sayang sangat dorang..pada sesiapa yg ada tips macam mana nak kuruskan badan dengan sihat , blhlah komen..aku akan baca komen korang dan aku bertekad kalau aku dapat 500+ like utk confession ni, aku berjanji akan kuruskan badan no matter what happen..aku bukan batak like tapi ni sebagai pembakar semangat aku seumpama 500 org menyokong perubahan aku..
Last but not least, aku nasihatkan semua pembaca2 page iium confession ni dapat menjaga badan korang semua, kesihatan itu amat penting, walaupun aku dah tersilap arah, aku akan berusaha sedaya upaya nk dapatkan berat badan ideal aku balik..in shaa Allah. May Allah s.w.t bless all of us.
– Liyana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit