Assalamualaikum hai. Aku nak share sikit. Tapi aku harap takde yang nak amik hati ke nak menyampah ke apa ke ek. Okay janji ni?? Okay aku mulaa yaa.
Aku dulu gemuk. Aku perempuan tau. Yelaa,perempuan memang banyak concern pasal nii kan. Hm sambung. Masa darjah 5 kot,berat aku 57kg. Penimbang tu memang musuh aku beb. Tapi setakat sekolah rendah tu tak ada la orang ejek gemuk ke apa,ada pun seorang dua je. Masuk je sekolah menengah,memang start dah mulut mulut jahat panggil aku gemuk. Walhal masa tu aku dah turun berat dah kot,tapi still chubby sikit laa,berat aku 50kg masa form 1. Tapi bukan tu yang aku nak cite. Aku nak cakap pasal eating disorder/anorexia nervosa(anorexic). Anorexic ni sejenis manusia yang taknak makan sebab takut naik berat. Google ehh kalau nak tau lebih lanjut.
Kat Malaysia ni aku tak tau la ramai ke tak yang anorexic,tapi dekat negara barat memang banyak,sampai masuk hospital. Kat malaysia ni maybe minor anorexic je kot. Aku sendiri pernah lalui benda ni. Aku deal dengan benda ni dari aku form 3 sampai lah aku 18 tahun. Dia rasa macam tak selera makan,tapi sebenarnya dalam otak takut nak makan sebab nanti gemuk. Okay siapa pernah lalui? komen sikit pengalaman korangg,aku nak baca hehe. Lama kot aku nak stop benda ni. Aku pernah sekali muntah muntah sebab benda ni. Fuhh nasib tak masuk air.
Cuma aku nak cakap sikit,benda ni start dari orang yang ejek ejek tu. kau bayangkan lah,ada yang dilahirkan kurus dari kecik,jadi memang cikgu amik bersukan sebab kuat lari semua. Yang kitorang gemuk dari kecik ni,awal awal cikgu reject. Masa sukantara mesti malu,taknak datang sebab??? Nanti kena ejek. Kawan tak macam kawan? Kawan sendiri ejek gemuk. Bagi kau kelakar lah,sebab kau kurus. Depan kau memang dia senyum,tapi kat rumah? Kau tak tau kalau dia ikat perut just sebab dia da penat nak gemuk.
Kenapa tak diet? Ada orang yang dah diet,but then badan naik balik. Kawan kawan patutnya support dia,encourage dia. Bukan MENGEJEK!!! Korang sedar tak effect dekat orang yang korang ejek tu? Plisss,it’s ruined someone’s lifee. The struggle is real. To those yang suka ejek kawan korang GEMUK,cuba tukar macam,,hmm ajak diorang diet ke,workout ke. Kadang kadang kitorang terlalu penat nak hadap diet and workout ni sorang sorang and takde orang support. So..please think twice before you say something.
Aku sekarang ni alhamdulillahh dah berjaya turunkan bmi aku sampai 20. Nak mantainkan badan je sekarang ni. Kawan kawan aku semua takde ejek dahh sebab diorang terkejut gak dengan perubahan aku. Aku diet+workout. Sekarang pun aku still ada rasa taknak makan at times sebab memang susah nak cope dengan eating disorder ni. Dalam sehari mesti aku nak aktifkan badan sebab kalau tak,aku akan rasa tak confident dengan diri sendiri :( And aku paling pantang betul dengar orang kata orang lain gemukk. Sebab diorang tak tahu yang benda tu sakitt :(
Okay tu je nak cakap. Tak tahu ada point and bermanfaat ke tidak? Buat yang tengah cuba turunkan berat badan,aku doakan korang berjayaa,and always istiqamah gituww. Yang paling penting,kita kena sayang body kitaaa (ye,aku tengah cuba sayang body aku jugak
nii) And yang padaa kurus pun,kena jaga jaga jugak,jangan bantai je semua,kang datang penyakitt. Okay tu je.
Assalamualaikum,
yourebeautifuljustthewayyouare
– takperlutahunamakuuu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit