Gemuk Hodoh

Assalamualaikum dan Hi .
Saya nak confess something ni about perempuan gemuk. Actually, bkn confess sangat pun, nak bertanya pendapat la jugak.. btw, terima kasih admin jikalau anda approve confession ini .

Biar saya explain sikit pasal diri saya, berat saya 100kg . Ngam2. So, obviously, memang dah wujud dah la perasaan nak kurus tu.. but still, working hard for that (Doakan saya). Saya dah start buat senaman, makan minum pun saya dh pantang sikit2, cumanya, saya takut nak ambil suplemen2 or jamu2 yg ada kat luar tu.. takut ada side effect. So, InsyaAllah, saya akan pergi jumpa doktor dalam masa terdekat. Kut doktor tu ada providekan ubat kurus.

saya tak cadanglah la kurus mana.. tapi nak kurangkan berat badan je. Saya cadang nak jadikan berat badan saya 65kg – 70kg . Tinggi saya 150 cm. So, masih dlm kategori overweight.

The main reason kenapa saya masih nak stay dalam kategori tu sebab saya takut saya akan jadi kembali jadi asal (100kg atau mungkin lebih). Perbezaan yang tidak ketara sangat kerana masih dalam kelompok yang sama.

Sebab kedua, jikalau saya kurus (50kg++) (sebelum kahwin), saya takut jikalau bakal suami saya komplen yang saya dh gemuk selepas berkahwin dan menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersama dengan saya lalu dia mencari perempuan lain yang kurus. Oleh hal demikian, jikalau berat saya overweight sebelum kahwin, maka, selepas berkahwin, berat badan saya bertambah, dia tidak boleh la untuk berkomplen bagai berkata yang saya dah gemuk, kan? Sebab saya memang gemuk pun !

Buat masa sekarang ini, dua je sebab kenapa saya masih nak stay dengan kategori overweight ini. Jadi, saya tidak tahu sama ada fahaman (sebab2) saya ini betul ke tidak? Jika salah, tolong memperbetulkan saya.

Ntah kenapa, saya selalu sangat saya nampak di media sosial, luahan isi hati suami tentang isterinya yang dah jadi gemuk. Mereka (para suami) jadi tidak suka pada isteri mereka lagi. Susah semestinya, saya tidak mahu perkara itu berlaku pada diri saya dan begitu juga wanita2 di luar sana. Dan jikalau ada sebarang post, video, status (si suami) yang menyatakan dia suka / sayang isteri dia yang gemuk itu, netizen mula mengata, alah, acah je tu.. konon nak jaga hati isteri.. puih..

Saya (mungkin perasan je lebih) sering kali melihat isu ‘body shaming’ ini yang dikatanya gemuk = hodoh , kurus = cantik. Dah tu, dikatanya, update dalam status, buat video, saya mahu cari perempuan untuk dijadikan isteri tetapi tidak mahu perempuan yang gemuk, hitam dan pendek. Ya, saya tahu, awak sudah semestinya mempunyai ciri – ciri perempuan idaman yang awak mahukan, tetapi adakah perlu untuk letak ‘haha’ dekat akhir ayat / video tersebut? I don’t understand, which part that you think its funny?

Boleh saya tahu kenapa perempuan gemuk + hodoh + hitam diperlekehkan ? Anyone? Sebab jijik ke? Lagi jijik rasanya jika awak berterusan buat aktiviti ‘body shaming’ ini.

Allah SWT beri kelebihan sikit je dekat diri, terus nak bongkak, dengan menyatakan diri engkau lagi sempurna. Heh.

Apa apa pun, saya tidaklah sehebat mana orangnya untuk bersuara tentang perkara ini. Moga confession ini, bermanfaat kepada orang ramai dan diri saya sendiri.

Terima kasih kerana sudi membaca,
Assalamualaikum.

– An

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit