Saya ingin ambil quote famous dari seorang tiktoker.
“Kalau lelaki pendek jangan hina, kerana ketinggian tak boleh diubah semua nya disebabkan faktor genetik. Tapi kalau gemuk berbeza sebabnya itu akibat perbuatan sendiri”
Ya, gemuk adalah pilihan bukannya terpaksa gemuk. Post kali ini saya tujukan pada semua orang, tak kira lelaki atau perempuan.
Kenapa saya berani katakan begini, sebabnya saya menjadi gemuk akibat perbuatan sendiri yaitu makan banyak dan kuat tidur.
Dulu saya kurus, makan banyak tapi rajin berjalan kaki berkilo kilometer tapi selepas usia meningkat berat badan saya naik kerana faktor malas dan banyak tidur.
Semalam saya terbaca post ‘lelaki tak kahwin kehidupannya hancur’ di bahagian komen post tersebut ramai perempuan tak puas hati sebab ada body shaming.
Bagi saya apa confessor cakap betul lah, orang yang tak ada disiplin bab makan ni memang badan akan naik.
Satu lagi bila gemuk akan datang banyak penyakit, sakit jantung, lelah, kencing manis , gout dan macam-macam lagi.
Ada yang cakap, aku gemuk disebabkan masalah genetik lah,
Memang betul, masalah genetik juga boleh buatkan badan gemuk. Tapi bila saya selidik rupanya pola pemakanan tak betul, contohnya dia makan sikit tapi berterusan.
Ini berlaku dekat anak buah saya, dia memang makan sikit tapi sikit sikit cuit kek coklat, sikit sikit makan manis sebab itu badan dia naik.
Ada juga kawan saya dulu gemuk sebab dia makan ubat dan ubat tersebut memberi kesan kepada diri dia. Dia jadi gemuk gedempol macam doraemon, saya ingatkan dia akan terus menjadi gemuk sampai mati.
Tapi siapa sangka, asbab banyak berjalan kaki jual makanan ke jiran jiran. Badan dia yang gemuk terus jadi kurus, sebab itu lah saya kata gemuk ini pilihan.
Orang yang gemuk ni dia boleh pilih nak terus hidup atau ubah lifestyle, ubah cara pemakanan, ubah cara jaga kesihatan.
Berlaku juga pada saya yang gemuk ini. Saya gemuk dan diserang penyakit covid, disebabkan terpaksa dikuarantin jadi saya terpaksa berlapar. Makanan disediakan 2 kali je, pagi dan malam.
Lepas itu air manis tak ada, terpaksa minum air suam je. Jadi gula dah cut, tak minum air bergula. Siapa sangka selepas je habis kuarantin berat badan terus jatuh 10 kilogram.
Sekali lagi saya tekan kan gemuk adalah pilihan bukannya terpaksa. Dah gemuk itu mengaku jelah jangan defend diri dengan aku gemuk sebab tanda aku bahagia. Isteri gemuk ni tanda suami dia bagus, sebab itu isteri gemuk.
Ya memang kau bahagia, tapi dari segi faktor kesihatan? Kita nak pakai badan ni lama, bukan kejap ya. Banyak penyakit boleh datang disebabkan tak jaga pemakanan.
Ada juga orang mengandung, anak ramai tapi berat badan masih terjaga. Sebab dia betul betul jaga pemakanan sewaktu mengandung, makanan kalori tinggi tak ambil.
BTW post ini untuk aku juga, ya untuk aku supaya jaga kesihatan, sebab berat badan aku dah naik balik. Hopefully ada kekuatan untuk jaga kesihatan semula.
– Bob (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam, aku dah lama baca page ni tapi baru kali ni tergerak hati nk komen. Bukan nak menidakkan atau mengiyakan pandangan confessor ni. Aku perempuan, ada adik perempuan juga. Aku kurus dia gemuk.
Kalau Bob kata sebab pemakanan, aku dgn adik aku duduk satu rumah dari kecil. Makan pun benda yang sama. Tapi portion makanan sangat lain. Aku walaupun kurus, portion makan aku 2kali lagi banyak dari adik aku. Dia gemuk tapi makan sikit je.
Kalau Bob kata gemuk sebab exercise, aku pemalas, kerja baring je kalau cuti, exercise pun tak. Tapi adik aku tak ye. Kalau cuti, dia tak reti duduk diam, ada je aktiviti dia. Kalau tengok apps Health kat iphone tu, steps langkah yg dia ambil sehari, jauh beza beribu langkah dari aku.
Aku kesian kalau dengar org kutuk dia gemuk sebab aku tahu cara hidup dia mcm mana. Tapi aku defend la dia mana yg boleh. Walaupun dia gemuk, kebersihan diri dan sekeliling sgt tiptop.
Jadi aku nak ckp, org gemuk tak semestinya pola pemakanan teruk atau tak reti exercise. Orang pun tak patut judge org gemuk mcm tu.
Bob Ko xtau ke gemuk pom ade genetik jugak bkn sbb dia malas exercise. Jgn pukol org sama rata. Most org gemuk ni rajin bersenam sbb nak kurus. Tp kdg2 sbb org kutuk2 dia lah dia jd makin gemuk sbb stress. Stress ni menggu hormone dan sebagainya. Mcm aku metabolism aku rendah dri kecik, makan sikit je tp berat naik jugak. Aku exercise xde kesan sbb aku stress mulut org mengata. Last2 aku makan ape aku nak, aku bt ape aku suke so bila hepy berat maintain.