Gemuk Pun Boleh Kurus

Assalamualaikum. Panggil aku Aina. Aku umur 27 dah tahun ni.

Korang pernah tak kene ejek gemuk hitam and all that? Yup that happens to me. Sebab aku masih lagi student. Biasalah kan student stress dengan study semua benda tu.

Yang aku perasan, majoriti orang disekeliling kita ni pandang rupa dulu even kau baik hati semua tu, No values to them.

Baik hati ke, bijak ke, kalau takda rupa, nobody wants to be friend with you. Ramai orang akan cari salah you. Aku dah rasa benda tu.

Dari kecik lagi kawan sekolah, mak sedara, sepupu, cikgu, lecturer, nenek semua mengutuk aku. Sampai kadang kadang aku dah terbiasa.

Self esteem aku sentiasa rasa menjunam & berkurang juga. Tapi aku gagahkan je diri untuk kuat.

Aku tak pernah ada kawan lelaki yang rapat dari kecil, ini susah juga lah untuk aku especially bila nak cari bakal suami. Orang tanya bila nk kahwin.

Pada masa yang sama kawan kawan aku yang lain dah beranak pinak. Aku tak jeles dengan mereka. Cuma tertekan dengan mulut orang.

Aku tak pernah dengki dan iri dengan rezeki kawan kawan aku. Aku bahagia kalau diorang bahagia.

Banyak kali aku dah cuba turunkan berat badan.

Yang paling banyak, turun 8kg. Itupun naik semula sebab aku stress dengan belajar.

2 tahun lepas ada seorang lelaki aku kenal di sosial media. Dia ajak aku kahwin. Dia proceed datang jumpa family lepas 2 tahun kenal. Kami jumpa face to face. Tapi aku boleh tahu dia tak suka aku.

Yang aku terasa, waktu aku angkat makanan yang aku masak penuh kasih sayang pergi hidang dekat dia di ruang tamu, air muka dia berubah bila nampak aku keluar hidang makanan. Cepat cepat je dia makan.

Langsung tak angkat muka dia walaupun aku ada dekat depan dia. Dia buat macam tak kenal aku.

Lepas tu lepas habis makan dia cakap dekat mak aku saya balik dulu ya makcik ada kerja lain. Pandang muka aku pun tak nak. Padahal lama dah kami berdua kenal. Katanya dulu dia boleh terima aku seadanya.

Layanan dia pada aku lepas jumpa aku face to face tu aku dapat rasa lah yg dia terlalu jijik dengan aku. Bukan aku yang suruh dia datang rumah aku pun.

Dia sendiri yang call ayah aku cakap nak datang tiba tiba pada waktu berat badan aku tengah naik. Mana sempat kurus dalam beberapa hari. Dulu aku kurus kot.

Jangan cakaplah aku tak jaga badan. Aku dah cuba semua jenis diet. Exercise. Sampai ada sekali tu aku hampir pengsan. Jantung degup laju.

Aku cuba jugak exercise. Cut gula, Cuma stress sahaja yang aku tak dapat nak elak. Apa lagi aku nak buat?

Lelaki tu nampak aku dalam keadaan yang agak gemuk, terus judge aku. Aku tak mencecah pun 60kg. Tapi agak berisi.

Dari cara dia treat aku lepas dia jumpa aku tu seolah pada dia aku ni jenis lembab tak pandai jaga diri. Dan mungkin sekali tak layak jadi isteri dia.

Lepas perjumpaan tu, dia terus mesej cakap, “i tak ada jawapan lagi lah sama ada u boleh ke jadi isteri i atau pun tak”. Sama macam apa yang aku dah expect dah pun. Tak lama lepas tu dia ghosting aku.

Itulah kan dunia. Susah kan nak cari orang yang sudi motivate kita, nak cari partner baik pun susah. Kalau gemuk, orang benci tanpa sebab.

Aku pernah ada rasa nak bunuh diri. Menangis seorang diri. Nak habiskan belajar supaya aku tak stress lagi. Aku boleh fokus pada diri aku sampai aku kurus dan cantik.

Kalau aku sedih cepat cepat je aku tengok cerita jihan muse, aida jebat, dan zulin aziz. Aku baca cerita mereka dari gemuk kepada kurus.

Dari tak cantik kepada cantik. Aku cari cerita cerita transformasi di fb.

Aku berazam one day aku akan kurus jugak. Cuma masanya belum sampai. Aku pasti aku akan kurus. Dan aku akan buktikan yang aku boleh cantik dan sihat.

Dan untuk lelaki lelaki yang tinggakan aku, aku tak rasa rugi pun bila fikir balik. Walaupun pada mulanya aku sedih, sekurangnya aku tahu siapa yang sudi siapa yang tidak untuk menetap di sisi aku.

Walaupun partner kau busuk, gemuk, hitam kau tak ada pun hak nak menghina.

One day mereka dah cantik, pandai dressing semua tu, you akan sedar, you lose someone yang baik sebab you tak cuba beri peluang dan semangat untuk mereka berubah.

Akhir dari aku, korang semua tolong doakan aku kurus, sihat and jumpa jodoh terbaik buat aku. Doakan jugak aku dapat habiskan belajar ni secepat yang mungkin. Supaya aku tak stres lagi.

Kalau kakak/ abang nak share tips juga, amat dialu alukan. Thank you.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *