Gemuk Tak Menawan

Assalamualaikum wbt.

Kenapa banyak orang gemuk?? Tak nak diet ke? Tak nak usaha untuk kurus ke? Cuba bersabar dan kawal diri bila makan, berhenti sebelum kenyang dan jangan ambil pinggan orang lain..ish2..orang tak habis makan lagi ni. Pastu tak dapat pinggan orang lain, tak de sisa makanan, dia pergi order baru. Stop it, man!

Saya nak buat pengakuan yang saya memang tak suka orang gemuk. Kau comel mana pun, muka cantik hensem macam model ke, tapi badan kau gemuk, kau memang dah kira ‘out’. You are no more attractive and healthy.

Kalau semua nak tahu, saya sendiri pernah gemuk. Gemuk, kurus, gemuk, kurus. Dalam family, saya yang paling gemuk, dilahirkan berisi badan bulat. Semua orang kurus. Struggle teruk jugak saya nak kurus sebab masa remaja saya diejek gemuk. First kurus tu saya hampir jadi aneroxia sebab muntahkan balik makanan sebab nak sangat jadi model catwalk macam dalam tv tu. Nasib baik dapat jugak jadi model catwalk masa tu. Lepas tu, masuk UIA saya gemuk balik sebab makan tak kawal, minum air manis, susu, milkshake, aiskrim, donut dan macam-macam lagi saya telan. Semua fast food restaurant adalah tempat lepak saya dulu masa saya gemuk. Tu tak kira kedai mamak lagi. Lepas tu kenapa kurus balik? sebab buat senaman burpees, menari dan joging. Berkesan ok! Memang sakit, pedih, perit, peluh busuk, tapi berbaloi sangat!! Tapak kaki mmg tak cantiklah sebab menari bukak kasut kat rumah. So, siapa yang suka menari tu, memang boleh jadi cantik badan kau kalau kau jaga makan. Haip!! Jangan makan tak jaga pulak lepas tu. Memang kau akan fail.

Dan saya tak suka dengar alasan-alasan jemu macam ni, “oh dia ni gemuk air je, tak pe dia sihat lagi ni.makanlah lagi”, “oh awak lemak tak tepu dalam badan ni, senang je nak kurus”, dan “takpelah, saya tak joging pun xpe, saya ni diterima ramai sebab hati baik, orang tak pandang rupa”. Gemuk air??? siapa yang bagi istilah tu untuk bagi hati orang gemuk tu rasa selesa dan selamat untuk terus jadi gemuk? Kau gemuk sebab toksin dan lemak berlebihan dalam badan, bukan sebab air. Lemak tepu, lemak tak tepu, ada kau check ke? Main cakap je. Hati baik walaupun gemuk xpe, kira selamat la kau dari diabetes, kencing manis dan darah tinggi nanti di kemudian hari. Apakah semua ini…? Ada rupa, tapi gemuk tak menjamin kau happy, kan.

Kau gemuk sebab salah kau tak kawal makan dan minum. Kau gemuk sebab gagal menggunakan anggota badan kau untuk aktiviti harian yang sepatutnya. Kau gemuk sebab dalam zon selesa kau ada kawan-kawan gemuk yang support bagi makanan dan kata-kata semangat untuk terus gemuk. Yes, comfortable zone! Sebab tu dikalangan lelaki kau di “friendzoned” kan. Pernah jadi kat saya, jadi saya tahu la. Sedih, macam nak terjun bangunan je bila lelaki yang kita suka cakap kita hanya kawan je dan pergi.

Bila kau gemuk, semua baju kau pakai tak nampak terletak kat badan, Kau tak boleh sorok lemak-lemak tu, biarpun pakai baju longgar, kau boleh rasa lemak kau tu terkeluar jua akhirnya. Kau tak boleh bergaya sakan, pakai baju sutera, kain satin bagai. Kau boleh bergaya jugak tapi terhad. Terhad, ok! Lepas tu, faham-fahamlah, lagi besar saiz baju kau nak beli, lagi banyak kau kene bayar. Kain ela pun kene beli sampai 4.5-5 meter instead of 4 meter yang normally orang beli.

Saya pernah kene panggil makcik sebab pakai baju kurung masa gemuk dulu. Aduh, pedih rasa. Sedih, kalau orang panggil kau, comot, macam makcik2/pakcik2 la dia ni. Tengok ic baru tahu, laa budak lagi cik non oii.. Muka je kecik tapi badan besar. Sedih tu. Lagi satu saya pernah kene, orang ingat saya mak kepada kakak saya yang slim mulus dan cantik. Saya? Macam mak kepada kakak kandung saya?? Oh tidak….. Orang tu pulak lelaki, malunya tak terkata. Lepas dari tulah, saya kurus jadi model. Padan muka lelaki tu kalau jumpa saya dengan badan yang tinggi lampai dan cantik. Telan balik apa yang dia cakap.

Bila kau gemuk, badan kau cepat berbau. Nafas berbau, kaki berbau, semua celahan berbau, tu tak kira melecet lagi. Sakitkan..? Pastu kulit jadi kusam, stretch mark timbul dan muka berjerawat. Hai, masih selesa lagi ke? Bawa ke spa pun orang geli.

Bila kau gemuk, tapi tetap mengunyah jugak. Kau tak kesian ke kat badan kau. Kau aniaya badan kau. Cuba sayangi diri kau sikit. Kau duit banyak pun tolonglah jangan beli makanan yang berlebihan kalori. Lepas, sekali, dua kali dan berhari-hari. Nak reward pun sehari je la. Ramai orang berduit ni, gemuk-gemuk belaka. Saving la sikit untuk masa depan atau belilah makanan berkhasiat, ye memang makan yang berkhasiat tak sedap…tapi fikir balik, kau nak sedap ke, nak sihat?

Bila kau gemuk, mulut pulak tak jaga. Kebanyakan orang gemuk yang saya pernah bergaul, mulut tak jaga, iaitu, mulut jahat. Macam manalah orang nak sayang, dah la rupa tiada sebab gemuk, lepas tu percakapan pun tak elok. Kene reject la.

Bila kau gemuk, kau tak fikir makanan untuk orang lain. Kau nak jugak bahagian orang tu walaupun kau ada makanan kau sendiri. Terjadi di tempat saya bekerja, seorang perempuan gemuk ni tamak ambik lauk tak fikir rakan sekerja. Fikir badan dia je. Dah kene tegur buat lagi. Satu hari tu, kita satu firm dapat hadiah daripada seorang client ni, coklat mahal tu, ingatkan dia terima dan share, rupanya dia terima terus masuk beg bawa balik. Alasan dia, dia suka coklat tu. Eh, eh, kak, fikir orang lain dulu. Share pun xpe la, kalau nak melantak seorang2 tu memang tamak sangat. Dah la gemuk, makan tak sedar dunia.

Bila kau gemuk, kau naik public transport, kau tolak orang kurus dan kanak-kanak. Kesian mereka. Lemas dalam lemak-lemak kau. Lepas tu ada tempat duduk yang kosong, kau nak jugak muatkan punggung besar kat situ, last2 orang sebelah kene bangun sebab badan kau sahaja dah makan dua seat.

Bila kau gemuk, kau beli majalah, buku-buku motivasi dan langgan benda2 yang boleh naikkan semangat dalaman diri kau agar konfiden walaupun gemuk. Dah tahu gemuk, memang la kurang keyakinan diri. Kenapa nak sugarcoat lagi?? Cuba la ambil inisiatif untuk sihat, otak akan lebih cerdas, dan lebih positif. Tak perlu buku-buku banyak macam tu, beli yang perlu sahaja. Jimat duit, kau pun sihat dan jelita.

Sampai sini sahaja penulisan saya. Saya cerita berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pemerhatian yang saya buat selama ni. Saya harap yang gemuk, cepat-cepat cari inisiatif untuk jadi lebih sihat, positif dan inshaAllah kau akan lebih bahagia.

– Mrs. Slim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit