Gemuk vs Kurus

Assalamualaikum.. Apa khabar semua. Semoga sihat sejahtera disamping yang tercinta.

Tajuk tu nampak jahat ke, sebab ramai yang ada masalah obesiti dan banyak produk nak kurus di pasaran.. Adakah semua orang nak kurus?

Kisah saya, ada kerisauan melihat anak yang sangat kurus. Darjah satu paling kecil paling comel dalam kelas. Baju sekolah saiz paling kecil nampak besar untuknya.

Kurus dia halus lengannya, badan nampak raut tulang.. Saya hampir nak salahkan diri sebab tak jaga makan dia dan terdedah dengan makanan ringan.

Namun sebenarnya selera dia sangat kurang. Geram je tengok anak orang gemuk, banyak betul makan.

Saya ada bagi dia vitamin selera makan dan minyak sapu nak bangkit selera makan, tak nampak kesan.. Jika dia selera makan berat badan tetap tak naik.

Dalam kerisauan, saya teringat yang saya masa kecil juga begitu. Sampai opah bawa berjampi takut terkena makhluk halus.

Sayang betul opah pada saya masa kecil lebih dari cucu yang lain sebab saya halus dan macam berpenyakit. Alhamdulillah sebenarnya sihat.

Hingga kini saya kurus, masa mengandung naik sikit berat dalam pantang auto kurus, orang tengok muka dikata cengkung.

Anak pernah tanya kenapa ayah kahwin dengan ibu, saya kata sebab ibu cantik.. Diam dia macam tak percaya, haha.

Saya berkulit hitam manis, terlalu kurus juga tidak menarik. Badan sekeping. Namun saya selesa saja dengan badan saya sebab ringan dan selalu menang lumba lari masa sekolah.

Dalam kerisauan saya dengan berat anak, kebimbangan jika bantut..

Saya bagai dilihatkan dengan kesedihan anak orang lain yang diuji cacat atau sakit kronik. Pasti lagi sedih dan susah hati…

Kemudian saya asyik bertemu dengan perempuan yang sangat gemuk sehingga saya terfikir dimana nak cari saiz baju seluar… Dan saya simpati juga.

Ternyata bukan mudah nak kurus dan bukan mudah nak gemuk… Rezeki masing-masing. Bersyukur terima seadanya sebab banyak lagi rezeki lain untuk rasa bahagia.

Anak pandai membaca, mengira dan mengaji juga sudah buat rasa bahagia. Bukanlah terpaling pandai namun sudah merasakan Allah bari kepandaian itu.

Kerana bila melihat anak yang berada di kelas pemulihan. Ternyata mudah belajar juga satu rezeki. Jika anak berakhlak beradab, lagi besar rezekinya.

Sungguh yang dikhuatiri manusia sekarang jika kurang adab dan akhlak. Makin berilmu, makin kaya, makin sombong dan pijak orang lemah.

Jika ada kelebihan itu untuk disyukuri… Jika ada kekurangan itu untuk disyukuri juga bila melihat ada yang lebih teruk dari kita…

Bila dapat menikmati makanan sedap, teringat anak Gaza di bumi Palastine, apakah yang mereka dapat makan. Semoga Allah cukupkan.

Allahlah sebaik pelindung dan cukuplah Allah membantu mereka.. Hanya doa dan sokongan yang mampu dari kami yang lemah iman ini…

Lemah iman nak boikot kedai makan yang terkait dengan Yahudi… Banyak lagi kedai lain yang bagus, yang tu juga penuh… Tak ada sensitiviti langsung. Pentingkan diri.

Semoga kita mendapat mendapat rezeki untuk banyak bersedekah… Membantu mereka yang susah.

Bukan hanya yang jauh sahaja tetapi yang dekat juga. Di Negara kita juga ramai yang tak cukup makan…

Tak kisahlah kurus atau gemuk.. Hormati semua dan jangan ada yang suka mengejek.

– Lynn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *