Genap 10 Tahun

Assalamualaikum semua. Aku N anak bongsu daripada 10 adik beradik. Alhamdulillah bahagia walaupun mak besarkan kami semua seorang selepas abah meninggal 19 tahun yg lalu. Yg pasti lepas abah meninggal abg2 dan kakak2 yg besar banyak berkorban dari segi pelajaran sebab nak kerja untuk bantu mak.

Terutama abg aku yg sulung. Kitaorg panggil Long je. Semua mmg respect dia. Mmg ada garang sikit tapi tanggungjawab dia berat. Mak dan adik2 yg ramai dia perlu tanggung. Macam2 kerja dia buat. Pernah jadi askar sekejap tapi lepas tu dia berhenti. Lepas tu dia kerja kat Klang sebagai pemandu lori kontena. Alhamdulillah agak lumayan gajinya dapat bantu mak dan adik2 semua.

Time tu aku kecil lagi baru sekolah rendah. Tapi bila time cuti sekolah kitaorg mmg happy gila sbb Long mesti call bagitahu mak duit dah masukkan untuk beli tiket suruh dtg rumah dia. Kita org apa lagi berderet lah naik bas dari Johor ke Klang. Sampai rumah dia mmg syok. Long mmg tak kedekut dgn adik2. Buka peti ais mcm syurga banyak makanan dengan ais krim, vitagen, coklat, koko crunch dan banyak lagi. Mak pun gembira sangat. Time tu Long dah kahwin dah tapi tak ada anak lagi walaupun hampir 6 tahun kahwin.

Allah bagi rezeki dia kat tempat lain. Allah permudahkan urusan dia. Makin hari kerja makin ok dah makin senang. Bantu mak dan adik2 yg masa tu ada yg kat uni, kat kolej, kat asrama, dan masih sekolah. Tak lama lepas tu alhamdulillah isteri dia mengandung dpt anak lelaki.

Berkat kerja keras dan doa mak untuk Long hidup dia makin senang mampu untuk bawak kami adik2 semua pergi bercuti, hantar mak pergi umrah dan hadiah paling besar untuk mak adalah Long support untuk buat rumah baru untuk mak. Mak mmg gembira tak terkata.

Long adalah tulang belakang keluarga. Semua keputusan dia buat tak pernah belakangkan mak. Tak pernah kedekut untuk bantu adik-adik. Sentiasa letak keperluan mak dan adik2 no 1. Org yg sgt mementingkan keluarga. Pantang betul dia kalau saudara mara buat kenduri kahwin kita org adik beradik ada yg mengelat tak nak pergi. Mmg wajib semua pergi tolong rewang.

Tapi biasalah, panas takkan sampai ke petang. Long ada masalah kat tempat kerja dia. Akhirnya mak suruh balik kampung tolong kerjakan kebun kelapa sawit mak. Alhamdulillah mak makin happy sebab Long dah balik duduk dekat dgn mak. Sambil tu ada org tolong uruskan kebun mak. Time tu dah ok sebab adik beradik semua dah besar dah kerja boleh support diri sendiri. Tinggal aku dgn abg aku je sekolah menengah.

Sejak Long balik duduk kampung ni kitaorg pun seronok lah sbb boleh kata kan tiap2 minggu pergi gathering family. Tempat favourite dia berkelah kat pantai. Suatu hari tu plan satu family pergi pantai untuk santai berkelah. Masa tu hari Sabtu 17/1/2009. Ya harini genap 10 tahun peristiwa tu berlaku. Long pergi buat selamanya.

Org kuat dalam keluarga kami dah tak ada. Long dan abg lelaki aku yg lain mandi di pantai. Diorang lemas. Long pada mulanya tak lemas tapi atas rasa tanggungjawabnya dia pergi masuk semula ke dlm laut untuk selamatkan abg aku yg lain. Dia bekas askar tahu berenang. Sebab tu dia cuba selamatkan yg lain-lain.

Tapi apakan daya, Allah dah pilih dia untuk ajalnya pada hari tu. Ya, Allah ambil semula pinjamannya. Allah pinjam kan kami seorg abg yg sgt bertanggungjawab, ketua keluarga, dan segalanya buat kami. Long, seorg lagi abg aku dan anak jiran kami turut meninggal lemas semasa kejadian.

Mungkin sbb umurnya yg pendek tu Long berusaha keras untuk berbakti pada mak dan keluarga. Hanya Allah yg mampu balas segala jasa-jasanya. Tapi bagi aku dia sangat beruntung. Dia dah meninggal tapi jasanya tetap di sebut2 sehingga hari ni. Doa mak tak putus-putus untuk anak2nya. Semoga syurga Allah kurniakan untuknya. Amiin.

Al-fatihah buat arwah Long, Nikman dan Yoi.

– Adik bongsu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *