Assalamualaikum buat semua pembaca. Sekiranya confession ini disiarkan aku amatlah hargai dan percayalah ada sekelumit kelegaan dalam diri aku sebab perkara yang aku simpan sendiri selama ni akhirnya dapat aku kongsi.
Penulisan pertama kali ini bukan lah untuk membuka aib diri mahupun pasangan sejenis aku, namun aku sangat perlukan bantuan kalian atas sebab diri aku yang ketika ini rasa sangat ‘lost’.
Kebelakangan ni aku ada baca confession menjurus ke arah aktiviti atau perasaan terhadap pasangan sejenis,
Rasa bagai dipanah petir terus menyusuk ke hati aku dan dengan itu aku ambil keputusan untuk menulis confession aku dengan harapan Allah dan kalian boleh bantu aku.
Dengan rasa rendah diri aku cuba untuk karang cerita tentang aku dan NS.
Buat pertama kalinya aku dan NS berjumpa di sebuah ‘institusi pengajian’. Perkenalan kami sangat singkat lebih kurang 3 bulan.
Bulan pertama aku dan NS merupakan kawan sedorm dan bulan berikutnya kami terpisah. Akan tetapi kami masih ke kelas bersama dan boleh kata setiap kelas duduk sebelah-sebelah.
Hubungan kami menjadi akrab setelah ‘pengajian’ kami tamat iaitu selepas hampir 3 bulan. Aku dan NS still keep in touch selepas kami tamat ‘pengajian’ boleh kata hampir setiap hari.
Tak kira siapa mulakan dulu tapi seumpama rutin tak NS aku akan mulakan begitulah sebaliknya.
NS tinggal di utara tanah air manakala aku di ibu kota Malaysia tercinta. Atas dasar hubungan kami yang terlebih akrab, NS rajin turun KL semata-mata untuk berjumpa aku dan dari situlah hubungan terlarang aku dan NS bermula.
Sejak dari situ lah panggilan manja antara kami bermula dan NS kerap turun KL semata untuk berjumpa aku boleh kata hampir setiap bulan. Hubungan cinta kami bermula lebih kurang hujung 2019.
Aku lah cinta hati NS aku lah nyawa NS aku lah segalanya buat NS.
Perasaan ni NS sendiri yang confess pada aku sedangkan aku hanya mengiakan namun jauh dalam hati aku begitu jugalah perasaan aku terhadapnya. NS seorang yang berniqab. Ya, itu lah dugaan yang Allah duga kami.
Dari segi penampilan aku biasa-bisa saje. Hidup kami dibuai perasaan penuh kasih dan sayang setiap hari sehingga kami alpa akan fitrah kejadian tuhan. Aku dan NS tetap menjaga solat namun perasaan sayang antara kami sukar untuk dibuang.
Hari berganti hari beberapa purnama pun berlalu, oleh kerana PKP yang dikuatkuasakan maka NS tidak lagi dibenarkan untuk travel ke KL. Bermulalah episod pjj antara kami.
Aku okay boleh teruskan hidup seperti biasa sebab kami still contact each other setiap hari tapi NS aku kira dia seorang yang tak boleh berjauhan dalam tempoh yang lama.
Dalam masa pkp, ada ketika kerajaan longgarkan syarat lalu aku ambil peluang ke utara tanah air untuk berjumpa NS sekitar bulan September 2020 dan itu merupakan kali terakhir aku bertemu NS.
Hubungan kami mula suram lebih kurang bulan November 2020. NS mula menjauh.
Satu hari NS confess yang dia tak mau lagi hidup berkasih sayang lebih dari seorang sahabat dengan aku. NS hanya mahukan aku sebagai seorang kawan sahaja.
Namun, NS tak mampu untuk teruskan atas dasar dia akan terus ingat perbuatan kami jika kami masih berhubung.
Aku rebel. Macam-macam aku marahkan NS aku ganggu emosi dia aku cuba psycho dia seolah-olah aku mahukan NS pergi jauh dari hidupku segera lalu NS nekad dengan kemahuan ku.
Namun, itulah yang dikatakan emosi. Aku tak mampu nak jalani kehidupan seperti sediakala. Aku tak mampu nak buang NS macam mana NS buang aku jauh-jauh.
Aku dah tak boleh nak fokus kerja lalu aku nekad untuk berhenti. Hari-hari aku fikirkan NS sehinggakan aku diserang anxiety.
Malam-malam aku terjaga seolah-olah terkejut ingatkan dia, ada masa rasa cemas sampai susah nak bernafas, tangan aku menggeletar dan berpeluh.
Aku cuba contact NS minta dia jangan tinggalkan aku buat masa ni namun dia betul-betul buang aku. Aku tak minta hubungan kami yang lama aku cuma perlu dia di sisi untuk terus bagi semangat supaya aku tak terus jatuh.
Saat ni aku betul-betul perlukan seorang kawan yang boleh support aku dan orang tu hanya NS sebab dia je tahu punca aku jadi macam ni.
Kemurungan aku berlanjutan. Aku masih contact NS bagitau dia aku sayang aku rindu pada dia. Kadang aku cuba untuk adakan normal conversation dengan NS namun aku tidak diendahkan.
Berdasarkan pengalaman aku bersama NS, aku tahu dia begitu sayangkan aku dia lebih sayang aku berbanding aku sayangkan dia tapi dia boleh move on cepat lebih dari aku.
Dari situ aku trigger pasti dia ada pengganti aku. Ya memang betul, Sabtu lepas merupakan pertunangan dia dan rakan sekerjanya.
Tak sampai setahun pun dia tinggalkan aku dan minggu lepas dia bertunang. Tidak lah aku cemburu mahupun marah tapi jauh disudut hatiku aku sukar memaafkan hanya kerana NS tidak jujur pada aku.
Apa yang paling aku tak boleh terima NS boleh inform kawan-kawan lain tentang pertunangannya tapi kenapa bukan aku yang dia pernah cinta.
Walhal aku la orang pertama yang patut dia bagitau supaya aku tak ganggu lagi hidup dia. Hidup aku jatuh emosi aku tak terkawal sehingga yang aku fikirkan hanya bunuh diri sedangkan NS sedang berbahagia tanpa ada sekelumit ehsan pada aku sebagai seorang kawan.
Aku mula bertambah sedih bukan sebab aku ditinggalkan tapi atas dasar diri aku mempertikaikan kenapa orang yang pernah sayangkan aku sungguh-sungguh tak boleh nak ada ehsan pada aku sekurang-kurangnya sebagai seorang kawan.
Hubungan aku dengan Tuhan baik. Aku jaga solat aku meminta-minta pada Dia sampai satu tahap aku rasa hopeless.
Cita-cita dalam karier aku hancur berkecai dan bukan senang untuk aku bangun semula.
Sampai saat ini aku masih perlukan penjelasan kata-kata jujur dari NS. InshaAllah aku boleh terima hidup barunya cuma aku masih di tempat dia tinggalkan. Aku nak dengar sendiri dari mulut NS kata-kata jujur walaupun aku dapat meneka.
Buat semua pembaca, apa yang jadi aku akui kesilapan aku dan tak mungkin untuk aku ulang lagi. Aku harap andai anda ada solusi untuk aku bergerak dari kerusi harini aku mohon bantu lah aku.
Kalau ada kenal mana-mana uztaz yang boleh bantu aku berubat untuk lupakan NS tolong lah aku.
Setiap hari tiap solat aku doa tapi Allah belum izinkan aku lupakan NS. Korang pun doakan lah aku supaya aku bangun dan terus sukses dalam hidup.
Sesungguhnya banyak hati yang telah hancur disebabkan aku begini. Aku minta maaf.
Yang benar,
– Elly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit