Gend3r Stereotypes Permainan 1blis

Di akhir akhir ini aku melihat banyak owner page dan juga netizen kutuk mengutuk lawan gender.

Perempuan kutuk lelaki dan lelaki kutuk perempuan. Masing-masing merasakan gender atau jantina sendiri sebagai kelompok paling suci dan terbaik.

Lelaki rasa kaum lelaki paling hebat, maka ada yang menghina dan mengecam kaum wanita.

Manakala wanita merasakan merekalah paling betul dan terpaling “mangsa” maka mengutuk dan menghina lelaki.

Jadi muncul pula page page murahan acah seperti mereka adalah media ternama mula memainkan sentimen ini untuk mendapatkan like, viewer dan perhatian.

Ada juga kaki posting yang cuba pancing orang untuk tekan link business nya.

Gemar muat naik post atau share post dimana ada lelaki mengutuk perempuan begini begitu atau ada perempuan mengutuk lelaki begini dan begitu.

Kemudiannya Netizen yang sakit hati mula bergaduh sesama sendiri di ruang komen. Yang untungnya page berkenaan.

Kenapa ye anda semua bergaduh saling menghina dan ada komen yang penuh benci terhadap lawan jenis?

Perempuan yang membenci lelaki dan menghina lelaki ini, adakah anda lahir dari hubungan wanita dengan wanita?

Manakala lelaki yang membenci wanita ni, ibu anda bukan wanita kah? adakah anda lahir daripada hubungan lelaki dengan lelaki?

Atau anda dibesarkan dalam keluarga bermasalah hingga anda punya masalah gender stereotypes?

Bagi aku lelaki dan wanita masing-masing adalah manusia, hamba Allah. Ada manusia baik dan ada manusia jahat.

Aku tahu ada wanita yang tidak bernasib baik mempunyai pengalaman buruk dengan lelaki, tetapi anda perlu tahu bukan semua lelaki itu jahat.

Sama juga seperti lelaki, bukan semua wanita itu jahat.

Jangan mudah dipermainkan dengan media murahan yang hanya suka memancing emosi kalian.

Jika tidak, lama kelamaan akan terjadi seperti zaman jahiliah di mana kerana rasa kaum wanita itu hina, maka bayi perempuan dibunuh.

Segalanya tidak akan mustahil terjadi. Kerana bangsa manusia gemar mengulang hal hal lama dan mudah hilang pendoman. Kaum luth yang dulunya dihukum tuhan, kini mereka sudah mula bangkit.

Itulah bukti manusia ini mudah hilang akal dan pendoman. Kerana itu adalah agenda Iblis di akhir zaman. Sama juga dengan gender stereotypes.

Di syurga nanti kamu akan berpasangan lelaki dan wanita. Setiap orang pasti punya pasangannya yang indah rupawan. Bukannya lelaki yang mulia akan dipasangkan dengan lelaki.

Atau wanita yang terpaling betul akan dipasangkan dengan wanita. Walau hadis mengatakan ramai wanita berada di neraka, tetapi di syurga tiada lelaki pun akan kesunyian tanpa pasangan wanita.

Maka cukup cukuplah dengan kebencian kamu dengan lawan jantina. Kamu sendiri punya aib, punya keburukan dan punya kebodohan kerana kamu hanyalah manusia.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teguh yang sentiasa dinaungi.” (Surah an-Nisa, ayat 57)

Hentikan kebencian, kerana itu sifatnya api digemari iblis.

– Manusia Akhir Zaman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *