Aku Senior Lemon. Kenapa aku letak namaku begitu? Kerana aku senior, 18 tahun menjadi pengetua tadika swasta. Aku ada 5 orang anak, anak anakku dah besar besar semuanya Alhamdulillah.
Kasar kan tajukku itu? Ya, kerana aku rasa perlu ku katakan sesuatu kepada ibu bapa zaman sekarang.
Kerana sesungguhnya emosiku mental ku penat dengan perangai ibu ibu dan bapa bapa muda generasi y z mutant avengers ni. Selalunya anak sulung umur 6, 5, 4, 3 tahun lah terutamanya. Fresh from oven punya parents.
Wahai ibu bapa generasi y z mutant avengers,
Tahukah anda, anak anak anda tu, sangatlah perlukan teguran dan asuhan untuk didik sikap mereka?
Dulu aku pun grad overseas dalam bidang early childhood dan aku jaga budak2 daycare sewaktu aku belajar. Jadi jangan beri alasan mengatakan aku typical Asian parent/teacher.
Teacher tegur sikit, anak balik mengadu, terus serang cikgu. Marah guru. Kenapa perli anak saya? Kenapa cikgu tak bagi dia kawan si ahmad? Kenapa cikgu marah anak saya tadi? Dia main pintu je pun?
Tolonglaahhhh ibu bapa mutant sekalian, Tabayyun! SIASAT dahulu sebelum menyerang. Tanya guru elok2 sebelum kamu marah guru guru ini.
Tahukah anda, zaman sekarang, kami guru guru sangat takut nak buat anak orang, nak pukul ke..sebab apa? Sebab kuasa viral. Semua akan masuk Internet. Jadi guru takkan saja saja nak marah tanpa sebab.
Ada tu, cakap, “kalau cikgu marah, nanti anak saya taknak pergi sekolah”. Allahu, ceteknya otak otak kamu ni. Kamu sanggup anak kamu ni jadi manusia biadap dan perangai hodoh, asalkan dia nak pergi sekolah?
Kemudian di whatsapp group, satu isu meletus, kamu ajak ramai2 benci guru tu. Ya Allah, bahasa kamu semua di whatsapp. Seolah2 dalam hati tu, tiada langsung budi bahasa.
Yang kamu tahu, kamu puas, kamu rasa you’re in power sebab kamu berjaya pijak pijak hati hati dan perasaan orang yang mendidik anak kamu.
Kononnya..”kami cakap depan2. Tak cakap belakang2″. Yaa, memang boleh nak cakap depan2, tapi tanya dengan baik. Tanya dengan berhemah. Nabi SAW yang hebat pun tak ada sombong seperti kamu.
Ada sekali tu, si budak ni bawa mainan. Kemudian mainan tu hilang. Padahal polisi tadika dah mengatakan jangan bawa mainan.
Alkisahnya mainan tu hilang kerana ada orang terbuang. Ibu bapa sanggup suruh guru guru ni cari balik mainan tu dalam semua tong sampah?? Terbongkok2 guru cari.
Ya Allah mana simpati kamu?
Wahai generasi y z mutant avengers,
Kenapakah semua benda kamu nak cari kelemahan?
Tahukah anda, kami ni guru guru, apa apa event, atau acara, kami pasti cuba buat yang terbaik. Apatah lagi jika acara itu melibatkan kamu. Tapi ada saja complain dan tak puas hati.
Ya, kamu berhak untuk tidak berpuas hati, tapi cara kamu menegur, perli perli, cakap kasar. Sedihnya kami, setelah berpenat lelah menyiapkan event utk kamu, apa yang kami dapat? Terima kasih payah sekali, complain sampai penuh page whatsapp. Siap ada nombor 1-9.
Kadang2, event tak habis lagi, dah complain panjang. Kami nak teruskan event pun rasa down.. rasa sedih. Guru guru rasa gagal.
Bukanlah aku menghalang untuk anda semua menyuarakan ketidak puas hati kamu tu. Tapi, pastikan sebelum kamu complain, siasat dahulu. Jika nampak event seperti tak kena.. Tanya guru, siasat, kenapa jadi begitu.
Aku sangat pasti setiap guru takkan sengaja menjadikan sesuatu event tu tidak berjaya. Mungkin ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan telah berlaku.
Kalau anda nampak, anak2 balik, ada kesan lebam dan luka, yaa.. yang ini mmg patut anda risau. Tapi seperti ku katakan tadi, SIASAT dahulu.
Tahukah anda , bila anda ni ‘kaki complain’, depan anda mmg kami senyum. Tapi hati kami memang mengomel macam2, kdg2 sampai takut jadi sumpahan pula terhadap kamu dan keluarga kamu.
Yang hairannya.. kamu complain macam2, tapi kamu masih lagi daftar di tadika kami untuk tahun seterusnya. Siap daftar si adik pula.
Hairan. Pernah sekali ku terus terang dengan ibu bapa si kaki complain, do you realise that this kindy is not going to change its admin and Teachers? So are you sure you want your child to stay?
Aku rasa kamu rasa seronok agaknya sebab guru guru ni senang minta maaf, semua tak melawan.
Entahla, maybe it is not my place to advise generasi ibu bapa muda mudi ni. Tapi aku rasa.. generasi baru seolah2 telah kehilangan keperibadian mulia dan budi bahasa. Tapi siapalah aku..hanyalah seorang guru tua.
Tapi ingatlah ya.. you’re the role model for your children. Sedih aku fikir jika anak2 si “kaki komplen” ni, besar2 nanti jadi sebiji macam ibu bapa dia. Yang bangga menjadi “si kaki komplen bermulut laser”.
– Senior Lemon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
saya sokong cikgu.
semoga ibu bapa generasi baru lebih bersikap matang dan bekerjasama uruskan anak-anak.
macam mana nak bentuk masa depan yang lebih baik kalau ada sikap macam ni.