Generasi Manja

Terima kasih sebab menyiarkan confession ini. Aku tak pandai nak mengarang ayat seperti orang lain. Tapi aku harap, confession aku dapat buka mata pembaca semua.

Maaf juga sebab panjang sangat. Aku memang rasa terbuku. Dan aku rasa these issues must be heard.

Aku merupakan seorang penuntut dalam bidang kejuruteraan di sebuah ipta di selatan tanah air. Sepanjang di ipta, banyak program yang telah aku sertai, untuk peroleh pengalaman dan juga mata merit bagi membolehkan aku tinggal di kolej kediaman. Dalam menganjurkan program ni, banyak sangat masalah yang aku dan team terpaksa hadapi.

Aku hairan kenapa masalah sebegini berlaku sedangkan penganjuran tahun tahun terdahulu (menurut lecturer) baik baik sahaja. Pada mulanya aku cuba selidik salah di pihak aku sendiri. Namun, setelah kami perbaiki, tetap tidak molek hasilnya.

So aku nak listkan beberapa masalah yang sering berlaku kat sini.

1. Kurang penyertaan
Ni masalah yang sangat kerap berlaku. Antara pendekatan yang aku ambil adalah dengan mengkaji semula kontent event aku. Adakah ia menepati jiwa anak muda? Adakah ia bermanfaat? Adakah yuran penyertaan dikenakan berbaloi? Masa dan tempat.. dan sebagainya. Kadang-kadang, ada peserta yang sudah memberi nama namun tanpa rasa bersalah tidak hadirkan diri di hari kejadian. Maka program pun tidak lancar.

2. Lepas tangan
Ramai sangat ajk/peserta bersikap ambil mudah dalam semua perkara. Bila berhadapan masalah, terus nak batalkan program, terus mengadu, terus melatah. Tiada inisiatif. Tiada usaha. Usaha tak seberapa. Komplen banyak. Bila diagihkan tugas, siapkan ala kadar. Tiada empati sesama rakan satu organisasi untuk saling membantu rakan rakan yang lain.

3. Tidak menepati masa
Jujur, aku seorang yang sangat sibuk. Dan aku pasti orang lain juga begitu. Dengan tuntutan kuliah, tugasan lecturer, lab report, project, test, quiz, proposal…belum lagi include program program lain… Sesungguhnya aku memang atur masa betul betul supaya aku akan ada masa yang cukup untuk siapkan semua perkara on time dan cukup tidur. Contoh, kelas ada kelas dari 8 pagi hingga pukul 6 petang. Aku ada meeting program pukul 8.00, 8.45 dan 10.00 malam (tiga meeting berbeza). Aku akan gunakan waktu petang untuk bersihkan diri, makan, selesaikan hal hal pengurusan diri sendiri.

Pukul 7.45 aku akan mula bergerak ke tempat meeting. Sambil itu, aku akan buat pre reading supaya aku dah bodoh bodoh je masuk meeting. Supaya aku bersedia dan meeting lancar. Begitulah untuk meeting meeting seterusnya.

Malangnya, sikap orang lain yang dengan selamba datang lewat 5/10/15 minit amat mengecewakan aku. Alasan yang aku dapat? Nak makan dulu lah, nak solat dulu lah, nak itu nak ini. C’mon lah. Aku pun Islam. Aku juga manusia. Aku pelajar macam korang. Kenapa aku boleh atur masa aku. Dan kenapa pula korang kena bazirkan masa aku yang sepatutnya aku boleh allocate untuk hal lain?

Kalau korang rasa meeting tu terlalu awal, why korang decide pukul 8.00 at the first place. Just name a time that korang betul betul boleh make it!

Dan banyak lagi sebenarnya masalah masalah berbangkit lain dalam menganjurkan program di universiti ni.

Dalam pemerhatian aku, generasi sekarang suka buat kerja, asalkan hidup dia senang, lantak orang lain lah nak jadi apa pun.

Contoh, satu program aku yang dah lepas. Department kami disuruh menganjurkan family day untuk persatuan kami. Bila ditanya lokasi dan aktiviti yang mereka inginkan, macam macam request kami terima. Expectationnya cukup tinggi melangit langit. Idea kami untuk anjurkan yang mudah dan dekat ditolak mentah mentah.

Kami teruskan juga dengan permintaan majoriti untuk ke Pulau Langkawi. Persatuan kami mempunyai ahli kira-kira 35 orang. Dan family day merupakan acara terakhir sebelum sidang akademik berakhir, maknanya selepas family day, persatuan ini ada recruit ahli baru.

Banyak usaha yang kami letak untuk plan program ni. Dahla diusulkan tiga minggu sebelum, menyukarkan kami mencari pengangkutan dari selatan ke Kuala Perlis di saat saat akhir. Namun kami usahakan juga biarpun terpaksa menghubungi puluhan syarikat bas persiaran.

Kami juga berjaya dapatkan the best deal untuk penginapan. Kami siapkan bajet untuk setiap seorang sangat murah.

Tapi, seminggu sebelum program, kami mendapat tahu seorang demi seorang menarik diri dari family day atas pelbagai alasan. Ada yang munasabah, ada yang hanya pentingkan diri sendiri.

Kerana mereka tahu, kalau mereka tak pergi pun, mereka takkan rugi apa apa kerana mereka belum membayar sebarang wang kepada kami. Mereka juga takkan diugut dikeluarkan dari persatuan kerana sidang akademik sudah berakhir dan semuanya akan dibubarkan juga.

Aku tak kisah soal kewujudan mereka. Tapi. Sedarilah berapa banyak duit yang terpaksa dibelanjakan oleh persatuan untuk cover kos kos yang tidak disertai oleh ahli lain.

Akhirnya hanya 15 orang pergi di mana kami menyewa bas dengan kapasiti 40 orang. Tidakkah membazir?

Jika seorang perlu membayar rm150, sekurang-kurangnya rm3000(untuk 20 orang) terpaksa dikeluarkan dari duit persatuan untuk langsungkan program ni.

Ini lah masalah generasi zaman sekarang. Aku malu segenerasi dengan orang orang sebegini. Attitude zero. Time management kelaut. Hanya tau nak berseronok.

Mungkin ni semua sebab zaman sekarang ramai sangat parents yang sudah senang. Yang bergaji besar. Yang mampu sediakan macam macam untuk anak anak. Sebab itu generasi sekarang berani buat macam macam. Sebab mereka rasa entitled. Mereka rasa “takpe kalau aku messed up pun, parents aku ada untuk cover aku..”

“Ahh buat apa aku nak ikutkan sangat program bodoh ni, aku global minded..aku anak Dato okay!”

“Biarlah lambat pun, mereka bukannya bos..student macam aku jugak..”

To my generation, berubahlah. Jangan rosak masa depan negara sebab orang macam kita.

– Akmal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit