Generasi Masa Hadapan

Akibat terbaca satu confession ni terus aku rasa nak tulis confession aku sendiri. Kita ni kalau jadi mak biasa jenis overprotective dan defensive anak kita sendiri aku pun sama.

Aku dengan suami memang tak pernah pukul anak, aku memang pantang. Sebab aku di besarkan dalam keluarga yang ibu dan abah yang tak pernah pukul kami,

Adik beradik kalau buat salah ibu atau abah aku yang datang duduk dekat sebelah cakap dengan elok dan bagitahu yang kesalahan kami ni memudaratkan. Kesan dia mungkin seumur hidup.

Ibu dan abah aku ni tinggi suara pun aku rasa seumur hidup cuma sekali, itu pun abang aku sampai menangis minta maaf sebab kali pertama dengar abah aku sampai tinggi suara macam tu sebab dia buat silap. 

Kami pun adik beradik bila dah ada anak buat benda yang sama ada sekali kadang macam terlepas geram, tak pukul tapi cuma tinggi suara sikit kena pula ada ibu aku dekat rumah waktu tu. Kena juga nasihat sejam dua.

Tapi keluarga belah suami aku ni lain dia jenis yang semua nak pakai tangan dan mulut. Aku banyak kali tahan suami aku nak pukul anak-anak sebab diorang ni kecil lagi umur baru 6 dan 8 tahun. 

Bila aku tengok keluarga belah suami aku pun rata-rata macam tu. Sebab ayah suami aku ni dia bekas tentera diorang ni di besarkan dengan gaya yang pukul, tampar, terajang maki hamun tu dah biasa.

Sebenarnya paling kesian bila aku balik kampung belah suami atau jumpa ipar duai sana.

Aku kesian anak diorang setiap kali salah sikit laju tangan naik ke muka anak. Suami aku adik beradik dia semua lelaki semua memang jenis macam tu. 

Padahal anak tu kecil lagi kesalahan tak besar diorang tak pernah cuba nak tanya dulu ke tenangkan diri.

Aku banyak kali terpaksa ambil anak diorang ni pegang sekejap cakap jangan pukul kesian padahal anak tu padahal setakat tertumpah kan air.

Padahal boleh suruh diorang ambil kain buruk dan lap tak payah nak pukul dah menangis sakit kesian.

Yang paling macam segar dalam memori aku. Aku waktu ni melawat keluarga ipar aku. Abang sulung suami aku. Abg ipar aku tak ada sebab dia keluar dengan anak dia ambil report card sekolah agama. 

Aku anak suami dan akak ipar dengan lagi sorang anak duduk sambil berbual sekali abang ipar aku balik bila keluar kereta nampak anak dia yang umur 11 tahun ni menangis ye. 

Dengar suara ayah dia cakap “bodoh, belajar tak pandai, bangang, menyusahkan”

Bila anak dia nak masuk dalam rumah ni dia pergi tolak bahu anak dia yang nak buka kasut sambil jerit “masuklah cepat” kau bayangkan budak umur 11 tahun dah lah budak tu badan dia kecik tersungkur depan pintu.

Aku yang paling dekat tu bangun dan ambil dia cepat kesian menangis kuat sambil tersedu. Akak ipar aku pun bangun sambil marah suami dia kenapa ni. Sekali rupanya anak dia ni tak dapat naik darjah sekolah agama.

Kalau yang bersekolah agama dekat Johor tahu kalau gagal satu mata pelajaran terus tak dapat naik kelas kena stay repeat.

Suami aku pun bising juga dia cakap sabar nak marah benda dah jadi tanya dia mana yang silap. Dia lempar kertas tu aku dengan akak ipar pun tengok. Bila tengok tu aku macam ni mesti ada sebab dia. 

Kau bayangkan mata pelajaran lain tinggi ye markah dia rata-rata 70 ke atas tapi dia ada satu mata pelajaran ni Sirah dia dapat 30, aku pun tanya anak dia dengan elok “Subjek lain Man pandai je ni dapat A dengan B Sirah susah ke?”

Anak dia yang tersedu ni sambil menangis cakap lah dia tak boleh nak jawab sebab demam.

Sekali akak ipar aku bila ingat balik dia baru teringat yang diorang ada pergi klinik waktu malam.

Dia pun bangun dan check ubat tarikh ubat lepastu tarikh ujian dan memang sah anak dia malam sebelum peperiksaan sirah tu demam diorang bawa pergi klinik dan esoknya nak taknak terpaksa pergi sebab peperiksaan akhir tahun kan.

Habis bergaduh akak ipar aku dengan suami dia. Yang suami dia pula taknak mengaku salah nak juga dia yang menang siap cakap “sakit sikit pun tak boleh jawab”

Aku dalam hati geleng kepala je kalau dia cuba tanya dan faham anak dia dulu ini tidak rupanya dalam kereta dah di pukul maki anak tu.

Lepastu tak cuba untuk minta maaf langsung ego macam tu. Benda macam ni yang buat anak-anak berdendam dan benci kita.

Cuba kalau peluk anak tu dan cakap ayah minta maaf. Ini dah tahu salah dia, lepastu taknak minta maaf marah anak sebab tak berhenti menangis.

Aku pun lepas duduk sekejap aku cakap dengan suami dan akak ipar nak keluar jenjalan dekat situ aku bawa sekali anak diorang.

Aku waktu mula dulu berkahwin suami aku selalu cerita yang ayah dia ni memang jenis tegas dan garang. Dia cakap hal kena lempang kena tendang tu benda biasa.

Pernah dia cakap along dia terlambat sekali je waktu azan maghrib dia ikat dekat pokok sampai nak dekat pukul 12 malam.

Aku bila dengar tu geleng kepala dan gerun. Suami aku pernah cakap sebab diorang kena buat macam tu dengan ayah dia adik beradik diorang ‘berjaya’ tapi bila aku fikir balik iya berjaya tapi emotionally.

Sebab pada aku diorang punya empathy skill memang lacking. Sebab pada diorang aku dulu kena, kenapa pula anak aku tak boleh kena benda yang sama.

Sejujurnya aku sebagai akak ni sekarang tengok generasi sekarang dah berubah dah tak ikut sangat tauladan secara keras mak ayah kita. Bagi aku yang paling ketara sekarang mak ayah dah rajin involved dengan anak-anak. 

Aku ambil contoh aktiviti sekolah dari pibg, hari sukan atau hari apa sahaja yang jemput ibu bapa. Kalau zaman aku membesar event macam ni boleh kira berapa orang je mak ayah datang.

Tapi bila aku dah jadi seorang mak, aku tengok ramai mak ayah yang muda datang hari sukan sokong anak-anak “the importance of showing up”.

Ini memori anak anak kita bak kata orang internet “core memory” Siapa yang tak nak buat lagi bagus depan mak ayah. Kena pula dengar suara diorang mesti lagi emotional.

Aku harap generasi makin hadapan tak lalui emotional abused macam ramai anak anak lalui. 

Harap semua lebih sabar cuba dengar.

Sekarang ramai cakap “ahh budak zaman sekarang teruk itu ini jahat itu ini” dulu pun sama teruk dan jahat tapi dalam masa yang sama ramai anak anak kecil sana yang baik dan elok orang-nya. 

Sama sama kita bina masa depan yang terbaik buat anak anak generasi hadapan.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *