Geng Hartanah vs Geng Travel

Hi Guys, aku tak perlu perkenalkan diri aku kot, aku dah tulis 4 nota hartanah percuma dalam IIUM confession ni. Kali ini aku nak cakap mengenai sikap kebudak-budakan mahkluk di laman sosial iaitu Geng Hartanah dan Geng Travel, menyampah aku tengok diorang saling menyindir di laman sosial.

” Beli rumah berpuluh-puluh, bukan boleh buat masuk kubur pun”

” Travel banyak-banyak boleh buat masuk kubur ke?”

Mula-mula aku nak cakap pasal segelintir geng hartanah, kerja diorang ni tak habis-habis sindir orang yang tak beli rumah. Diorang ni kebanyakan buat duit dengan menjual e-book, buat seminar, buat 1-1 coaching. Padahal, apa yang diorang “jual” tu boleh dapat secara percuma je, jangan korang malas sangat. Last2, duit korang yang diorang gunakan untuk deposit dan beli berpuluh-puluh buah rumah. Takpun, diorang suruh korang beli rumah dengan diorg atau rumah client diorang. Aku tahu la taktik geng2 ni.

Lepas tu bagi nasihat jangan beli kereta, pakai motor dulu. Nasihat pun tak bertempat, diorang tak tahu paling ramai yang meninggal akibat kematian jalan raya di Malaysia adalah penunggang motosikal. Dah 2 orang member aku mati accident motor ulang alik tempat kerja, sorang kepala kena gilis lori. Nasihat yang betul ialah cuba usahakan membeli kereta untuk keselesaan diri dan keluarga, mudah untuk mobiliti, beli kereta saga (ada bonet) dah cukup, jangan bedal honda city plak kalau tak mampu. Dan macam2 lagi nasihat diorang. Bukan semua tak boleh pakai, tapi korang kena fikir kritis, jangan telat bulat-bulat. Bagi aku, kalau nak beli rumah kali pertama, beli rumah subsidi je macam rumawip, selangorku, PR1MA, PNB Velue Homes dan sebagainya.

Geng hartanah tak perlu megah sangat, ada member aku baru meninggal, tinggal 7 biji rumah, anak-anak bergaduh berebut harta, rumah semua dah jual, duit anak buat joli, travel. Kalau begitu bagi aku, baik dia jual je rumah dia sebelum mati, sedekah semua, ada la jugak hasil di akhirat. Kesian, Mak ayah penat kumpul harta “for nothing”, kat akhirat nanti, sesama keluarga pun buat tak kenal, anak tak kenal mak, bini tak kenal suami, pakat nak selamat diri masing-masing je.

Segelintir geng Travel ni satu hal lagi, travel tetapi kewangan tak kukuh. Paling penting dalam travel ni kena guna duit sendiri, jangan hutang, tu paling penting. Jangan hanya kerana gambar lawa di instagram, video gempal di facebook, korang semua sanggup berhutang, tak berbaloi, memang kena tembak la dengan geng hartanah, kahkahkah. Bagi yang dah bekerja, sebelum travel, pastikan ada simpanan 3 bulan gaji duit kecemasan dalam bank, pastikan ada takaful kalau travel ke negara asing, kan nanti jadi pape kat sana, naya.

Aku dah travel ke 65 negara, mostly europe sebab aku belajar kat europe dulu, elaun MARA tinggi, hehe. Passport Malaysia pula gempak, memang sedap la travel, Asean pun boleh access semua tempat tanpa visa kecuali Myanmar. Nasihat aku, sebelum travel, pastikan kewangan kukuh dulu la, kalau tanya aku, better menyimpan la daripada travel. Kalau aku boleh undur masa zaman aku belajar, aku rela menyimpan duit elaun daripada travel. Boleh la buat kahwin, deposit rumah.

Geng Hartanah atau Geng travel, masing-masing la yer nak jadi apapun. Pilihan hidup ni di tangan masing-masing, tak perlu nak menyindir antara satu sama lain. Yang penting menjadi hamba Allah yang beriman. Sebab di syurga nanti, harta dan nikmat unlimited, boleh travel unlimited, masa unlimited. Sekian.

– Fariz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *