Geram Dengan Pelajar Perubatan

Assalamualaikum semua, sorry first time menulis dekat sini. Tapi tak pe, nak kena tulis jugak, supaya aku dapat luahkan perasaan aku kat sini. Ok, jujur aku cakap, aku geram betul dengan pegawai2 perubatan yang merungut kat internet, salahkan goverment sebab tak dapat placement, kekal kontrak, tak dapat naik UD44, tak dapat naik pangkat.

1) Firstly korang tau tak yang korang ni dah untung, untung gila2 dah. Bila kita tengok orang sepangkat ngan kita je, kita tak sedar, kena tengok orang yang lagi bawah lagi baru sedar kita dah beruntung.

2) Aku pun graduate bidang kesihatan gak, bidang aku pun penuh jugak… kawan2 yang lain semua merungut tak dapat placement. Dan aku plak banyak berkawan dengan orang2 yang bukan bidang kesihatan, sejak dekat universiti lagi. Jadi housemate, duduk sekali dengan diorang.. Aku nampak apa sebenarnya realiti dunia pekerjaan sebenar.. Bukan narrow viewpoint orang hospital je.

3) TEMPOH BELAJAR : Ramai orang kata, owh… Saya dah belajar 5 tahun dah dekat universiti, penat2, last2 sekali tak dapat placement pun… Weih… Ramai lagi belajar penat dari kau… Ada yang dari diploma, sambung degree.. 6 tahun, keluar2 tak de pekerjaan pun. Ada yang 8 tahun habis kat universiti, belajar sampai PhD, last2 sekali buat grab je.. Bukan nak hina.. Tapi cuba faham realiti dunia pekerjaan sekarang… semua orang sakit..

4) KOS BELAJAR: Ada yang kata… owh.. Saya dah habis banyak duit dah belajar medik ni.. Weih.. Semua orang pun kena bayar yuran apa kat universiti.. Dah lah medik mostly dapat biasiswa.. Kalau bukan biasiswa pun mesti mak bapak dia orang ada2.. Apa ko ingat ptptn tampung nak buat medik? Memang tak lah… budak bidang lain lagi lah teruk.. Ada yang kena kerja part time lagi waktu buat degree sebab nak tampung kos pembelajaran. For sure tak de guarantee boleh dapat placement. Entah dapat kerja ke tak tak tahu.. Tapi hutang dah confirm… mampuih deme nak bayooo…

5) BLAMING : Pastu salahkan goverment, aku faham.. Memang goverment lah pihak yang paling senang nak point finger… yelah, depa bukan boleh lari pun.. Tapi ubah sket point of view.. Kenapa goverment ambik korang kerja walau dah tahu ‘ketepuan’ ni tengah berlaku? Sebab dia nak korang gain experience dulu.. At least tak delah lepas 5 tahun belajar, boleh lupa camtu je sebab tak apply.. Lepas tu nak masuk private ke, parallel industries ke, buat locum ke, boleh lah… dah ada sijil kan?

Cuba ko tanya budak2 bidang lain.. Dengan keadaan sekarang, kalau dapat kerja bidang yang sama kat universiti pun mujur ko tau tak.. Mujur !! 3-4 tahun belajar.. Mujur je lah kalau boleh practice.
ada budak ekonomi terpaksa jadi insurans agent. Budak pendidikan jadi pembantu kedai, budak engineer jadi instafamous.. Eh…… lari bidang ko tau tak.. Lari bidang..

6) GAJI CIPUT: Then ada yang merungut kerja on call lama, tapi gaji ciput.. Ceh.. Gaji dah rm5k pun boleh merungut ciput lagi.. Cuba tanya engineer yang kerja sampai 12 jam setiap hari dekat site, 6 hari seminggu, dapat gaji 2k je.. Menangis weih.. Lawyer pun sama… diorang pun bidang profesional jugak…overwork and lowpaid ni bukan bidang kesihatan je kena, semua kena tau…

7) SENIOR COMPARING : Ada yang merungut, eh, batch atas saya semua dapat placement, dapat permanent, naik gaji naik pangkat.. Weih.. Bidang lain pun samalah.. Dulu graduate boleh dapat gaji 4k, sebab demand banyak, supply kurang. Tapi sekarang dah tak dah.. Graduate yang buat kerja gaji 1.5k pun berlambak.. Boleh diorang merungut sebab gaji rendah dekat bos? Ko merungut hari ni, esok ko dapat surat berenti… ni kena potong gaji sket pun dan stress. Tak sampai 1.5k sebulan pun kan?

8) OVERSEA : Next, ada yang kata saya belajar penat2 kat luar negara, dah banyak berkorban, tapi tak dapat pun apa yang dijanjikan.. Come on lah… Semua bidang pun sama. sepupu aku belajar kat UK dengan biasiswa lagi, tapi bukan bidang mediklah.. Hari ni redha je jadi pembantu kedai dekat dengan rumah kitorang.. Placement?? Memang tak de, nak tunggu panggilan JPA…. Yileek!!! Tak de! Nak merungut… Baik redha je lah… H mmmm..

9) BLAMING AGAIN : Then ada yang salahkan goverment, kata kalau dah tahu nak penuh, kenapa ambik banyak2 lagi doktor? First sebab nak bagi korang experience, then sebab nak bagi wealth distribution tu seimbang. Lagi elok banyak doktor yang gaji rendah, kontrak, dari bilangan doktor sket, tapi semua boleh naik pangkat. Ko nak ke tunggu 4-5 tahun baru dapat panggilan? Ko nak ke ada 10 peratus je batch korang boleh kerja dengan selesa, lagi 90 peratus yang lain semua tak de kerja.. All just to preserve imbuhan2 yaang selama ni ada bagi seorang doktor?

Baik kerja! Biar pun kerja sebagai kontrak je, at least ada pekerjaan. Ada income sket, boleh tolong mak bapak, walaupun rendah.. Biar wealth distribution tu berlaku.

10 )WAITING PROBLEM : Kemudian ada yang merungut, saya dah tunggu lama dah 2 tahun baru dapat panggilan buat Housemen, dah kerja penat2, last sekali jadi camni.. Dah 2 tahun duduk rumah ko buat apa? Korek hidung je ke? Cari lah kerja lain dulu… Budak course lain sebelum graduate lagi dah cari kerja. Biar dapat tolong mak bapak seawal yang mungkin. Ubah mindset tu.. Come on lah….

11) Aku bukan pakar ekonomi untuk bagi semua solution ekonomi kat korang, tapi cuba paham keadaan sekarang. Luaskan point of view, then korang akan nampak lah. Industri 4.0 akan ubah semua aspek pekerjaan kita, pak cik yang buat teksi, bila grab datang, mengamuk diorang. Tapi kalau diorang tak engage dengan pembaharuan, lambat laun diorang akan ketinggalan.

12) Ada banyak lagi contoh lain. ada kajian kat harvard untuk buat robot yang boleh gantikan pharmacist, boleh check ketepatan prescription, fill and dispense at accuracy rate 99.99%… Menangislah pharmasist kalau robot ni masuk malaysia. Ada Software accounting yang ganti real pekerja akauntan, System payroll yang ganti pekerja HR, Even nak order makan kat mcDonald pun boleh order kat screen je, tak payah mengadap pekerja kaunter dah…

13) Kita tak de pilihan lain melainkan kena learn and relearn… belajar sebanyak mungkin soft skill baru, bersedia dengan perubahan teknologi terkini. Tengok demand semasa dalam satu2 industri. Get ready untuk perubahan semasa dan yang akan datang. Dulu kalau bidang medik ni bidang yang orang kata paling secure, sekarang tak dah. In facts, semua bidang pun macam tu. Tak de dah yang secure… market research ni, budak medik tak pernah buat, sebab sebelum ni memang tak perlu.. But now you know.

14) Lastly, aku nak nasihat, kalau kita tengok orang setaraf kita je, kita tak sedar kita diuntung. Kalau kita tengok orang yang lagi bawah dari kita baru sedar betapa beruntungnya kita.

– Kucing Hensem (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *