Hai, aku Bunga. Aku tak tahu nak letak tajuk apa, tapi itu yang terlintas. Aku letak je la.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. Ayah aku berniaga, ibu aku pendidik.
Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Ayah sayang anak2nya.
Dia bangga sebelum dia pergi anak2 telah berkerja. Seorang kerja di bank, seorang di hospital. Aku dua beradik, aku adik yang sebenarnya kakak.
Ayah aku seorang yang jaga solat, suka bersedekah, baik, sabar, tak pernah marah, suka berbincang, suka kanak2, kelakar, suka kacau anak buah.
Dia anak ketiga daripada 5 beradik. 2 atas lelaki 2 bawah perempuan. Tengah2, dan dia rapat dengan adik beradik dia.
Kalau balik kg, semua orang akan tunggu kehadiran dia. Di kg anak buah panggil papachik.
Waktu aku habis SPM, aku mohon u kedah, alhamdulillah dapat, tapi parents tak kasi, parents suruh mohon UIS nama lama kuis, aku dapat.
Masa sem 1 asasi, aku mohon lagi upu, aku dapat UiTM Perlis, parent tak kasi, sambung belajar kuis, diorang bayar.
Aku okay. Masa aku asasi ayah kene heart attack, alhamdulillah selamat.
Memandangkan aku 2 beradik and dua2 masuk kuis, kami bergilir menjaga ayah, memandangkan ibu aku mengajar petang. Alhamdulillah baru aku tahu kenapa Tuhan tak bagi aku belajar jauh.
Alhamdulillah lepas SPM ayah suruh ambik lesen motor and kereta, kiranya masa asasi aku dah boleh drive.
Masa asasi lagi tokayoh aku meninggal dunia. Aku tak balik kg, Ayah ibu dan akak aku balik kg, iaitu kelantan. Adik beradik ayah aku buat tahlil 7 hari berturut-turut.
Alhamdulillah syukur.
Aku degree di kuis juga, masa aku sem 4, ayah aku disahkan sakit buah pinggan yang perlukan dialisis.
Ayah aku buat dialisis darah tapi tak ngam, dia asik muntah, sakit kepala, lembik. Ayah aku cuba buat dialisis air, dia segar.
Alhamdulillah, dan dia memilih air untuk di dialisis 10 jam lepas isyak sehingga 730 paling lewat.
Aku nampak susah payah ibu menjaga ayah, biasala orang sakit macam2 ragam.
Setiap bulan ade oppt hosp, kami ber 3 akan hantar. Ayah tak boleh bawak kereta sebab lemah and mata tak nmpak.
Setiap tahun, or selang 6 bulan dia akan warded sebab ade kuman/air penuh dalam badan di tempat dialisis (perut).
Selalunya masuk 3 hari or seminggu. And keluar hosp, segar semula.
3 tahun berlalu, 26/1/22 dia masuk hospital. Masa ayah aku masuk warded, ws tak reply, call tak angkat, tanya misi nak tak nak jawap, I mean tak clear.
3 minggu masuk ward, 2 minggu masuk antibiotics, minggu ke 3 ade kuman dalam paru2, doc call panggil keluarga,
Di tidurkan malam itu.. 13 Feb, 22 Rejab ayah telah di panggil pulang ke RabbNya.
Mostly keluarga Ayah di Kelantan, tapi ade yang di Kl and Perak. Ibunya datang melihat wajah terakhir anaknya. Masya Allah.
Ade lagi cerita pasal ayah, nanti aku ceritakan lagi. Dia adalah satu2 lelaki dalam hidup aku.
1. Pertemuan ayah and ibu.
2. Ibu.
3. Selepas mereka tiada.
4. Aku.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit