Aku Am. Macam2 benda aku nak cakap dalam confession ni. Biar aku start dengan latar belakang aku dulu. Aku umur 23. Baru meningkat dewasa. Dalam family yang alhamdulillah bahagia. Family aku agak loaded. Life aku okay, sama je macam orang lain. Aku takdelah liar mana. Aku banyak berkawan dengan golongan yg macam aku jugak. Bukan ape, aku jarang jumpa org yg background lain. Pusing2, dengan golongan macam tu jugaklah aku jumpa. Takde muka lain ke. Bosan gak aku. Korang yang lain ni lepak mana selain masjid?
Baru2 ni viral kan bridal shower yg ada unsur2 lucah. Aku ade terbaca kat medsoc. Perghhh, berani mati weh perempuan2 tu. Atau boleh aku gelar BETINA. Terasa? Silakan, memang aku nk suruh korang sedar diri pun. Kalau tak nak kena kecam kau buat private dah lah gila, takyahlah post kat medsoc. Lain kali pakai otak tu. Kau tau ape kitaorang laki fikir bila tgk semua tu. BETINA MURAH. Kasar? Tau pulak nak terasa bagai. Aku kesian betul dengan bakal suami mana2 perempuan yg buat bnda2 tak senonoh macam ni. Dimanakah maruah anda. Tak payah perasan orang putih sangat kalau tekak kau tu telan sambal.
Aku tanya member2 aku, rata2 memang rate perempuan2 yg macam ni bawah 5. Low standard. Bagi aku 0 terus. Tak layak langsung nk buat isteri. Aku tau aku ni takdelah baik mana, ade jugak tingtong sana sini tapi aku masih waras. Aku takkan terjebak dengan benda2 seks macam tu. Kau tak sedar ke dunia ni dah nk kiamat. Dah nk dapat yg real kau pergi sanjung yg plastik buat ape. Tak ke bodoh namanya tu. Sabar la sikit cerdik. Pastu ade pulak golongan yg acah2 sokong benda bodoh tu. Kata jangan kacau orang lain lah, jangan aibkan lah. Weh mangkuk, aku tak tau lah kau ni terlampau dha ke bengap macam kura2 ke, tapi silap besar kau bro backup diorang. Asal? Member kau ke? Atau ade awek kau kat majlis tu? Hah jawab aku tanya ni. Aku panas sejak semalam lagi. Walaupun kau dlm golongan kaya jugak tapi mentaliti kau low class.
Lepas tu, aku nak sentuh pasal perempuan murahan. Yg ni memang betul2 murah lah. Sanggup jual badan demi duit. Aku tau nk hidup kat dunia ni perlu duit tapi takyah lah sampai jual maruah kau. Aku tau aku tak layak utk kata macam2 sbb aku tak pernah rasa susah macam kau tapi cuba lah utk kekal waras. Akhir zaman dah ni. Tak cukup dengan tu, ade yang berlagak hot, lepak club2, dengan perasaan kat hati nk tackle org2 kaya. Weh, kau ingat kau cantik ke? Pakai tudung on off, telan air kencing setan, menari macam iguana terbelit lidah. Mungkin ade yg tertarik dengan kau sebab kau tayang semua aset kau tapi setakat buat main boleh lah derr. Nk buat bini memang tak ahh. Yang tertarik pun sama low class. Aku ingat lagi masa umur 21, aku lepak dengan gang2 aku yang lain. Satu member ni cadangkan main satu game ni. Kalau berani pergi tackle satu minah ni. Sekali tengok aku dah tau murah. I’m out. Aku tak nk terjebak dengan benda2 bodoh macam tu. So diorang berempat je lah yg main ‘game’ tu. Aku still ade kat situ ye lah pergi bercuti bersama jadi tak elok pulak kalau aku balik terus.
Perempuan tu macam mana aku nk describe kan eh, seksi dari atas sampai bawah, pakai cap, tutup kepala botak kot. Member2 aku pun jenis yg agak nakal. Tapi aku tahu diorang just nk test je. Murah ke tak perempuan depan kitaorang tu.Teknik mengorat biasa, orderkan air utk dia, selitkan nota abenda ntah. Sekali dilayan. Ayat mengayat, lepastu member aku selitkan RM 500 dengan no bilik. Sekali on, gila tak gila. Murahnya kau perempuan. Hanya dengan 500 kau boleh dibawa ke bilik. Kalau 1000? 10k? Member aku ape lagi gelak sakan la diorang. Tapi member aku tak pergi pun bilik tu, petang tu jugak kitaorang check out. Kenapa? Member aku kata dia dah mula rasa jijik. Jijik dengan perangai perempuan yg murah, tak sedar diri dan mata duitan. Kan aku dah cakap diorang nk game kau je. Aku percaya perempuan yang baik untuk lelaki yg baik. Begitu jugak sebaliknya.
Seteruk mana pun lelaki tu, dia tetap akan cari perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Kalau dia tak gila la. Dalam kalangan member baik aku, sorang dah bertunang. Baik, manis cantik tunang dia, dari kalangan keluarga yg baik2 jugak. Tgk dulu member aku ni lah yg paling nakal tapi sekarang dah berubah bila dah nk jadi suami orang. Yg dulu2 tu untuk stok main2 je. So silalah sedar wahai gadis2 sekalian. Mahalkan diri anda. Kau tak teringin ke nk jadi ketua bidadari utk suami kau kat syurga nnti. Tak teringin ke? Member aku pernah cakap kat aku, “boleh tak kalau aku nak jadi tamak. Aku nak perempuan solehah utk jadi isteri aku nnti?”. Aku jawab, “boleh, tak salah kalau kau nak jadi tamak tapi kau kena berubah jugak”. Sekarang aku tgk member aku tu slow2 berubah jadi baik. Hidayah tu boleh dtg bila2 masa kan. Tinggal kau nak tak nak je.
Aku ade sorang kawan perempuan ni. Sopan baik orangnya. Sampaikan member aku yg terlebih masuk air tu pun respect gila2 kat dia sbb dia terlalu menjaga kehormatan diri dia. Bila jumpa perempuan yg baik2 ni, orang lelaki takkan berani buat macam2 kat kau. Diorang akan lebih bersikap melindungi lagi adalah. Pernah member aku tersilap sentuh kawan perempuan aku ni, terus kena ugut bunuh. Haa jadi garang macam tu lah barulah mahal. Aku pun sekarang tengah minat dekat seorang gadis ni. Cukup cantik kat mata aku, ada lesung pipit, menutup aurat, sopan. Memang A+ lah. Aku tau aku tak layak utk dia. Dia pun dah tolak 4 kali cinta aku. Huhu.
Tapi selagi dia tak kahwin selagi tu aku yakin aku ada peluang. Dia jenis tak pandang harta, educated, independant. Senang kata memang taste aku lah. Bila aku kejar cinta dia barulah aku tahu kenapa gadis yang aku suka ni terlalu mahal. Sejak dari dulu aku kejar tak dpt. Cinta aku terhadap manusia ni membuat aku sedar yg aku kena kejar cinta terhadap Allah S.W.T dulu. Lagipun mak bapak dia orang masjid. Sekarang ni aku lebih baik daripada sebelumnya walaupun masih nakal lagi. Biaselah perangai nakal tu susah sikit nk buang do. Hahaha. Awal bulan depan aku nk confess lagi. Dan aku dah ready utk direject kali ke 5. Takpe, belum sampai 100 lagi hahah. Nasib baiklah kitaorang still boleh kawan macam biasa walaupun dia tahu aku suka gila kat dia. Selagi dia tak kawin selagi tu lah aku akan kejar dia.
Lagi satu, aku nk cakap pasal gelandangan. Tgk je kat sekitar KL takpun kat Penang. Kat area Padang Kota, bnyak. First time aku tgk bnda2 macam tu. Aku tak tau nk buat ape. Speechless. Masa tu aku budak2 lagi. So aku buat tak tahu je lah tapi dlm hati aku tanya diri aku ” kenapa diorang tidur kat sini?” “takde rumah ke”. Dari dewasa sampai kanak2 tidur atas lantai yg penuh ngan tahi burung tu. Kau bayangkan. Pagi tu, aku tgk laut je. Tenang je air laut masa tu, redup2 cuaca tapi hati aku resah. Aku rasa ape function aku hidup kat dunia ni? Duit, keluarga bahagia, benda2 duniawi aku dpt tapi kenapa diorang lain? Tapi macam biasa waktu tu ego aku tinggi, aku buat tak tau.
Petang tu pulak aku keluar jalan2 ngan gang2 aku, yg ni yg aku paling ingat. Seorang mak cik bagi salam kat aku. “Assalamualaikum anak muda”, sambil senyum2 kat aku. Masa tu aku tersentak, terkedu, masa tu mak cik tu ngan gelandangan lain tgh tunggu makanan dan pakaian kot. Tepi jalan yg dekat ngan tokong tu. Aku tak tau jalan ape. Tak jauh dari area Padang Kota gak. Sape org Penang tau lah eh. Aku masa tu jawab salam tapi slow ajelah. Jujur aku sedih tapi entah kenapa aku takde stop kejap nak borak2 atau sedekah ke. Padahal duit aku penuh masa tu. Kenapa la aku jadi macam tu masa tu. Ignorance. Kawan2 aku tgh berseronok kat depan2. Diorang tak perasan kot. Bila tgk kawan2 aku tu, aku lupa lah kejadian masa tu. Aku buat tak kesah je lah. Tetiba malam ni otak aku flashback balik semua yg jadi masa dulu2. Rasa menyesal tu dtg bertubi tubi, nnti aku akan pergi Penang, aku akan cari balik mak cik yg bagi salam tu. Kawasan mana aku ingat lagi dan aku harap mak cik tu ade kat situ. Tunggu Am mak cik.
Ni aku ade bnda nak nasihat kat korang, orang kaya khususnya. Pada pendapat aku, kita semua diuji, yg miskin, kaya semua diuji. Tapi mengikut kemampuan masing2lah. Yg miskin diuji dengan tidak cukup duit, tempat tinggal dan sebagainya. Yg kaya pulak diuji dengan nikmat. Yg ni yg paling bahaya sebenarnya, bila kau ade segalanya kau rasa semua ni kau punya, kau akan riak, kau akan mudah pandang rendah kat orang, kau rasa semua bnda boleh settle ngan duit, sampaikan satu tahap kau ingat kau boleh beli nyawa manusia dengan duit. Aku pernah macam tu dulu. Nak dengar mulut aku minta maaf tu memang sorry ahh bro.
Aku pernah langgar bahu pak cik tua. Aku blah macam tu je. Minta maaf tak. Ape pun tak. Sbb aku tgk dia okay jadi haih. Apepun memang tak elok lah aku dulu. Aku menyesal. Aku pernah berlumba ngan member2 aku. Saje sbb nk rasa “keseronokan” dunia. Hampir2 nk akibatkan kemalangan pada org lain. Hmm. Tak kira sejauh mana kau diuji, iman kau kena kuat. Aku tau aku tak layak bagi nasihat. Aku jahil. Aku jahat. Tapi aku sedang cuba sedaya upaya untuk berubah. Aku tak alim, masih macam dulu tapi hati aku meronta ronta utk berubah. Kejadian kat NZ tu bnyak merubah hidup aku. Aku juga nk shahid. Impian aku sekarang adalah utk shahid di jalanNya.
Stoplah pergi clubbing, minum arak, pergaulan bebas. Memang kau rasa bestnya, nikmatnya, mabuk happy2 tapi semua tu tak lama bro. Lama2 kau akan rasa kosong, bila kosong mulalah depression bagai. Kau cari cahaya, kau cari Dia, tanya Dia everything yg kau curious. Tak jumpa jawapan tanya lagi sampai kau dpt petunjuk. Berhentilah dengki mendengki ni, tak elok. Aku tau ramai tak berpuas hati dengan golongan kaya ni sbb yg kaya makin kaya yg miskin tak tetap sama. Aku juga tak bersetuju ngan penangan orang dlm, yg makin membuat perkara ni jadi lebih teruk. Tak semua org kaya ade org dlm, ada juga yg jujur. Kalau orang tu nk berubah, kau janganlah kecam, kesian member tu tak jadi nk berubah nnti. Berubah sikit2 pun jadilah. Aku tau manusia ni tak perfect. Ade silap sana sini. Aku pun sama 2×5. Tapi asalkan ade effort sikit nk berubah tu sokonglah dia. Dia pun berperang gak ngan setan dlm badan tu. Everything takes time kan.
Bagi aku semua orang boleh berubah, kau, aku, korang semua. Yg mana rasa diri kau hina tu bertaubatlah. Sekali lagi aku tak layak utk bagi korang semua nasihat ni sbb boleh jadi aku lagi hina dari kau semua tapi kalau betul2 amalkan islam, syariat islam sebetulnya kau akn dpt message aku ni. Kau akan terima jugak teguran ni walaupun dari org yg hina. Untuk perempuan murahan belajarlah jadi mahal, begitu juga dengan lelaki, berubahlah. Berhentilah rosakkan hidup org lain.
Kalau ade jumpa org2 yg nakal2 macam member2 aku tu jangan lah cop diorang macam macam. Diorang tgh struggle tu utk jadi baik. Kalau kau kenal diorang, memang baik semua. Tahu hormat org selagi diri kau tu mahu dihormati. Aku kenal diorang, semua masih teruna jangan risau. Cuma part nakal je lah susah sikit nk buang. Goodluck lah kepada sape2 jodoh diorang nnti. Nk yg solehah katanya. Hmm. Mana2 masjid kalau buat ceramah ke tazkirah ke nnti aku bawak angkut semua member aku. Tak nak aku masuk syurga sorang2. InshaaAllah behave lah nnti diorang dlm masjid. Part amalan, jangan risau mmg aku bersedekah, berapa biarlah rahsia. Bila aku bersedekah kan aku dpt Allah SWT bangga ngan aku. Bahagia rasa. Try buat. Confirm tak nyesal.
Type punya type macam serious pulak confession aku ni. Entahlah aku main type je.
– Am
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit