Gift From Allah

Assalamualaikum. Mak ayah adalah salah satu pemberian dari tuhan yang paling indah. Tak semua orang diberi nikmat seperti ini yah seperti aku, sewaktu umur aku menginjak 1 satu tahun, penyakit ayahku semakin kronik dan meninggal pada tahun itu juga. Tak sempat nak kenal ayah lebih rapat tak sempat nak merasa panggil ayah. Yang ada hanyalah foto ayah dan pesanan yang ayah titipkan dan aku pegang sehingga harini.

Dulu masa sekolah rendah, aku selalu cemburu dengan kawan2 sebab ayah mereka ada untuk ambil mereka tiap2 kali pulang dari sekolah.. Sedangkan aku memang dari sekolah rendah pulang dengan jalan kaki seorang diri memandangkan rumah aku tidakla terlalu jauh dari sekolah. Bukan tak bersyukur cuma teringin.

Mak sibuk dan aku mengerti.. Mak aku lagila aku sayang, dari aku kecil, sampaila sekarang dia banyak berkorban untuk membesarkan aku dan adik beradik aku yang lain dan alhamdulillah kami berjaya menjadi manusia yang berguna. Semoga Allah mengurniakan syurga yang paling atas buat mak dan ayah. Amin.

Sehingga sekarang, aku tertanya kenapa masih ada makhluk Allah yang tidak menghargai kehadiran mak ayah mereka atau bila mereka pulang ke penciptanya baru mereka mahu sedar? Yang hantar mak ayah ke pusat penjagaan orang tua lagila tiada hati. Aku pernah melawat ke pusat penjagaan orang tua yah macam2 cerita yang aku dengar dari mereka dan dalam mereka bercerita, dapat digambarkan betapa mereka masih merindui dan menyayangi anak – anak mereka dan tetap berharap agar anak mereka datang untuk mengambil mereka di pusat ini.

Yang ada anak sampai 15 pun semua beralasan untuk tidak menjaga mak ayah mereka. Yang si maknya lagila sedih, penat2 mengandungkan anak sehingga 9 bulan itu pun kena czer tapi si anak masih mendustakan pengorbanan itu. Semuanya hilang, yang ada hanya kawan2 di pusat itu yang setia menemani sehingga hari- hari seterusnya.

Ada anak yang beralasan emak dan ayah sudah nyanyuk dan perangai keanak-anakkan.. Semua itu hanya alasan. Wahai anak-anak yang telah menghantar mak ayah ke pusat penjagaan orang tua, dikala kamu kecil siapa orang pertama yang beri kamu rasa apa erti sebuah kasih sayang? Kamu lapar, siapa orang pertama yang bergegas untuk menyuapkan kamu makanan?

Entah dirinya sudah makan atau tidak, tetapi kamu didahulukan.. Kamu sakit, siapa orang pertama yang mencari jalan untuk menyembuhkan kamu? Entah mereka ada duit atau tidak, mereka mencari jalan biarpun harus menebalkan muka untuk meminjam wang dari orang lain. Dan yang penting, siapa orang pertama yang menyambut kelahiran kamu dan tidak henti – henti mendoakan kejayaan kamu sehingga harini? Sedarlah dari kamu kecil, kamu sering menjadi keutamaan mereka.

Ya, cerita orang berbeza kerana orangnya juga berbeza. Namun apa yang terjadi hari ini, kenapa ada orang yang tergamak menceritakan keburukkan mak ayah sendiri walhal ketika kamu kecil merekalah yang sentiasa menutup cacat cela kita. Ya betul, ada mak ayah melebihkan adik beradik kita, tidak memberi ilmu agama secukupnya, mak ayah tidak menutup aurat dan sebagainya. Namun, kita harus sedar baik atau buruk mak ayah kita, itu tidak menjadi tiket untuk kita mengaibkan mereka.

Ingat, berdirinya kita pada harini ialah dengan pengorbanan mereka. Mereka hanya insan biasa yang juga ada kekurangan namun jangan jadikan ia sebab untuk kita bertindak derhaka kepada mereka. Allah hanya pinjamkan mak ayah buat sementara di dunia ini jadi hargai dah kasihlah kepada mereka buat yang masih ada dan doakan kesejahteraan mereka buat mak ayah yang sudah pulang ke penciptanya.

Moga nukilan saya menjadi pengajaran buat anda semua dan doakan saya berjaya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada minggu hadapan ya.

Terima kasih.

– Fatimah Zahrah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *