Gifted?

Korang pernah dengar pasal sixth sense? Alaa bukan yang nanyi tu tapi deria keenam. Orang yang ada sixth sense ni boleh nampak makhluk halus. Ramai yang kata sixth sense ni tandanya kau “gifted” tapi sebenarnya bukan.

Manusia normal tak boleh nampak benda ghaib. Bila kau boleh nampak/dengar tu sebenarnya tanda kau ada gangguan atau dalam badan kau ada “benda tu”. Dia menumpang jasad kau sebab tu kau boleh nampak.

Dan honestly, tak best pun ada sixth sense ni. Macam aku, aku tak boleh nampak, tapi bila “benda tu” datang aku boleh rasa. Aku tahu ianya tak normal.

Cerita ni start masa aku di ting.4. Masa tu ada kes histeria di sekolah aku dan kawan aku tak sedarkan diri. Time orang tengah berubat dia, aku tolong pegang sebab waktu tu dia dah lemah gila tak boleh duduk. Then tiba2 aku rasa satu angin lembut berhembus kearah aku.

Start dari situ aku kena ganggu. Aku selalu rasa diperhatikan, petang je aku mula gelisah, jadi marah2 tak tentu pasal. Last2 parents aku bawak pergi berubat. Aku pindah sekolah biasa dekat dengan rumah. Kat sekolah tu pun bila ada nak berlaku kes histeria aku yang dapat rasa dulu. Sebelah badan aku lenguh dan berat, then tak lama lepas tu mesti akan ada budak kena histeria.

Masa ni parents aku belum kenal dengan rawatan Islam. Orang kampung, biasalah mesti akan cari ustaz (sebenarnya tok bomoh) atas alasan ikhtiar. Macam2 cara berubat yang mengarut sampai aku rasa menyampah.

Ada yang kata aku terpijak batu melintar (batu yang kena panahan petir yang nak panah syaitan), ada yang berubat guna kain hitam, guna kayu, kulit pokok macam2. Semua tu nothing. Makin bertambah teruk adalah sebab dah bercampur dgn jin2 diorang. Hm..

Benda ni berterusan bila aku masuk matrik. Aku selalu sakit2..Bila pegi klinik doktor cakap aku sihat. Last2 aku berhenti matrik sebab tak mampu nak follow dengan keadaan aku yang selalu tak sihat dan banyak missed kelas.

Aku kerja part time. Kat tempat kerja ni baru aku tahu pasal ruqyah dan rawatan Islam. Aku pergi berubat, sambil tu aku belajar sebab aku tahu benda ni takkan hilang kalau bukan dari diri aku sendiri.
Kuasa Allah, kat tempat kerja aku tu bila budak2 kena kacau aku yang tolong sebab 1, aku boleh “rasa” dan 1 lagi sbb aku dah ada ilmu pasal ruqyah ni. Bila aku selalu duk tolong budak2 yang kena ganggu ni benda tu start attack aku.

Pernah ada seorang ustaz dari Yaman datang buat ruqyah, aku tak sedarkan diri. Masa tu la benda tu cakap yang aku dah kacau kerja dia. Dia marah sebab aku selalu buat ruqyah dan dia sumpah akan buat aku sakit sampai tak boleh buat apa2 dan aku takkan kawin sampai bila2.

Masa tu mata aku terbeliak macam nak tersembul, benda tu keluar bila ustaz tu titiskan madu yang dia ruqyah dalam mata aku dan aku muntah angin. aku nampak ada benda melayang keluar ikut pintu.

Tapi aku tak amik port pun apa yang benda tu cakap sebab bagi aku tak ada yang berkuasa selain Allah. Walaupun aku pernah terlantar 2hari badan tak boleh bergerak tapi still aku kuatkan diri aku.

Aku still tolong orang yang kena ganggu sbb dengan cara tu aku rasa seolah2 aku dapat kekuatan untuk tolong diri aku sendiri. Cuma bab kerja, serba serbi yang aku buat tak menjadi. Aku anggap belum ada rezeki.

Hujung taun lepas, nenek aku sakit tak boleh bangun. Pulak tu dia macam jadi liat nak solat. Aku dah rasa something sebab aku langsung tak boleh nak dekat dengan dia. Aku akan rasa benci. Pelik. Then aku start sakit2, tidur aku selalu mimpi bukan2 dan kena tindih. Sah ada yang tak kena.

Aku tanya mak aku, nenek aku ni pernah ada bela atau terima apa2 tak.. (Sebab aku syak saka orang dulu2) Mak aku cakap takde tapi nenek aku cakap dulu ada orang pernah bagi taring harimau kat dia. Dia amik tapi lepas tu taring tu dah tak ada.

Kalau gangguan ni aku boleh la ruqyah sikit2 tapi tang saka ni aku tak tahu nak buat cemana dan aku sendiri pun tengah sakit. Benda tu memang tengah cari pewaris (dia target ayah aku) dan macam biasa, aku kena tempias dulu.

Ayah aku ada panggil kawan dia tolong buang. Masa pakcik tu datang aku tengah tido dalam bilik. Aku tak tengok cemana diorang buat sebab bila bangin tu diorang dah siap tapi aku nampak dalam botol depan pakcik tu ada 2 ekor harimau badan separuh manusia separuh binatang(sepasang jantan dan betina) dan ada taring. Diorang tak bagi amik gambar sebab nanti rosak phone katanya.

Lepas dah settle pasal nenek aku, pakcik tu panggil aku. Dia tanya aku rasa apa (sebab ayah aku awal2 dah cerita pasal aku kat pakcik tu). Dia tanya aku ada nampak apa2 ke tak.

Aku cakap takde cuma selalu rasa macam ada orang perhati and banyak benda yang aku buat semuanya tak menjadi. Aku tanya dia kenapa, sebab gangguan ni ke? Then pakcik tu panggil ayah aku, dia tanya ada tak sape2 dalam keluarga aku ni orang alim atau wali.

Dia cakap aku ni gifted. Orang terpilih. Mungkin dalam 7 keturunan family aku dulu2 ada orang alim yang jadi wali dan benda ni turun kat anak cucu. Pakcik tu cakap kalau diizin Allah maybe lepas ni aku boleh berubat orang dan itulah kerja aku yang akan menjadi, terus aku jawab “pakcik,saya taknak jadi bomoh”. Huhu serius aku taknak wey.. Tapi pakcik tu senyum je..

Aku doa kat Allah aku taknak jadi bomoh ubatkan orang, kalau Allah nak aku bagi aku kelebihan, aku mintak mudah2an Allah jadikan aku orang berilmu supaya aku boleh tolong orang lain dengan cara berkongsi ilmu..

Sekarang ni aku banyak join program2 kebajikan, buat kelas mengaji dan usrah, buat program ziarah orang sakit. Dan memang aku banyak berdepan dgn orang yang ada masalah gangguan.

Rupanya apa yang berlaku kat aku tu sebab Allah nak bagi aku pengalaman dan tolong orang lain pulak. Aku tak berubat diorang, tapi aku boleh detect sama ada betul ke gangguan atau lebih kepada masalah peribadi.

Dan kalau betul gangguan aku cuma kongsikan dan guide cara nak fight benda tu. Kalau masalah peribadi biasanya aku bantu dia cari “root problem”, caranya patah balik kat Allah dalam apa jua masalah. In sha Allah lepas tu boleh settle.

Bagi aku, Allah bagi “kelebihan” tu untuk buat aku cari Dia dan dekatkan diri dengan Dia, dalam masa yang sama ajak orang lain juga. Aku just rasa happy tengok orang happy, dan life aku rasa tenang. Sangat tenang.

Jadi nasihat aku, sesiapa yang “gifted” tu percayalah Allah tak bagi untuk saje2. Dia nak uji tauhid kita, nak uji sejauh mana kita bergantung kat Dia. Apa2 pun, dekatkan diri dengan Allah, akan dapat jawapannya.

– Deeja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Assalamualaikum akak. Nama saya Alia, saya sebenarnya dari sekolah Menengah umur 13 atau 14 tahun pernah rasa sentuhan dari Makhluk Halus juga.Dan Mostly saya rasa di sebelah bahu kiri. Ini terjadi sejak saya bantu kawan sekelas saya yang kena rasuk. saya selalu mimpi yang pelik pelik dari dulu,dan ada kadang mimpi itu buat saya rasa pelik kerana ada pernah ada satu mimpi saya seolah nak beritahu saya sesuatu. esok nya betul betul jadi sesuatu.

    Setelah umur 18 tahun dan saya masuk kolej,saya dah jarang rasa semua itu. tapi beberapa minggu lalu saya ada kawan saya yang Indigo,dia beritahu saya yang saya punya sixth sense ini sensitif tapi saya masih belum sedar sepenuhnya ,kerana itu saya boleh rasa sentuhan mereka kebanyakkannya berbanding mendengar mereka. Tapi mereka tidak berniat jahat. kerana kawan saya kata mereka cuma rasa tertarik pada energi saya dan ada yang mahu menguji saya.

    Pernah saya diikuti oleh pontianak dari bukit sewaktu kami ingin pulang. muka saya terasa sakit waktu itu.kami buka ayat kursi,dan saya pernah cuba bagi signal pada telinga saya untuk cuba dengar di sekitar saya. dan saya dapat dengar tangisan. Dia ada ikuti saya sebab energi saya dan mungkin makhluk itu tahu saya sensitif waktu itu.

    Akak,izinkan saya bertanya kepada akak. Keluarga saya tak dapat rasakan ini, hanya saya je dalam keluarga boleh rasa itu. Boleh akak berikan pendapat akak,apa makna semua ini? Adakah ini untuk menguji saya atau sesuatu yang lebih lagi? saya harap,akak boleh bantu saya dapatkan persoalan dan boleh beritahu kenapa saya dapat semua ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *